Pages - Menu

Tuesday, August 9, 2016

Ikan Paus

Hari ini saya mengajar pelajar saya,bagaimana untuk membina ayat berdasarkan frasa yang diberi. Expectation saya, mereka boleh lakukan dengan baik. Kerana mereka boleh membina ayat berdasarkan gambar tanpa diberikan frasa.

Selesai mengajar, saya beri latihan dan seorang demi seorang menghantar buku mereka di meja guru. Sambil menunggu yang lain siap, saya menanda buku pelajar yang sudah selesai latihan mereka. Saya menandakan buku seorang pelajar,namanya Mujahid.

No. 1- Ok.
No.2- Not bad ayatnya
No.3. Nice.

No.4 - saya termenung sekejap membaca ayat yang dibina. Frasa yang saya beri ,

'Ibu - menggoreng - ikan'

"Mujahid, sini kejap," panggil saya. Mujahid datang menghampiri saya.

"Cuba Mujahid baca ayat yang Mujahid tulis," saya menyerahkan bukunya.

"Ibu menggoreng ikan paus di dapur," Mujahid baca sambil tersenyum-senyum. Saya sebenarnya nak tergelak, tapi saya tahan.

"Mujahid, tahu tak ikan paus?" tanya saya.

Mujahid mengangguk. Saya menyambung lagi, "Mujahid, ikan paus besar kan. Macam mana nak masuk dalam kuali ? macam mana nak goreng?"

Mujahid tersenyum-senyum malu. Dia tunduk.

Secara perlahan Mujahid menjawab..

"Potong lah teacher...."

Hahahahahahahaha..
Maaf..maaf..maaf...teacher memang tak boleh tahan gelak teacher dah....
Besar imaginasi kamu Mujahid, sebesar ikan paus.



Tc Hidayah
1 Ibnu Rusyd
11.23 am

No comments:

Post a Comment