Pages - Menu

Sunday, July 17, 2016

"Teacher, kami dah kemas kelas."


Saya  melangkahkan kaki ke kelas 1 Ar-Razi.  Dan seperti biasa saya akan pusing satu kelas dahulu sebelum memulakan pembelajaran untuk pastikan kelas dalam keadaan yang bersih. Tapi apa yang saya lihat ialah :

1. kertas bersepah di atas lantai.
2. Buku di rak tidak tersusun.
3. Selipar yang terletak di rak pun..hmm..sebelah selipar ada,sebelah lagi entah ke mana.
4. Meja senget benget.

Saya menarik nafas panjang. Saya memukul rotan saya di atas meja untuk menangkap perhatian pelajar-pelajar saya.

"Dum..dum..dum.." Bunyi rotan saya yang memukul meja. Kasihan betul meja itu, Selalu kena pukul. Bunyi rotan pun dah macam bunyi mercun..kihkihkih..

Semua pelajar 1 Ar-Razi melihat saya. Saya pandang seorang demi seorang,kemudian berkata ,

"Teacher nak, semua keluar dari kelas dan beratur di luar."

Semua terpinga-pinga tapi masih lagi patuh. Mereka bangun dan berjalan ke luar sambil mulut tak berhenti-henti bercakap...hmmm..

Di luar kelas,

"Teacher,kenapa kena diri di luar ?" tanya seorang pelajar lelaki.

"Setiap kali teacher masuk kelas,kelas kotor. Banyak sampah. Teacher dah banyak kali pesan kan,kemas kelas..kemas kelas..kemas kelas. Teacher dapat complaint dari teacher yang lain juga kelas kotor." haaaa,kan teacher korag dah start bebel dah..kihkihkih

"Disebabkan masih kotor lagi hari ini setelah banyak kali peringatan, hari ini semua kena ketuk di tangan 1 kali. Esok kalau teacher tengok kotor juga, dan ada teacher yang complaint kelas kotor,kena ketuk di tangan juga, 2 kali."

Semua diam.Yang beratur kat depan saya diamlah,yang bahagian belakang masih lagi ada gosip lagi hangat yang nak dibualkan..grrrr....
Saya menyambung lagi.

"Siapa yang onduty hari ini, masuk dan kemas kelas sekarang. Teacher beri masa 10 minit."

Laju saja 2 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan masuk ke kelas dan mula mengemas. Sapu sampah,buang sampah,susun selipar,susun buku,susun meja.

Saya mengambil masking tape dan membuat garisan panjang di barisan meja paling hadapan. Setelah siap mengemas, saya membenarkan pelajar masuk ke kelas, tapi haruslah dengan ketukan di tangan masing-masing. Bukan ketukan yang kuat. Sederhana kuat la kot.

"Nampak garisan di meja ini?"  sambil menunjukkan garisan yang saya buat menggunakan masking tape.

"Mulai hari ini teacher tak mahu meja di bahagian depan ini,lebih dari garisan ini. Faham..?"

"Faham teacher...." Semua menyahut serentak.

*******************

Keesokkannya harinya.

"Hidayah,kelas kamu kotor lagi.." Ujar seorang guru. Saya mengeluh sambil tersenyum. Sebenarnya,saya tahu saja kelas saya pasti akan kotor semula. Budak-budak. 7 tahun. Tak boleh nak expect kelas akan tip top bersih sebab mereka banyak bermain. Lagipun setiap kali saya lalu di hadapan kelas saya,memang saya nampak ada sampah di lantai,tapi tidaklah banyak dan seteruk sebelum ini.

Selepas solat zohur,jam 2.30 petang adalah masa saya, Bahasa Malaysia.

Saat kaki saya melangkah masuk ke kelas 1 Ar-Razi, apa yang saya lihat ialah..:

1. Lantai TIDAK ADA SAMPAH LANGSUNG.
2. Buku di rak TERSUSUN.
3. Selipar di rak pun TERSUSUN.
4. Meja pun TERSUSUN. Tidak melebihi garis.

wowwww....!!!
Saya terus tergelak.

"Teacher,kitaorang dah kemas kelas."

"Tapi kenapa teacher dapat complaint kata kelas 1 Ar-Razi kotor lagi?" tanya saya sambil menahan nak ketawa...

Aisshh..korang ni...hehehe..

Semua pelajar diam.
"Oklah, duduk semua. Teacher tak ketuk lah tangan kamu hari ini. Bagus sebab kelas kemas hari ini. Tapi kena ingat,jangan masa teacher saja kelas kemas,masa subjek lain pun kena kemas kelas juga,ok?"

"Ok teacher."

Saya meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Aih,saya memang tak boleh nak marah lama-lama dengan mereka ini. Nakal dan comel. Memang ada selalu ada saja perangai mereka yang memeningkan kepala tetapi kelakar.

***********************

Mengajar pelajar yang berumur 7 tahun , apa yang kita boleh jangkakan. Dalam hidup mereka yang menjadi nombor 1 ialah main..main..main. Belajar mungkin sudah menjadi nombor 2 atau yang ke 3 atau yang ke berapa entah.

Tapi dari seawal ini lah mereka perlu dididik dengan rasa tanggungjawab. Tak perlu tanggungjawab yang besar. Cukup dengan tanggungjawab yang kecil seperti menyusun buku,susun meja (untuk situasi di dalam kelas). Sekecil-kecil tanggungjawab itu pun akan beri impak yang besar dalam kehidupan mereka nanti.

Semoga anak-anak teacher membesar dan dewasa menjadi seorang yang tahu untuk bertanggungjawab.



-Tc Hidayah
5.18 pm
Annur

No comments:

Post a Comment