Pages - Menu

Tuesday, July 26, 2016

Pick up Line

" Teacher,tahu tak apa beza teacher dengan cicak?" Soal seorang pelajar.

Saya diam sebentar.

"Hmm,cicak binatang,teacher manusia," jawab saya. Logik la kan.

"Salah. Cuba lagi."

Saya berfikir-fikir lagi. "Hmm,tak tahulah. Teacher give up," saya mengalah.

"Cicak melekat kat dinding,tapi teacher melekat kat hati saya," lepas tu dia lari.

Perghhh..saya hampir-hampir melting..

********

Hari guru.

"Teacher Hidayah,nah hadiah." Seorang pelajar lelaki menghulurkan sesuatu kepada saya.



"Wah,key chain." Cantik key chain tu. Bentuk kunci tapi ada hati di hujungnya.

"Thank you."

"Teacher,itu kunci ke hati teacher.." Dan pelajar itu pun berlari pergi.

Cia..cia..cia..
Melting terus.

Tc Hidayah
8.27am
Iissa







No comments:

Post a Comment