Pages - Menu

Friday, July 22, 2016

Imani

"Teacher ada anak?" Soal Imani.

"Hmm,Imani rasa teacher dah kahwin ke belum?" Soal saya kembali.

"Hmm..entah. Ala,beritahulah teacher,teacher ada anak tak?" Tanya Imani lagi.

"Kenapa Imani nak tahu?" Soal saya lagi.

"Teacher kena beritahu Imani nama anak teacher," Imani tersengih-sengih menanti jawapan saya.

"Kalau teacher takda anak pun,teacher kena beritahu nama anak teacher," sambung Imani lagi. Bersungguh dia mahukan jawapan saya.

"Pulak dah. Boleh pulak macam tu. Ok,teacher tak kahwin lagi Imani. Tapi kalau teacher ada anak,nak tahu apa nama anak teacher?" Saya lihat wajah Imani yang comel itu sambil tersenyum.

"Ha,apa teacher?" Tak sabar Imani nak tahu ya.

"Teacher namakan anak teacher...IMANI.."

"Teacher niiiiii.." Hehehe..nampak Imani malu.

                           ***************

Saya melangkah masuk ke kelas 1 Ibnu Haytham. Eh,tapi tak berapa nak masuk. Saya berdiri di pintu. Pelajar-pelajar kecil dan comel saya pun berebut-rebut kembali ke tempat duduk masing-masing.

Amira Safiyyah tersenyum-senyum memandang saya.

"Teacher,Imani pergi toilet. " Sambil matanya memandang belakang pintu kelas. Tersenyum-senyum lagi.

Tahu dah saya. Imani tak pergi toilet la tu..kihkihkih..

'Imani ada hati nak terkejutkan teacher la tu..'

Saya sengaja berdiri di pintu dan menolak pintu ke dinding. Saya tahu ada lebih dari seorang di belakang pintu.

"Cakkkkk...." Dan muncullah kepala Imani dari belakang pintu. "Teacher terkejut tak?" Kata Imani.

"Eleh,teacher tahu Imani di belakang pintu," saya cubit pipi Imani. Geram..hehe.. Imani macam biasa lah,tersengih-sengih.

Setengah jam berlalu masa Bahasa Malaysia.

"Ok class,don't forget to pass up your homework to me,next Tuesday ok." Ajar BM tapi cakap English. Eheh.. Sekolah saya semua mata pelajaran in English,cuma BM saja dalam bahasa. Jadi,kadang-kadang tercampur juga bahasa yang saya gunakan.

Saya bersedia untuk melangkah ke keluat kelas. Imani berlari laju menghalang pintu.

"Teacher tak boleh keluar." Kata Imani. Dia bersandar di pintu.

"Eh, kenapa?" Tanya saya.

"Sebab teacher tak terkejutkan Imani. Teacher baru terkejutkan Imani 4 kali." Jawab Imani

Ooooo,saya faham dah. Hehehe.
Sebelum ini saya selalu menyorok di dalam kelas dan kemudian terkejutkan pelajar-pelajar 1 Ibnu Haytham. Dan yang selalu jadi mangsa adalah Imani. Patutlah dia terkejutkan saya awal kelas tadi..hehe.

"Hehehe, Imani nak teacher terkejutkan Imani berapa kali?" Soal saya.

"Hmmm,100 kali.."

"Haaaa?" Terkejut saya. Imani tersenyum-senyum.

Aih,imani..imani..


                    Macam mana teacher nak keluar ni?!


Tc Hidayah
11.45pm
HomeSweetHome


No comments:

Post a Comment