Pages - Menu

Sunday, July 17, 2016

Alahai Kerbau


Seminggu cuti hari raya. Bila cuti lama ini,yang menjadi concern saya ialah pelajar saya akan mudah lupa apa yang diajar sebelum cuti. Mana tidaknya, sibuk beraya sakan. Bila tiba hari raya inilah lagi seronok mereka beraya,bermain sambil kutip duit raya kan, hehehe..

Sebelum cuti sekolah lagi, saya sudah bekalkan mereka dengan kerja rumah. Kertas latihan sebanyak 6 helai. Semua merangkumi topik Bahasa Malaysia yang telah di ajar tetapi fokusnya adalah lebih pada topik yang mereka lemah.

Selepas naik sekolah tempoh hari, saya sengaja buat pop kuiz. Dari satu kelas ke satu kelas saya buat.

"Ok, semua berdiri." Arah saya,
Semua pelajar saya berdiri. Mereka fahamlah tu ada pop kuiz, kihkihkih.

"Ok, siapa boleh jawab,boleh duduk. Dan dapat jelly. "

"yeayyyyy...." Kemain seronok mereka bila tahu akan dapat jelly. Dapat jawab atau tidak belum tentu lagi.

"Ok. Beri teacher contoh kata hubung."

"Saya teacher.."
"Saya.."

Berebut-rebut mereka mahu cuba menjawab.
"Ok, Mariam, apa jawapannya?"

"Dan." Jawab Mariam.

"Ok, duduk. Yang lain?"

"Beta teacher.." Jawab seorang pelajar yang lain.

Saya tenung saja pelajar tu. " Itu kata ganti nama diri lah..." Kata saya.

"Teacher, makan.."

"Teacher, mereka.."

"Teacher, berlari.."

Dan macam-macam lagi jawapan yang keluar. *sigh. Menguji kesabaran saya sungguh.

Tapi Alhamdulillah juga,Seorang demi seorang pelajar cuba menjawab. Ada yang dapat jawapan yang betul. Ada juga yang salah. Banyak pulak tu...*sigh...

"Teacher nak dengar satu lagi kata hubung, kamu semua tak sebut lagi yang satu ni." Kata saya. Ada satu lagi kata hubung yang memang senang, tapi mereka tak boleh nak fikir yang satu itu. Wajah mereka terpinga-pinga, cuba mendapatkan jawapan.

"Teacher bagi clue. Ke......." saya cuba juga beri mereka clue. Kot-kot boleh ingat.

"Ke...kereta, teacher.." Ujar seorang pelajar lelaki.

"Ha..? kereta ?" Tercengang jugalah saya ni kan. Pelajar-pelajar  yang lain dah mula tersenyum-senyum mendengar jawapan sahabat mereka.

"Apa pula kereta. Itu kata nama am. Ker......." Saya cuba menambah satu lagi huruf. Dengan harapan yang tinggi ibarat Gunung Kinabalu agar dapatlah mereka menjawab.

"Haaa, saya tahu teacher." Kata seorang pelajar lelaki sambil mengangkat tangan. Excited betul, hehe.
Dan saya pun excited nak dengar jawapannya.

"Ok, Adiputra,apa jawapannya? Ker..?" Soal saya.

"Kerbau , teacher...."

Dan kali ini memang dengan saya sekali tergelak. Pelajar yang lain pun turut tergelak. Yang si Adiputra pun tergelak sama dengan jawapannya sendiri.

Alahai kerbau weeiiiiii...
Runtuh harapan teacher ini, Adiputra..isk.isk..isk
Adakah faktor makan ketupat dan rendang banyak sangat membuatkan kamu semua lupa ni..? :')

Adiputra, terima kasih sebab buat teacher tersenyum dan ketawa pada hari itu. ;)



Tc Hidayah
10.58 pm
Annur

*kata hubung : perkataan yang menghubungkan 2 ayat menjadi 1 ayat majmuk (dan,sambil,kerana dsb)

No comments:

Post a Comment