Pages - Menu

Saturday, March 21, 2015

Berdamai Dengan Perasaan Masa Lalu.

"Kalau Allah beri pilihan untuk ada superpower , korang nak superpower apa?"

"Saya nak superpower supaya boleh undurkan masa."

"Kenapa?"

"Supaya saya boleh betulkan kesilapan yang saya pernah buat dulu."

Saya selalu sangat dengar jawapan seperti itu. Setiap kali kalau ditanya mahu kuasa apa , pastinya nak kuasa untuk undurkan masa. Ataupun jawapan lain yang pernah saya dengar ialah mahu pintu sukahati doraemon atau nak poket doraemon....



Saya pun selalu fikir nak superpower yang semacam itu. Ada kuasa untuk undurkan masa supaya saya boleh betulkan masa silam. Supaya saya boleh buat perkara yang saya terlepas nak buat dulu-dulu. Mesti keadaan tak sama macam sekarang jika saya boleh betulkan kesilapan-kesilapan saya yang dulu.

Tapi...

Perasaan nak superpower itu timbul dalam hati saya bila hati saya tak senang. Bila hati saya gelisah. Bila hati saya tak suka dengan keadaan yang saya alami sekarang.

Bila hati saya dah kembali tenang dan boleh berfikir dengan baik , saya terfikir pula ,

Superpower ?
Undurkan masa ?


Untuk apa ?!!!

Saya terfikir , jika saya punya kuasa untuk undurkan masa dan memperbetulkan kesilapan masa lalu saya , adakah saya akan jadi lebih baik dari sekarang ? Atau mungkin akan jadi yang lebih teruk ?Mungkin saya dapat betulkan kesilapan saya dan jadikan keadaan seperti yang saya mahu , tapi adakah itu akan menjadikan saya lebih baik ? Adakah Allah akan redha dengan setiap yang terjadi ?

Kita mahu redha Allah kan, bukan apa yang kita mahu. Tak jadi apa pun jika kita dapat miliki apa yang kita mahu tapi Allah tak redha..

Masa lalu memberikan kita macam-macam pengajaran. Allah ingatkan kita supaya selalu mengambil iktibar dari kejadian masa lalu (59:2). Jika kita ambil pengajaran dari kesilapan-kesilapan yang kita pernah lakukan pada masa lalu , InshaAllah kita akan dapat mengurangkan kesilapan kita untuk masa depan, Untuk sekarang.

Saya kira , tak perlulah nak ungkapkan perkataan seperti "seandainya..." atau "kalaulah...". Itu seakan-akan kita menoleh pada masa lalu dan asyik sangat menangisi masa lalu. Jangan diperbaharui kesedihan dengan mengorek luka lama dan hanyut dalam penyesalan. Jangan dikesali takdir Allah dan apa yang telah terjadi.

Perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan ialah berusaha sehabis baik untuk menghadapi masa sekarang.

Berdamailah dengan perasaan masa lalu. Carilah sisi-sisi positif pada masa lalu kita dan cubalah berdamai dengan perasaan itu.

Kita takkan boleh mengubah apa yang telah terjadi pada masa lalu kita. Kena sentiasa ingat yang Allah itu berhak untuk campur tangan dalam urusan takdir kita. Ikhlas dan redhalah untuk mengembalikan semua urusan kita kepadaNya.

Apa yang telah terjadi tak akan pernah dapat diulangi. Hapuskanlah jejak-jejak kesedihan

dan..

Berdamailah dengan perasaan masa lalu.


No comments:

Post a Comment