Pages - Menu

Saturday, March 21, 2015

Berdamai Dengan Perasaan Masa Lalu.

"Kalau Allah beri pilihan untuk ada superpower , korang nak superpower apa?"

"Saya nak superpower supaya boleh undurkan masa."

"Kenapa?"

"Supaya saya boleh betulkan kesilapan yang saya pernah buat dulu."

Saya selalu sangat dengar jawapan seperti itu. Setiap kali kalau ditanya mahu kuasa apa , pastinya nak kuasa untuk undurkan masa. Ataupun jawapan lain yang pernah saya dengar ialah mahu pintu sukahati doraemon atau nak poket doraemon....



Saya pun selalu fikir nak superpower yang semacam itu. Ada kuasa untuk undurkan masa supaya saya boleh betulkan masa silam. Supaya saya boleh buat perkara yang saya terlepas nak buat dulu-dulu. Mesti keadaan tak sama macam sekarang jika saya boleh betulkan kesilapan-kesilapan saya yang dulu.

Tapi...

Perasaan nak superpower itu timbul dalam hati saya bila hati saya tak senang. Bila hati saya gelisah. Bila hati saya tak suka dengan keadaan yang saya alami sekarang.

Bila hati saya dah kembali tenang dan boleh berfikir dengan baik , saya terfikir pula ,

Superpower ?
Undurkan masa ?


Untuk apa ?!!!

Saya terfikir , jika saya punya kuasa untuk undurkan masa dan memperbetulkan kesilapan masa lalu saya , adakah saya akan jadi lebih baik dari sekarang ? Atau mungkin akan jadi yang lebih teruk ?Mungkin saya dapat betulkan kesilapan saya dan jadikan keadaan seperti yang saya mahu , tapi adakah itu akan menjadikan saya lebih baik ? Adakah Allah akan redha dengan setiap yang terjadi ?

Kita mahu redha Allah kan, bukan apa yang kita mahu. Tak jadi apa pun jika kita dapat miliki apa yang kita mahu tapi Allah tak redha..

Masa lalu memberikan kita macam-macam pengajaran. Allah ingatkan kita supaya selalu mengambil iktibar dari kejadian masa lalu (59:2). Jika kita ambil pengajaran dari kesilapan-kesilapan yang kita pernah lakukan pada masa lalu , InshaAllah kita akan dapat mengurangkan kesilapan kita untuk masa depan, Untuk sekarang.

Saya kira , tak perlulah nak ungkapkan perkataan seperti "seandainya..." atau "kalaulah...". Itu seakan-akan kita menoleh pada masa lalu dan asyik sangat menangisi masa lalu. Jangan diperbaharui kesedihan dengan mengorek luka lama dan hanyut dalam penyesalan. Jangan dikesali takdir Allah dan apa yang telah terjadi.

Perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan ialah berusaha sehabis baik untuk menghadapi masa sekarang.

Berdamailah dengan perasaan masa lalu. Carilah sisi-sisi positif pada masa lalu kita dan cubalah berdamai dengan perasaan itu.

Kita takkan boleh mengubah apa yang telah terjadi pada masa lalu kita. Kena sentiasa ingat yang Allah itu berhak untuk campur tangan dalam urusan takdir kita. Ikhlas dan redhalah untuk mengembalikan semua urusan kita kepadaNya.

Apa yang telah terjadi tak akan pernah dapat diulangi. Hapuskanlah jejak-jejak kesedihan

dan..

Berdamailah dengan perasaan masa lalu.


Wednesday, March 18, 2015

Demi Allah, Aku Menyayangimu

" Ok Dayah. Kenapa Dayah sayang Farah?".

Saya terdiam. Tersenyum. Kelu sekejap untuk menjawab pertanyaan naqibah saya itu. Pertanyaan itu simple. Senang. Tapi untuk beri jawapan itu yang susah.

"Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai miliknya sendiri" 

Saya mendengar pelbagai jawapan mengenai sayang kerana Allah ini. Ada yang menajwab 'ingin ke Syurga bersama-sama', ' nak jadi baik sama-sama ', dan macam-macam lagi jawapan. Semua jawapan itu boleh diterima. Tiada yang salah pun. Terpulang kepada definisi masing-masing tentang sayang itu.

Seindah apalah agaknya sayang dan cinta kita pada teman kita ya?

Kembali kepada soalan naqibah saya pada saya ;

"Entah lah kak. Saya tak dapat nak describe dengan kata-kata. Sayang itu datang sendiri je. Macam takde sebab yang spesifik."

Naqibah saya tersenyum tatkala mendengar jawapan saya. Tapi saya rasa itu jawapan paling jujur yang saya boleh beri. Untuk menyayangi atau menyintai seseorang selalunya tidak perlukan sebab yang spesifik. Sayang dan cinta itu datang dengan sendiri dengan izinNya. Atau mungkin juga saya sebenarnya malu untuk berterus terang kenapa saya menyayanginya.

"Farah , kenapa  awak sayang akak lillahi taala?" Saya pula bertanya pada dia lewat whatsapp.

"Sebab saya kenal akak melalui jalan tarbiyyah. Allah temukan saya dengan akak melalui jalan yang baik. Jalan yang ke syurga. Sayang sebab Allah ini datang dengan sendiri. Tak perlukan sebab. Kalau sayang sebab dunia ini , memang perlukan sebab. Saya sayang akak sebab akak ajak buat kebaikan. Duduk dalam jemaah ini tak kenal pun boleh sayang."


(aih..mata ni masuk habuk pulak..isk..isk..)

Selalunya kita akan susah nak gambarkan perasaan sayang kita pada sahabat yang kita sayang. Pada saya, sayang dan cinta itu serius. Berat. Kita kena selalu check atas sebab apa kita menyayangi teman kita. Adakah benar-benar kerana Allah?

Allah sangat-sangat sayang pada mereka yang berkasih sayang kerana Allah. Tapi untuk kita pastikan yang kita sayang kerana Allah , itu yang susah. Kita mengatakan kita sayang kerana Allah tapi tindakan kita padanya adakah menunjukkan yang kita sayang pada teman kita itu kerana Allah.

"Jika benar sayang dan cinta , bawa ke syurga."

Sayangkah kita pada teman kita seandainya kita mengajaknya membuat sesuatu yang Allah mungkar?
Cintakah kita pada teman kita seandainya kita membuatnya semakin jauh dari Allah ?

Hakikat sayang dan cinta itu bawa hingga ke Syurga. Sayang dan cinta itu meningkatkan iman.
Justeru , segala perbuatan kita mestilah menuju Allah. Bukannya menghumbannya ke Jahanam.

Saya mengaku, yang saya juga ada banyak kelemahan dan kekurangan untuk menyayangi dan menyintai teman kerana Allah. Bimbang jika hati ini tersasar dari tujuan kerana Allah. That's why kena sentiasa muhasabah dan minta petunjuk dari Allah.

Kena selalu ingat , sayang dan cinta kepada teman kita akhirnya akan membawa kita bertemu dengan di Syurga Allah nanti sekiranya sayang dan cinta kita padanya itu tulus dan ikhlas kerana Allah. Jom sama-sama kita tarik tangan teman-teman tersayang kita ke syurga. Biar kita bersama-sama berpimpinan tangan ke syurga Allah (senyum sampai telinga).



 #throwback3tahunlepas



20SEN :
Membaca doa rabitah bersama-sama sahabat yang disayang kerana 
Allah selalu buat hati ini bergetar, 








Thursday, March 12, 2015

Tanya Sama Dia

Manusia itu memang sifatnya suka mengeluh. Apabila susah. Apabila yang diingini tidak dapat menjadi hak milik.

"Akak , saya pernah terfikir. Kenapa Allah buat saya macam ini? Parents saya bercerai , kemudian ayah meninggal. Saya tak sempat jumpa ayah sebelum hari nikah saya." 

Saya diam. Perlahan airmata saya jatuh. Airmata dia apatah lagi.

Dik , kiranya kau tahu , manusia di hadapanmu ini juga ingin bertanyakan soalan yang sama.

Kenapa?

Saya selalu tertanya-tanya kenapa saya ? Kenapa bukan orang lain?
Pernah sampai satu ketika , saya rasa seperti mahu berjumpa dengan Allah secara direct. Mahu Allah berada di hadapan mata saya supaya saya boleh bertanyakan soalan kenapa ini.

Selalu sangat perasaan sudah melakukan semuanya itu melanda dalam hati dan fikiran.

'Aku dah buat macam-macam , tapi kenapa aku ya?'

Mungkin saya sering kali lupa yang sikap pasrah dan tawakal itu bermula dari hal-hal yang diluar kehendak dan pilihan bebas manusia.

Allahu..
Cakap serupa orang tiada iman. Ada orang pernah kata , akhawat itu sifatnya perlu sentiasa redha.
Tapi akhawat juga manusia kan. Ada perasaan. Ada hati. Ada masa-masanya sukar untuk ikhlas. Sukar untuk redha,

Dan memang hanya Dia yang lebih tahu bagaimana kadang kala kita fight untuk ikhlas. Untuk redha. Dan memang takkan ada orang yang tahu dan faham melainkan Dia.

Tiada suatu bencana menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Kami jelaskan hal itu supaya kamu tidak berduka terhadap apa yang luput darimu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu, dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri (57:22-23)

Memang fitrah semulajadinya manusia itu akan ada perasaan sedih. Perasaan bahagia. Cuma yang Allah selalu pesan , perasaan sedih dan bahagia itu jangan berlebih-lebihan (pesan untuk diri sendiri juga).

Pernah dengar kisah Nabi Yaakub?
Kisah ketika Nabi Yaakub kehilang puteranya Yusuf. Allah.... Hebatnya sikap yang ditampilkan oleh Yaakub tatkala menerima berita kehilangan puteranya Yusuf. Sikapnya yang tenang dan terus mengharapkan rahmat Allah tatkala kehilangan puteranya, Bukan itu saja , luka lama berdarah kembali apabila Nabi Yaakub kehilangan seorang lagi puteranya selepas Yusuf.

Kesabaran yang baik itulah (kesabaranku),dan Allah sajalah yang dipohon pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan (12:18)

Ayat diatas ini selalu menjadi kegemaran saya. Kerap saya ulang ulang dan ulang bila hati saya tidak tenang tatkala ditimpa musibah.

Mungkin saya dan kita semua sering lupa , yang beri semangat pada kita adalah diri sendiri. Bukan orang lain. Untuk tetap teguh dans senyum , kena selalu berdamai dengan takdir.

Jika sesuatu itu tidak beruapay kita ubah dan di luar kemampua kita , adakah jalan lain selain sabar ? adakah jalan lain selain ikhlas menerima kenyataan dan memohon kepada Sang Pemilik Kehendak agar terus dikuatkan hati dan diajarkan untuk ikhlas dan redha?

Walaupun mungkin kamu , dan saya ada banyak persoalan kenapa yang yang ditanya pada tuhan, sekurang-kurangnya cubalah berdamai dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya buat masa ini.

"Terimalah pemberian Allah dengan berlapang dada, 
nescaya engkau akan menjadi orang yang kaya."


Bersabar duhai hati , 
Allah itu selalunya dekat di hati.
:)

Ps : "Kalau rasa nak pergi jauh, pergilah."
Mungkin jauh  yang sebenar-benarnya jauh.