Pages - Menu

Monday, February 16, 2015

Q N A

Bismillah.
Disebabkan ada beberapa orang yang kerap bertanya , dan saya letih dan menjawab soalan yang sama berulang-ulang , saya jawab semua soalan di sini ya.


Soalan :

Kenapa tiba-tiba nak berniqab ?

Jawapan :

Perkara ini tidak terjadi secara tiba-tiba. Dari belajar waktu diploma dah pasang niat untuk berniqab, tapi dulu nak berniqab tapi tidak ada ilmu. Zero. Dan rasanya ketika itu banyak terpengaruh dengan filem "Ayat-ayat Cinta" kot.

Soalan :

Ooo..kalau macam tu , macam tak ikhlas jugak lah pakai niqab time tu. Sebab terpengaruh kan. Tapi apa perasaan ketika tu ?

Jawapan :

Takut. Tapi rasa lebih dihormati dan lebih terjaga. Mungkin jugalah tidak ikhlas. Sebab tak boleh fikir dengan baik lagi waktu tu. Tak fikir pun akibatnya. Cara dah tak betul.

Soalan :

So , sekarang macam mana ? Best ke berniqab?

Jawapan :

Haruslah best, hehe.
Senang nak bersiap. Tak payah nak bermake-up bagai, hehe.

Hmm,
Sebenarnya , banyak belajar dari pengalaman. Pernah rasa malu bila ditegur oleh pensyarah sebab niat dipersoalkan. Tambahan pula ketika itu fikir nak sambung belajar di UiTM kan , so considerkan banyak hal. Tapi sepanjang tempoh itu banyak sangat belajar tentang niqab. Dari segi hukum , dan cara. Hinggalah hujung tahun 2013 , rasa rindu untuk berniqab itu tiba-tiba datang. Kalau ikutkan perancangan sendiri , nak berniqab lepas kahwin tapi Allah ada perancangan yang lagi baik,bila mana Allah belum nak beri lagi laluan untuk berkahwin , so lagilah perasaan berniqab untuk menekan-nekan di hati.

Soalan :

Pergh , kira lama juga lah ya buat persiapan nak berniqab ni?

Jawapan :

Yup. Tapi tahun 2014 la banyak study tentang niqab.

Soalan :

Kenapa 2014 pulak ? Bukan dah lama study tentang niqab ?

Jawapan :

Sebab sebelum itu fokusnya adalah menuntut ilmu untuk berkahwin , tapi macam cakap tadi , Allah ada perancangan lagi baik. Mungkin Allah nak suruh perbaiki diri lagi. So , 2014 more fokus pada niqab. Soal kahwin dah tolak tepi.

Soalan :

Belajar dari mana tentang niqab?

Jawapan :

Alhamdulillah . Allah pertemukan dengan kawan-kawan yang berniqab dan banyak sangat kongsi dengan mereka. Mula-mula rasa takut dan rendah diri sangat. Takut pada pandangan orang. Takut orang akan cakap ' alah, diri tak baik, tapi berniqab.'

Tapi semangat itu datang balik bila ada kawan cakap , ' kalau nak tunggu baik , sampai bila pun kita tak tahu. Berniqab pun salah satu cara untuk perbaiki diri'.

So , akhirnya nekad jugalah. Dah tutup telinga.

Soalan :

Family macam mana ?

Jawapan :

Family tahu tapi ada bantahan. Dengan family tak pakai pun niqab.

Soalan :

Eh? Boleh pulak macam tu? Kejap pakai kejap tak.

Jawapan :

Saya masih dalam proses untuk belajar. Saya bukannya truly niqabis. Bukan fulltimes niqabis.

*senyum
Sebab itu dulu fikir , kahwin adalah kunci utama berniqab. Sebab bila suami beri izin , family dah tak boleh cakap apa kan. Suami itu automatik akan jadi sumber kekuatan. Adik beradik ok je. Cuma emak yang tak galakkan.

Tapi , ada hikmah rupanya disebalik setiap yang terjadi. Allah ajar lagi. Niqab ini hukumnya tidak wajib pun. Boleh dipakai ikut keperluan. Sama macam lelaki pakai kopiah. Adakah setiap masa dia pakai kopiah? Tidak kan.

Saya berpegang pada hukumnya yang tidak wajib. Jadi , saya pakai ikut keperluan. Pergi kerja saya tak pakai pun. Dengan family pun tak pakai. Tapi saya masih tetap berdoa semoga 1 hari nanti pintu hati family terbuka dan boleh terima.

Soalan :

Ok. Mana tahu nanti kalau kahwin kan, suami tak beri izin pakai niqab. Macam mana?

Jawapan :

*senyum.
Tak jadi isu pun hal itu. Niqab tak wajib. Taat pada suami itu yang wajib.

Soalan :

Tak rasa terbeban ke dengan berniqab?

Jawapan :

Hmm. Tak pun. Awal-awal memang ada rasa berat sikit. Tapi lama-lama ok. Sebab kita tahu tanggungjawab yang kita pikul bila berniqab. Sekarang ini pun masih secara perlahan-lahan belajar. Buat apa yang patut dan tinggalkan apa yang tak patut. Niqab ini macam salah satu proses untuk memperbaiki diri.

Penutup :

Ok. Itu jelah dulu nak tanya. Nanti kalau ada nak tanya lagi , saya tanyalah ya.
Semoga terus kuat ya.

Mohon doa ya.

Kalau rasa-rasa ada lagi nak tanya, whatsapp terus (utk yg kenal saya) or email :
syauqahnhh@gmail.com



No comments:

Post a Comment