Pages - Menu

Wednesday, February 11, 2015

Awak Kat Mana?

Dia berlegar-legar lagi di kawasan yang sama. Mencari barang untuk rumah. Saat dia berpusing ke belakang , terlihat satu susuk tubuh kecil bersama ibu dan ayahnya. Si kecil itu terlompat-lompat riang.

Dan tatkala dia berpusing dan melihat si kecil itulah , si kecil itu lantas memegang tangan ibunya sambil berkata ,

"Bu, takut.."
Erat sekali dia memegang tangan ibunya. Namun matanya tak lepas memandang susuk tubuh yang bertudung labuh dan berniqab itu.. Di sebalik niqab yang dipakainya , dia tersenyum.

********

Dia melangkah masuk ke restoran. Mencari meja kosong. Duduk. Melihat sekeliling. Menunggu si pelayan untuk mengambil order. Dia melihat 2 3 orang pelayan wanita dan lelaki saling bertolak-tolak sambil memandangnya.

Akhirnya seorang pelayan wanita datang menghampirinya. Dia tersenyum lagi di sebalik niqabnya. Senyuman berbalas. Bukan susah nak tahu si niqabis ini tersenyum atau tidak.

"Akak nak order apa?"

"Hmm, nasi goreng kampung satu."

" Makan ke bungkus kak?" Soalnya lagi.

"Bungkus dik.."
Makanan itu bukan untuknya. Tapi sahabatnya.

*********

Dia sedar banyak mata memandangnya. Menunggu-nunggu detik ketika dia mahu meneruskan suapan. Mahu melihat bagaimana agaknya perempuan bertutup muka ini makan di tempat umum. Buat tak tahu. 

Sekarang , dia sedar satu hal. Berniqab juga bahaya. Menarik banyak mata untuk melihat. Menarik banyak mata untuk melihat dan tertanya -tanya , 'bagaimana agaknya dia makan bila berniqab?'
Tapi ada satu perasaan yang unik yang dirasai. Bila dia rasa lebih dihormati. Bila dia rasa lebih terjaga. Dan dia suka dengan perasaan terjaga itu. Biarpun dia masih bukan sepenuh masa berniqab, namun sentiasa ada doa semoga 1 saat nanti dia akan kuat dan istiqomah. Learning process.

p/s : Tajuk tiada kaitan dengan entry ya ;p.

No comments:

Post a Comment