Pages - Menu

Saturday, January 17, 2015

Ninja

Saat dia melangkah masuk ke dewan , dia sedar ramai yang memandangnya. Namun , dia biasa-biasa saja. Tapi, hanya Tuhan saja yang tahu debaran di dadanya.

Keesokan harinya , dia memberanikan diri ke kelas dengan pemakaian yang sama. Tiada yang bertanya padanya. Tapi ada yang berkata-kata di belakangnya. Dia sedar hal itu. Pensyarah pun tidak bertanya padanya ketika di kelas. 


Ok. Dia jadi semakin tenang. Semakin yakin.


Hinggalah...


Dia mengetuk pintu bilik pensyarah Human Resourse. Dan saat dia melangkah masuk , mata pensyarah itu menatapnya dari atas hingga ke bawah. 


'Aku dah agak dah..' hatinya mula berkata-kata. Tidak tenang.


"Ni kenapa pakai macam ni ?" Soal Puan R.


"Saja.."


Erk? Itu jawapan paling save kot yang dia boleh beri. Tapi rasanya itu jawapan paling bodoh. 


"Ye ke saja ? Ke ada sesiapa suruh ? biasanya u all ni kalau berubah mesti ada boyfriend suruh la..ape lah..."


Ketika itu , rasa merah juga lah wajahnya. Tapi mujurlah tak kelihatan. Macam tak terfikir pulak alasan macam tu. 


Dia senyum saja. 


"Buka je. Tak payah pakai. Nanti u nak masuk uitm susah kalau pakai macam ni.."


Dia diam lagi.
Malas mahu berhujah atau mempertahankan apa-apa. 



*********************************

Itulah cerita saya 6 tahun lepas. Ketika berada di tahun akhir di sebuah kolej di Bangi. Cerita tentang apa?

Cerita tentang pengalaman saya ketika berniqab buat pertama kalinya. Memang kejadian itu saya takkan lupa sampai bila-bila. Kerana  kejadian itulah saya membuka semula niqab saya. 

Tak cukup yakin.
Takut.

Tapi bersyukur juga kerana kejadian itu , membuka mata saya tentang beberapa hal. 
Dan kerana itu juga saya menanamkan dalam hati yang saya mahu berniqab satu hari nanti. Tapi bukan berniqab kosong. Saya mahu berniqab dengan ilmu. 

Sejak kejadian itu pada tahun 2009 , sehingga sekarang saya masih lagi menuntut ilmu tentang niqab ini. Dan saya sendiri pernah secara personal menghantar emel pada Ustazah dan bertanyakan tentang isu niqab ini.

Saya banyak membaca tentang hukumnya berniqab. Supaya saya lebih jelas. 

Apa hukumnya ?
Bila nak pakai ?
Adakah perlu pakai sepanjang masa ?
Dan banyak lagi.

Untuk berniqab , yang paling utama adalah niat. Make sure niat itu hanya kerana Allah. Jika berniqab itu lain sebabnya , mungkin boleh dididik lagi hati itu supaya berniat kerana Allah.

Keizinan keluarga itu juga perlu dititiberatkan. Saya bukanlah datang dari keluarga yang dididik dengan tarbiyyah. Keluarga saya biasa-biasa. Satu ketika dulu saya pernah bertanya pada emak , namun jawapannya negatif.

Ketika saya menyatakan keadaan itu pada akhawat , saya takkan lupa jawapan akhawat itu. Ketika itu tahun 2013. 

Katanya,

" Kahwin. Minta izin suami. Ana yakin suami akan izinkan. Emak ana memang tak izinkan , tapi zauj ana izinkan, so ana proceed je."

Saya kelu. Waktu itu , macam-macam yang timbul di fikiran saya. Saya tak nafikan. Itu memang salah satu cara juga. Tapi kahwin , bukan semudah itu kan. 

Tahun lepas  (2014) , saya belajar lagi dan lagi. Alhamdulillah , Allah mempertemukan saya dengan insan-insan yang istimewa. Yang berniqab. Yang banyak share pengalaman mereka dengan saya. Mereka juga seperti saya. Bukanlah dari keluarga yang ditarbiyyah tapi berani utk berniqab. Keadaan itu semakin menguatkan saya. 

Saya bukanlah fulltime berniqab. Saya bukan lah truly niqabis. Atas urusan kerja saya tidak berniqab pun. Atas urusan keluarga saya tidak berniqab pun. Dan secara perlahan-lahan memujuk emak untuk izinkan saya berniqab. Sekarang pun masih memujuk.Mahu tunggu izin suami , entah bila kan.

Saya masih belajar. Masih belajar untuk memberanikan diri. Kerana itu saya katakan , niqab tidak wajib tapi untuk berniqab wajib ada ilmu. Jangan hanya main pakai saja tanpa ilmu. Ilmu itulah yang boleh digunakan untuk berhujah dengan yang lain. 

Saya ini ada masanya takut juga nak pakai , tapi kerana mahu memperbaiki akhlaq, kerana mahu lebih behave , saya berniqab. Untuk saya , dengan berniqab , saya dapat control diri saya.

Tapi 
INGAT..!!

Tanggungjawab berniqab ini , BESAAARRRRR. 
Jangan jadi fitnah pada niqab.

Untuk yang lain , yang diluar sana yang ada memasang niat untuk berniqab. Pastikan niat itu dan belajarlah tentang niqab ini. Supaya kita menjadi niqabis yang berilmu. (senyum)



Teguhlah kerana Allah.
Semua akan dipermudahkan. 
Mohon doakan saya supaya kuat.


No comments:

Post a Comment