Pages - Menu

Tuesday, March 18, 2014

Tentang Rasa

Saya masih berkira-kira lagi. Mahu menulis atau tidak. Setiap hari, idea tak jemu-jemu menyinggah di kotak pemikiran saya, yang selalu membuatkan saya rasa terdesak untuk menulis. Namun, saya masih buntu memikirkan bagaimana ayat-ayat tersebut perlu disusun. 

Jika saya mahu katakan kehidupan saya lebih baik dari sebelum ini , ya, saya akui akan hal tersebut. Teringat perbualan saya bersama seorang akhawat ketika pulang dari kerja bersama-sama. Kebetulan dia yang memandu. 

"Kak , kita rasa bersyukur sangat dengan setiap yang Allah tulis untuk kita sekarang. Sebab kita rasa kalau Allah tak takdirkan perkara yang teruk-teruk pada kita sebelum ini , mungkin kita tak jadi macam sekarang. Cantiknya susunan Allah untuk kita kan..? " Ujar nya.

Saya jadi terdiam dan tersenyum seketika. Inilah satu-satunya perkara yang saya sukai bila memandu bersama akhawat kerana sepanjang tempoh memandu , perkara yang biasanya kami perkatakan mesti berkaitan dengan ummah. Contohnya seperti usrah , politik , masalah bagaimana nak membina anak usrah dan sebagainya. 

"Mestilah . Allah dah tulis cantik-cantik skrip kehidupan kita ni." Bila saya renung-renungkan setiap perkara yang terjadi dalam hidup saya , sedalam-dalamnya saya fikirkan , saya tahu , ada hikmah yang sangat cantik yang Allah telah susun untuk saya. Jika Allah tak takdirkan saya gagal , tidak takdirkan hati saya terluka , tidak takdirkan air mata saya ini jatuh , pastilah saya bukan yang sekarang. Pasti saya bukan manusia yang cukup kuat.

Baru-baru ini , ketika berprogram,menerima taujihat dari seorang akhawat dari Gombak. Tarbiyyah Dzatiyah (baca : pendidikan diri). Entah bagaimana,saat diminta oleh naqibah untuk sharing sedikit tentang TD ini selepas mathurat pagi itu, suara saya bergetar-getar untuk berkongsi. Dan akhirnya airmata saya jatuh. Saya sangat terkesan dengan kisah Ja'afar Bin Abi Talib yang mana beliau tidak tinggal hampir dengan Rasulullah saw selama bertahun-tahun,tapi kerana tarbiyyah dzatiyahnya yang mantap,dia masih mampu bertahan dengan Islam. Saya sendiri ketika mana berada jauh dalam suasana tarbiyyah,pernah futur. Itu yang membuatkan saya mengalirkan airmata ketika diminta berkongsi. Entah berapa banyak dosa telah dilakukan. Tidak terkira-kira. Mahu berdosa itu mudah sangat. Tapi untuk delete dosa-dosa itu, mujahadahnya pasti perlu lebih kencang.



Saya yakini,setiap perkara yang terjadi itu,ada hikmahnya. Bagaimana Allah pernah memisahkan saya dari dunia tarbiyyah,bagaimana Dia menguji hati saya dan sebagainya. Ada sesuatu yang Allah mahu ajar pada kita. Pendidikan secara direct dari Allah. Tak perlu rasanya berkeluh kesah mengapa begini dan begitu,sebab pasti ada sesuatu tentang itu. Bukan kah Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya? (senyum)

Ketika tubuh berada dalam pelukan naqibah, sempat naqibah berbisik,

" Teruskan mujahadah Hidayah.."


No comments:

Post a Comment