Pages - Menu

Saturday, March 22, 2014

Bila Allah Berkehendak.

Tercungap-cungap meneruskan aktiviti harian sebagai seorang hamba. Kadang-kala cungapan itu lebih hebat dari taufan.Adalah wajar jika yang menjadi punca taufan itu orang luar kerana jika orang luar , bolehlah kiranya mengambil sikap tidak ambil peduli tapi bila saatnya orang akrab boleh hilang sabar dibuatnya. 

Ah! Tak perlu dipaksa hati ini untuk difahami, yang PENTING,diri sendiri perlu bertindak untuk memahami. Bukankah memahami untuk difahami ?Walau bagaimana sakitnya hati , seksanya jiwa , ia perlu terus diubati walaupun sakit.Hanya tuhan yang mengerti.

Haih..! Manusia dunia ini tidak pernah berhenti bukan..? Berhenti dari menyoal.Tidak akan pernah berhenti dari menyoal. Ada saja soalan2 yang mahu di”tembak”.Saat masih belajar ,ditanya bila nak habis, andai dah habis belajar ditanya bila nak kerja atau kahwin, bila dah kerja ditanya gaji pulak, bila dah kahwin ditanya bila nak ada anak..dan bla..bla..bla.Kadang kala bila berhadapan dengan soalan2 seperti ini , diam dan senyum adalah jawapan yang PALING BAIK sekali.

“Kalau Allah sudah kata ya,tiada siapa boleh persoalkan lagi”

Maaf. Pendek saja entry kali ini.


No comments:

Post a Comment