Pages - Menu

Sunday, November 24, 2013

Interactive Dakwah Training

Bismillah
Sebelum ini , saya sering mendengar tentang IDT (baca : interactive dakwah training) dari sahabat-sahabat. Ada juga saya baca di laman sosial dan menonton video di You Tube. Sejak dari saya menuntut di UiTM lagi saya sudah tahu tentang ini , tapi sering kali saya terlepas untuk mengikuti program ini kerana kekangan masa dan saya pula jarang update tentang hal ini. 

Alhamdulillah. 
Baru - baru ini saya sempat update tentang program ini di muka buku. Memang pantang saya kalau ada majlis ilmu ini. Memang saya suka,sebab selain dapat isi masa lapang ketika cuti sekolah ini, dapat juga menambah ilmu yang memang tak pernah cukup. Jadi,memang laju lah saya mendaftarkan diri bersama usrahmate saya.

 "Interactive Dakwah Training" (fasa 1) anjuran Perkim ini mengetengahkan ilmu tentang perbandingan agama. Antara agama Islam,Kristian,Buddha,Hindu dan ade beberapa kepercayaan yang lain. Secara keseluruhannya ia mensasarkan dakwah kepada non-muslim. 

Sepanjang mengikuti kursus ini yang diadakan di Wangsa Maju (kami batch pertama yang merasmikan pejabat baru ini, hehe), memang banyak sangat ilmu yang saya dapat.

Kursus ini disampaikan oleh Bro Lim Jooi Soon,Bro Lim Shi Jun dan Bro Amin. Wah! Mereka ini memang saya respect sebab penyampaian mereka memang hebat. Tak mengantuk. Kalau saya tak mengantuk tu,memang best la,hehe.

Hari pertama,minda saya dah tepu dengan sejarah perkembangan agama Kristian,kepercayaan agama Hindu dan Cina, dan Bible Study. Bedah Bible adalah slot yang paling saya suka sekali sebab dapat kaji Bible dengan detail. Super oseemmmm. Tapi sudahnya,malamnya memang saya tidur awal sebab minda saya penat. Sudahlah saya pertama kali drive ke sana. Mujur As-Saqaf ade gps,jadi memang saya ikut gps jelah. Fuh! Saya memang elak nak memandu di area KL,tapi.. redah je lah. Sesat juga lah sikit-sikit walaupun ada gps , tapi slogan saya kalau pergi ke tempat yang tak pernah pergi ini ialah :
"bukan akhawat la kalau jaulah tak sesat"..hehe..
Sebab sesat lah,kita akan explore banyak benda kan.


Hari kedua,kami peserta didedahkan dengan salah tanggapan tentang agama Kristian dan Islam,kosmologi,asas kepercayaan Kristian dan keaslian Al-Quran. Memang saya rasa sangat seronok dengan kursus ini. Ya Allah,selepas mengkaji semua ini,saya lebih menghargai agama saya dan kalam Allah itu sendiri. 


Pengisian oleh Bro Lim Jooi Soon.



Sesi Question & Discussion.


Yes! Haruslah saya mahu jadi volunteer. Kalau boleh nak pilih semua,tapi biarlah fokus pada satu dulu. Mula-mula terdetik untuk memilih Daie Training,tapi bila memikirkan dengan tarbiyyah dan program yang saya jalani di Shah Alam ini pun dah macam daie training,saya memilih revert affairs =).

Sis Syahirah siap pesan "nanti kitaorang call kalau ada program lagi,dan boleh jadi sukarelawan.."
Ok sis. Just give me a call.Insha Allah.


Bible Study.


Fasa 1,selesai.
InshaAllah akan ada sekali lagi fasa 1 bulan Disember nanti,kalau yang berminat boleh daftar cepat.
Insha Allah fasa 2 menyusul bulan Januari nanti,dan saya sudah mendaftar untuk fasa 2.
(^_^)

Ilmu ini , tak kan datang jika tidak dicari. Ia tidak datang bergolek-golek macam bola bowling tu. Ia tak turun dari langit. Kita yang kena cari. Usaha. Takkan sia-sia pun menuntut ilmu ini.

Jadi,jom sama-sama cari ilmu.

NHH
12:18

1 comment:

  1. syukran kak atas perkongsian ni. memang tgh cari2 program untuk isi time cuti ni. :)

    ReplyDelete