Pages - Menu

Friday, September 20, 2013

Dia Istimewa.

"Teacher..teacher.. siap." Dia berlari-lari ke arah saya dan menunjukkan jawapannya.

Saya melihat jawapannya dan menganggukkan kepala.

"Pandai tak?" Dia bertanya lagi. Sambil kakinya seakan-akan mahu melompat-lompat. Mata yang terkebil-kebil melihat saya.

"Iya. Pandai." Saya menjawab.

"Affandi pandai." Ujarnya sambil menepuk-nepuk dadanya. Kemudian dia berlari semula ke tempatnya.

Itulah Affandi. 
Pelajar saya. Berumur 7 tahun. Affandi bukan seperti kanak-kanak yang lain. Dia nakal. Dia hyperactive. Dan saya boleh katakan dia tidak sesempurna dan sesihat kanak-kanak yang lain. 

Ada masanya,saya juga hampir hilang kesabaran dengan sikapnya yang hyperactive. Tapi bila saya tunjukkan wajah yang marah,dia akan kelam-kabut. Disebalik marah itu,saya selalu tersenyum dengan gelagatnya itu. 

Di kelas science tadi , saya mengarahkan membuat peta minda tentang Why We Need Food. Affandi kanak-kanak yang bijak cuma dia perlu diberikan 110% dengannya dan tunjukkan satu demi satu apa yang perlu dilakukan. Dan tadi dia dapat membuat kerja yang saya berikan. 

Tanpa menunggu dia datang kepada saya,saya terus datang padanya dan melihat hasil kerjanya. Jika hendak dibandingkan hasil kerja pelajar-pelajar yang sihat dengan Affandi,saya akui,memang jauh berbeza. Tetapi..

"Haa,pandai pun Affandi buat. Cantik." 
Saya sengaja memujinya.

Dan dia terkebil-kebil melihat saya. Tersenyum dan malu. 

"Macam ini lah yang teacher nak. Pandai Affandi. Teacher suka Affandi buat macam ni. Teacher tak ajar pun,Affandi tahu nak buat macam mana." Saya memuji lagi.

"Wehooo..Affandi pandai.."
Melompat dia bila saya memujinya lagi. Makin bersemangat dia mahu menyiapkan tugasan yang saya berikan. Affandi ini , bila datang semangatnya untuk melakukan sesuatu kerja,semangatnya memang lain macam. Dia akan datang bertanya itu dan ini. Jika dia tidak faham, dia akan terus bertanya dan bertanya sehingga dia faham. Disitu,memang perlukan kesabaran. Dan kita perlu jelaskan satu persatu padanya.

Jujur,kebelakangan ini,rasanya saya banyak sekali tersenyum dengan gelagatnya. Sebab itu saya selalu memujinya. Sebab saya suka bila melihat dia bersemangat untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Saya belajar perlahan-lahan bagaimana untuk mengawal kanak-kanak istimewa seperti dia. 




Allah,kanak-kanak ini istimewa.
Kau peliharalah dia. Selalu.
Semoga kelak dia menjadi insan yang berguna untuk agamaMu.
*senyum

No comments:

Post a Comment