Pages - Menu

Monday, September 2, 2013

Di Sebalik Rasa


"Kak Dayah ok?" 

"Ok."

Saya memalingkan wajah ke arah lain , dan tak semena-mena airmata mengalir. Hujung tudung dicapai bagi mengesat airmata yang tumpah. Tak mahu terkelihatan oleh mata-mata yang ada disekeliling. Alasan mata masuk habuk atau menguap kerana mengantuk sehingga mata berair sudah tidak relevan jika titis-titis yang jatuh itu , laju. 
Dan saat itu saya tahu , saya menipu. Saya cuba sembunyikan airmata yang mengalir itu. Si adik di sebelah entah mengerti atau tidak. Kebisuan saya mungkin difahami. Atau mungkin tidak. 

Kadang-kadang , ada rasa yang kita susah sangat nak luahkan. Selalu sangat rasa-rasa itu disembunyikan. Tapi itu lah, orang kata , jika rasa , luahkan. Jangan simpan. Nanti meletup. Tapi saya kira,jika saya luahkan rasa itu , meletup juga. Jadi,baik saya simpan saja. Biarkan saja airmata itu terus mengalir sepi.

Saya tahu. Sedar. Manusia itu diuji. Selalu. Setiap saat. Dan saya tidak menipu. Berada di medan ini banyak menguji saya. Getarnya hati saat diuji bertalu-talu. Ya. Airmata selalu jatuh.

Dan sentiasa saya berfikir , di mana arah saya sebenarnya?Rasa macam "stupid" sangat kan. Umur sudah suku abad masih lagi tercari-cari arah. 

Kadang-kala , rasa nak mengalah itu ada. Selalu ada. Tapi selalu juga tak jadi. Bila melihat teman-teman yang baik hati , yang sweet , niat untuk mengalah itu hilang sendiri. 

Setiap detik kehidupan saya , berfikir dan berfikir dan berfikir dan terus berfikir. Bangun celik mata , saya berfikir. Berfikir kemana arahnya. Berfikir apa yang perlu dilakukan. Jadi bayi mungkin lagi mudah. Hanya perlu menangis atau merengek bila mahu kan sesuatu dan semuanya disediakan. 

Hati saya,belum cukup kuat. Masih lemah. Saya mahu punya hati yang cukup kuat. Hati yang selalu tersenyum. Selalu bersangka baik. Hati yang berakhlaq. 

Erm, cukup setakat di sini dulu. Tergantung?
Biarlah. 
Tak faham ?
Tak mengapa , mungkin ianya tak perlu difahami.
Hanya perlu didengari. 
(senyum)



1 comment:

  1. Take a deep breath.

    You know, we always plan. But we tend to forget that Allah also have plenty of plans for us.

    Uwa. Stay strong.

    ReplyDelete