Pages - Menu

Friday, September 20, 2013

Dia Istimewa.

"Teacher..teacher.. siap." Dia berlari-lari ke arah saya dan menunjukkan jawapannya.

Saya melihat jawapannya dan menganggukkan kepala.

"Pandai tak?" Dia bertanya lagi. Sambil kakinya seakan-akan mahu melompat-lompat. Mata yang terkebil-kebil melihat saya.

"Iya. Pandai." Saya menjawab.

"Affandi pandai." Ujarnya sambil menepuk-nepuk dadanya. Kemudian dia berlari semula ke tempatnya.

Itulah Affandi. 
Pelajar saya. Berumur 7 tahun. Affandi bukan seperti kanak-kanak yang lain. Dia nakal. Dia hyperactive. Dan saya boleh katakan dia tidak sesempurna dan sesihat kanak-kanak yang lain. 

Ada masanya,saya juga hampir hilang kesabaran dengan sikapnya yang hyperactive. Tapi bila saya tunjukkan wajah yang marah,dia akan kelam-kabut. Disebalik marah itu,saya selalu tersenyum dengan gelagatnya itu. 

Di kelas science tadi , saya mengarahkan membuat peta minda tentang Why We Need Food. Affandi kanak-kanak yang bijak cuma dia perlu diberikan 110% dengannya dan tunjukkan satu demi satu apa yang perlu dilakukan. Dan tadi dia dapat membuat kerja yang saya berikan. 

Tanpa menunggu dia datang kepada saya,saya terus datang padanya dan melihat hasil kerjanya. Jika hendak dibandingkan hasil kerja pelajar-pelajar yang sihat dengan Affandi,saya akui,memang jauh berbeza. Tetapi..

"Haa,pandai pun Affandi buat. Cantik." 
Saya sengaja memujinya.

Dan dia terkebil-kebil melihat saya. Tersenyum dan malu. 

"Macam ini lah yang teacher nak. Pandai Affandi. Teacher suka Affandi buat macam ni. Teacher tak ajar pun,Affandi tahu nak buat macam mana." Saya memuji lagi.

"Wehooo..Affandi pandai.."
Melompat dia bila saya memujinya lagi. Makin bersemangat dia mahu menyiapkan tugasan yang saya berikan. Affandi ini , bila datang semangatnya untuk melakukan sesuatu kerja,semangatnya memang lain macam. Dia akan datang bertanya itu dan ini. Jika dia tidak faham, dia akan terus bertanya dan bertanya sehingga dia faham. Disitu,memang perlukan kesabaran. Dan kita perlu jelaskan satu persatu padanya.

Jujur,kebelakangan ini,rasanya saya banyak sekali tersenyum dengan gelagatnya. Sebab itu saya selalu memujinya. Sebab saya suka bila melihat dia bersemangat untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Saya belajar perlahan-lahan bagaimana untuk mengawal kanak-kanak istimewa seperti dia. 




Allah,kanak-kanak ini istimewa.
Kau peliharalah dia. Selalu.
Semoga kelak dia menjadi insan yang berguna untuk agamaMu.
*senyum

Wednesday, September 18, 2013

Sabrun Jameel

"Menangis ya?" si teman bertanya.

Saya tersenyum. Diam. Mahu dijawab tidak,saya bimbang kesannya nampak di mata. Dalam hati tertanya-tanya, 'berbekas di mata kah?'. Mungkin berbekas kerana memandu dalam keadaan airmata yang mengalir.

Tak perlu saya jawab,si teman sudah tahu jawapannya.

"Sabarlah ya."

Dan saya tersenyum lagi. Diam. Bila marah,airmata memang senang sangat nak tumpah. Mungkin kemarahan itu cepat reda kerana keluar bersama airmata.

Maaf. Hari ini saya memulakan hari dengan keadaan yang marah. Memulakan hari dengan wajah yang tiada segaris senyum. Saban hari saya bertahan,sampai masanya ianya akan tewas juga.

Allah,semoga saya terus kuat dengan ujian-ujian yang mendatang. 


NHH



Monday, September 2, 2013

Di Sebalik Rasa


"Kak Dayah ok?" 

"Ok."

Saya memalingkan wajah ke arah lain , dan tak semena-mena airmata mengalir. Hujung tudung dicapai bagi mengesat airmata yang tumpah. Tak mahu terkelihatan oleh mata-mata yang ada disekeliling. Alasan mata masuk habuk atau menguap kerana mengantuk sehingga mata berair sudah tidak relevan jika titis-titis yang jatuh itu , laju. 
Dan saat itu saya tahu , saya menipu. Saya cuba sembunyikan airmata yang mengalir itu. Si adik di sebelah entah mengerti atau tidak. Kebisuan saya mungkin difahami. Atau mungkin tidak. 

Kadang-kadang , ada rasa yang kita susah sangat nak luahkan. Selalu sangat rasa-rasa itu disembunyikan. Tapi itu lah, orang kata , jika rasa , luahkan. Jangan simpan. Nanti meletup. Tapi saya kira,jika saya luahkan rasa itu , meletup juga. Jadi,baik saya simpan saja. Biarkan saja airmata itu terus mengalir sepi.

Saya tahu. Sedar. Manusia itu diuji. Selalu. Setiap saat. Dan saya tidak menipu. Berada di medan ini banyak menguji saya. Getarnya hati saat diuji bertalu-talu. Ya. Airmata selalu jatuh.

Dan sentiasa saya berfikir , di mana arah saya sebenarnya?Rasa macam "stupid" sangat kan. Umur sudah suku abad masih lagi tercari-cari arah. 

Kadang-kala , rasa nak mengalah itu ada. Selalu ada. Tapi selalu juga tak jadi. Bila melihat teman-teman yang baik hati , yang sweet , niat untuk mengalah itu hilang sendiri. 

Setiap detik kehidupan saya , berfikir dan berfikir dan berfikir dan terus berfikir. Bangun celik mata , saya berfikir. Berfikir kemana arahnya. Berfikir apa yang perlu dilakukan. Jadi bayi mungkin lagi mudah. Hanya perlu menangis atau merengek bila mahu kan sesuatu dan semuanya disediakan. 

Hati saya,belum cukup kuat. Masih lemah. Saya mahu punya hati yang cukup kuat. Hati yang selalu tersenyum. Selalu bersangka baik. Hati yang berakhlaq. 

Erm, cukup setakat di sini dulu. Tergantung?
Biarlah. 
Tak faham ?
Tak mengapa , mungkin ianya tak perlu difahami.
Hanya perlu didengari. 
(senyum)