Pages - Menu

Tuesday, June 25, 2013

Pendidik Yang Terdidik

Idea datang tatkala saya sedang menanda buku pelajar-pelajar saya. Menanda buku-buku mereka jarang membuatkan wajah saya masam. Asyik tersenyum sendiri. Dan kadang kala menggeleng-geleng kepala. Mana mungkin tidak. Melihat jawapan-jawapan yang diberikan,sangat kreatif dan 'kritis'. (senyum)
Ramai teman-teman yang menyangka saya mengajar kanak-kanak tadika,hakikatnya saya mengajar pelajar-pelajar Tahun 1. Pelajar sekolah rendah. Jadi pasti boleh diteka bagaimana bentuk jawapan - jawapan yang selalu saya terima.

Jujur saya katakan,pengalaman hampir 3 bulan menjadi pendidik ini,benar-benar mendidik saya. Di minggu-minggu pertama ketika saya mula mengajar,ada saja teachers yang mengingatkan saya akan cabaran yang perlu saya hadapi ketika berhadapan dengan pelajar tahun 1. Saya tahu. Cabarannya bukan mudah kerana ada saja teacher yang demam sewaktu mula-mula mengajar. Tak kurang juga yang minta ditukar mengajar ke tahun 2 atau 3. Namun alhamdulillah, minggu pertama saya berjalan dengan sangat baik. Tipulah kalau saya katakan,saya tidak terkejut ketika kali pertama menjejakkan kaki ke kelas.

Masya Allah! Pelajar-pelajarnya aktif semacam. Sekejap-sekejap nama saya di sebut. Bertanya itu ini. Tapi dalam masa seminggu alhamdulillah kerana saya sudah dapat memahami kerenah mereka. Perlahan-lahan saya ikut rentak mereka sebelum mereka mengikut rentak saya. (Senyum)

 Melayan kerenah kanak-kanak yang berusia kurang dari 10 tahun,benar-benar menduga saya. Kesabaran saya. Mungkin mudah bila saya melayan pelajar yang berusia 12 tahun,kerana mereka lebih mudah memahami berbanding dengan yang berumur 6,7, dan 8 tahun. Mereka memang manja. Hal yang kecil pun akan datang berjumpa dan mengadu.

Air tumpah.
Si fulan tak nak kawan dengan si fulan.
Kena cubit dengan si fulan.
dan macam-macam lagi.

Sampai satu ketika,saya rasakan saya bukan saya bertindak sebagai seorang guru,tetapi juga sebagai seorang ibu. Demam,sakit perut,pening kepala. Akan datang jumpa saya dan mengadu. Khasnya pelajar kelas saya sendiri , 1 Ibnu Sina.

Jujur. Dengan mereka banyak sekali mendidik diri dan jiwa saya. Bukan tugas yang mudah bagi saya sebenarnya. Kerana pertama-tamanya, saya perlu mendidik anak-anak kecil ini supaya menjadi manusia yang berfikrah. Saya perlu mentarbiyyah mereka. Dalam setiap sesi pembelajaran saya, saya perlu kaitkan semua yang saya ajar dengan Islam. Dengan Allah. Itu cabaran untuk saya yang kurang ilmu ini. Namun saya bersyukur kerana sedikit sebanyak, saya dapat 'kilatkan' kembali ilmu yang dah berhabuk dalam otak saya ini. Keduanya, kemanjaan mereka kadang kala memang boleh buat saya hilang sabar. Tak tipu. Ada saja masa-masa yang saya jadi marah dengan kelakuan mereka yang terlalu hyperactive. Jika dilihat atas meja saya di bilik guru,pasti akan ada gula-gula strepsils. Sakit tekak. Kerana itu,dengan mereka banyak sekali mendidik saya menjadi manusia yang lebih banyak bersabar.

Satu perkara yang saya suka tentang pelajar-pelajar tahun 1 ini ialah,jika kita marah macam mana pun, mereka tetap sayang pada kita. Jarang sekali rajuk mereka berpanjangan dengan saya. Jika saya marah mereka di kelas, sebelum habis waktu saya mengajar,mereka dah datang balik pada saya. Bila saya marah, kebiasaannya saya akan diam dan tidak bercakap dengan mereka. Dan mereka tahu bila saya diam , saya marah.


Irdina merajuk,kerana tak dapat sticker untuk diletakkan di MashaAllah chart. 
Tak boleh macam tu Irdina,teacher kena adil kan. Irdina tak dapat jawab,jadi tidak ada ganjaran. Mana boleh teacher beri kalau Irdina tak dapat jawab. Nanti tak adil pada kawan-kawan yang lain.
(senyum)



Pelajar-pelajar kelas Iqra dan Hafazan saya..



My class.. 
1 Ibnu Sina

Ya Allah,semoga Allah terus memberikan saya kekuatan dan kefasihan untuk mendidik anak-anak kecil menjadi manusia yang berguna pada agama,bangsa dan negara.

Jujur, teacher sayang semua pelajar-pelajar teacher.
(senyum)