Pages - Menu

Saturday, March 23, 2013

Rasa Yang Tak Terluah

Termenung.
Itu yang saya kerap lakukan sejak akhir-akhir ini. Saya buntu. Memikirkan apa yang ada dalam fikiran. Apa yang ada dalam hati. Sering kali juga saya ras serba salah. Entah. Di mana silapnya. Di mana salahnya. Pada hati saya sendiri mungkin. Atau mungkin juga fikiran saya yang terlalu memikirkan. Tapi apa yang saya fikirkan ? Entah.

Kadang kala,saya rasa saya sukar sekali membuat keputusan. Bila keadaan itu datang,mulalah ada kelakuan yang tidak menentu. Mulalah fikiran selalu melayang. " Wajah tersenyum,tapi dalam hati siapalah tahu." Iya! Saya setuju. Tapi keadaan menjadi sukar bila si pemilik hati sendiri tidak tahu apa yang di hatinya. Hati juga sering kali berbolak balik. Sekejap mahu begini,sebentar begitu. Ah! Pusing sekali. Ada rasa yang terbuku dalam hati. Ada rasa yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Rasa apa?

Kita memang tidak boleh buat orang untuk memahami kita kan. Kita juga tidak boleh buat orang untuk katakan apa yang kita nak dengar. Saya tahu itu. Dan saya redha. Saya tahu,sampai satu saat,memang saya takkan rasa apa-apa lagi. 


SyauqahNHH
25:74

Tuesday, March 5, 2013

Ada Semua Tapi Tiada Semua

Teman pejabat (perempuan) : Engkau bila lagi nak kahwin ni? Rumah dah ada, kereta ada,kerja pun bagus. Semua ada.

Telinga saya menangkap perbualan antara 2 orang teman sepejabat saya itu. Walaupun kedudukan meja kerja saya yang agak jauh dari mereka,tapi masih lagi saya boleh dengar perbualan mereka,cuma saya buat-buat tak dengar dan buat-buat sibuk. 

Teman sepejabat (lelaki) : Tu la,tengah cari la nih. Tapi susah lah. Takda calon.

Teman sepejabat (perempuan) : Kau try lah Hidayah tu. Tapi serius, dia tu 'mahal'.

Gulp! 
Tersentak juga saya bila mendengar kata-kata teman sepejabat saya itu. Tapi masih saya buat-buat tak dengar. Aduh! Malu sekejap saya. Malu dengan Allah sebenarnya.Saya dikatakan mahal? Rasa macam tak sesuai dengan saya tapi masih saya bersyukur,kerana dikatakan saya ini "mahal". Semoga saya akan menjadi lebih "mahal" lagi.

Tapi,saya lebih tertarik pada kata-kata teman sepejabat saya tentang lelaki itu yang dikatakan "semuanya ada". Ada kereta,ada rumah,ada kerjaya. Itu dikatakan sebagai "semua ada". Tapi agamanya bagaimana pula? Semuanya belum ada andai agamannya tidak ada. Tapi bila agama ada, insha Allah , semua ada.*senyum.

~SyauqahNHH
25:74