Pages - Menu

Wednesday, January 30, 2013

Tangisan Iman



Terlalu asyik di SINI,sehingga saya terlupa pada yang ini. Terlalu leka,sehingga saya mengabaikan catatan di sini.Maaf ya.

*Sigh
Saya menulis entry ini dengan senyuman. Dengan ketenangan . (senyum). Akhirnya saya menemui ketenangan yang selama ini saya cari-cari. Benarlah,saya sendiri kena bebaskan diri saya. Jika tidak selamanya saya akan terkurung. Dan selama saya terkurung itulah, saya nelangsa. Hati saya nelangsa.

Saya tidak malu untuk mengaku yang sejak kebelakangan ini saya banyak sekali leka. Terlalu. Lalai. Saya tidak sedar. Sungguh. Enaknya saya tidur. Lenanya saya sehingga saya tersedar, yang saya sudah tidur terlalu lama. Benarlah. Jika hati sudah lama tidak basah dek ayat-ayat cinta Allah,bila tidak duduk lagi dalam satu "bulatan cinta",banyak faktor luar akan membuatkan kita berubah,hati berubah.

Saya manusia biasa saja. Naluri saya untuk mencuba itu dan ini begitu kuat,sehingga akhirnya saya tidak sedar yang itu lah yang telah diusahakan syaitan. Sehingga ia merosakkan niat,keikhlasan dan cinta saya dalam sifat nafas dan aktiviti saya.

Namun, sejak seminggu yang lepas, saya ditegur olehNya. Teguran yang sangat halus. Tapi teguran itulah yang menyentap hati saya. Dan teguran itulah yang membuatkan saya mengalirkan airmata dengan laju di malam yang sepi itu. Hanya antara saya dan Dia. Selepas ditegurNya, hadir pula insan-insan ini menegur. Mana mungkin mata tak basah,wajah bertukar merah menahan malu.

Untuk si adik yang menegur saya melalui email,sungguh, saya malu. Untuk kamu, yang menegur saya di Whatsapp,sekali lagi saya termalu. Malunya saya sehingga mata ini basah bila menerima teguran itu. Sehingga akhirnya saya memilih untuk lebih berdiam.

Dan saya telah menjadi orang lain sepanjang detik itu. Bukan saya. Patutlah hati saya tidak tenang. Tidak hairanlah jika saya sentiasa gelisah memikirkan itu dan ini.

“Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan- perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun ,lagi Maha Mengasihani” (39:53)

Ayat inilah yang sebenarnya buat hati saya benar-benar tersentak. Saya memang telah melampaui batas. Saya tidak tegas. Saya tahu,saya pun bukanlah baik sangat. Ada juga masanya yang saya nakal. Saya manusia biasa. Biasa sangat.

Saya terlupa yang dunia hanya tipuan bagai kilatan mutiara ditanah yang gersang. Segalanya akan berakhir. Kita telah tertunang pada takdir yang bersanding menunggu.

Untuk semua,maaf ya.


 Allah..
Terima kasih atas ketenangan ini.
Saya lebih ikhlas tersenyum
Allah..
Kau uruskan lah hidupku ini..
Seperti yang Engkau telah lakarkan..
Kerana Engkau tahu apa yang terbaik.

Allah..
Aku ikhlaskan apa yang telah terjadi
Aku ikhlaskan setiap insan yang datang
Aku ikhlaskan apa yang mungkin terjadi
Aku ikhlaskan setiap insan yang pergi
Dan
Aku ikhlaskan setiap insan yang mungkin akan kembali


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

~SyauqahNHH~
25:74

No comments:

Post a Comment