Pages - Menu

Wednesday, September 19, 2012

Bawa Ia Pergi

Senyuman yang dilemparkan,kadang kala cuba untuk menyembunyikan duka yang sering kali bertamu. Yang jelas,keceriaan yang dipamerkan berjaya menutupi rasa hati. 

Kebelakangan ini , rasanya saya banyak sekali mengalirkan airmata ini. Sendiri. Saya bukan orang yang mudah untuk mempamerkan airmata ini dihadapan orang lain. Jika boleh saya tahan,saya akan tahan. Tapi entah,kebelakangan ini , banyak kali saya mengalirkan airmata di dalam bilik air. Bilik air adalah tempat paling sesuai untuk mengalirkan airmata kerana selepas ia dikeluarkan , basuh saja muka. Selesai. Tidak akan terperasan oleh yang lain. 

Tidak perlu saya ceritakan apa ujian yang menimpa , cuma saya rasa , saya mahu segera keluar dari ujian ini. Dari dugaan ini. Sudah hampir beberapa bulan saya menahan diri menghadapi dugaan ini , memaniskan wajah menipu mata-mata yang melihat,dan kini seberapa boleh , saya mahu lari dari ujian ini. Sebab saya bukan insan yang tabah. Sekuat mana saya cuba menabahkan hati , ada masanya , pasti akan kalah juga. 


Sejujurnya , saya mohon padaNya supaya segera bawa dugaan ini pergi dari saya. Kerana saya sudah terlalu letih. Terlalu letih untuk berehat lagi. 

NHH
~25:74

No comments:

Post a Comment