Pages - Menu

Wednesday, September 19, 2012

Bawa Ia Pergi

Senyuman yang dilemparkan,kadang kala cuba untuk menyembunyikan duka yang sering kali bertamu. Yang jelas,keceriaan yang dipamerkan berjaya menutupi rasa hati. 

Kebelakangan ini , rasanya saya banyak sekali mengalirkan airmata ini. Sendiri. Saya bukan orang yang mudah untuk mempamerkan airmata ini dihadapan orang lain. Jika boleh saya tahan,saya akan tahan. Tapi entah,kebelakangan ini , banyak kali saya mengalirkan airmata di dalam bilik air. Bilik air adalah tempat paling sesuai untuk mengalirkan airmata kerana selepas ia dikeluarkan , basuh saja muka. Selesai. Tidak akan terperasan oleh yang lain. 

Tidak perlu saya ceritakan apa ujian yang menimpa , cuma saya rasa , saya mahu segera keluar dari ujian ini. Dari dugaan ini. Sudah hampir beberapa bulan saya menahan diri menghadapi dugaan ini , memaniskan wajah menipu mata-mata yang melihat,dan kini seberapa boleh , saya mahu lari dari ujian ini. Sebab saya bukan insan yang tabah. Sekuat mana saya cuba menabahkan hati , ada masanya , pasti akan kalah juga. 


Sejujurnya , saya mohon padaNya supaya segera bawa dugaan ini pergi dari saya. Kerana saya sudah terlalu letih. Terlalu letih untuk berehat lagi. 

NHH
~25:74

Sunday, September 16, 2012

Sabar Yang Berpenghujung

Sabar.. Sabar.. Sabar.. dan sabar. Kadang-kala rasa tak boleh nak sabar juga bila ungkapan sabar itu diucap berkali-kali di cuping telinga. Sungguh! Saya jemu. Saya tertekan. Rasanya ungkapan sabar itu sudah tidak lut lagi di telinga saya. 

Saya tahu, cerita kita tidak mungkin sama. Cerita kamu..cerita saya..cerita mereka. Berbeza. Sangat berbeza. Ujian dan dugaan yang kita hadapi juga akan berbeza. Takkan sama. Kerana perbezaan itu , maka kesabaran kita juga adalah berbeza. Kesabaran saya..kesabaran kamu...kesabaran kalian. Mungkin kalian dapat bertahan sehingga ke titik akhir perjuangan kalian. Dan mungkin saya tidak. 

Saya mohon. Diberikan kesabaran untuk terus bersabar. Kerana saya sendiri tidak tahu, sampai bila saya akan bertahan dengan kesabaran yang sudah semakin menipis. Tapi saya yakini satu hal, Allah tidak akan biarkan kesabaran saya itu sia-sia.

"Dan sungguh,akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" 
(Al-Baqarah : 155)

Seperti kata Ustaz Rahmat Abdullah (Filem Sang Murabbi)
"Sabran ala sabran" (bersabarlah di atas kesabaranmu)


NHH
25:74

p/s: Tolong ya Allah,permudahkan dan percepatkan urusan rezekiku

Thursday, September 6, 2012

Welcome To The Family Dear

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Saya bersyukur  sangat-sangat padaNya di atas kehadiran insan baru dalam keluarga saya (senyum). Di saat orang lain sibuk nak menyambut merdeka , saya pula teruja mahu menyambut kehadiran orang baru. 

Alhamdulillah,pada 31 Ogos yang lepas,kakak saya selamat melahirkan permata hatinya yang ketiga yang juga merupakan cahaya hati saya yang ke-12. Fuh! Dalam masa 11 tahun, saya sudah mempunyai 12 orang anak saudara (kesat peluh kat dahi). Alah,baru 12 orang kan. Sikit lagi tu, hehe.

Walaubagaimanapun, syukur sebab semuanya berjalan dengan baik. Kakak saya pun ok. Tidak ada kena jahit kat mana-mana. Saya yang berada di rumah ni, punyalah teruja nak tunggu kakak saya pulang untuk berpantang sebab saya tak sabar nak jumpa baby baru. Hanya emak saja yang pergi teman kakak saya di Bangi. Saya masih menjalankan tugas menjaga si bujang Irfan ni ha.. 

Dan akhirnya setelah seminggu saya menunggu,hari ini kakak saya pulang. Yeah! Akhirnya dapat jumpa baby baru saya (sambil lompat2.*ok! mengadanya)

 With my new niece,Syarha Nurfasihah
Comel kan? hehe

 Selamat datang baby ke dalam keluarga kecil ini :-)
Kita tunggu saja progress baby Syarha ni,heee

*NHH
25:74

Tuesday, September 4, 2012

Serabut

Aih..
Nampak macam berserabut pula blog ini kan dengan design yang baru ini. Saja saya mahu gunakan design yang baru , tapi malangnya untuk saya , sebab tak berapa nak pandai edit sana sini. Minta maaf ya kalau klik sana sini , tapi tak keluar apa-apa pun..hehe..

Nanti lah saya edit.Insya Allah. Sekarang bukan dalam mood nak edit. 
Jumpa lagi nanti..
(^_^)