Pages - Menu

Friday, August 17, 2012

Hati Ini Tidak Di Situ

Masih meniti hari-hari terakhir bersama Ramadhan. Pilu pula rasa bila sudah hampir sampai ke penghujungnya ini. Bila dah nak berada di penghujung,mulalah timbul rasa menyesal kerana tidak buat ini,tidak buat itu.

Bagaimana dengan Ramadhan kawan-kawan semua?
Saya?
Erm,sedihnya kerana Ramadhan saya sungguh tidak produktif. Dan kerana ketidakproduktif itulah menyebabkan saya biasa-biasa saja untuk menyambut Syawal kali ini.

Untuk Syawal kali ini , saya memang benar-benar menjadi seorang yang sangat bersederhana. 
Tidak ada baju raya baru.
Tidak ada kasut baru.
Semua tiada yang baru. 

Bila emak bertanya tentang baju raya, saya hanya menjawab..
"Pakai jubah hitam je. Lagipun baju raya tahun lepas boleh pakai lagi."

Bila emak bertanya tentang kasut raya, saya menjawab..
"Pakai je kasut yang selalu pakai pergi jalan tu. Yang pakai pergi Umrah tu pun boleh pakai lagi."

Entah.
Hati saya seakan tidak berada di situ. Tidak berada dalam mood untuk Syawal. Macam ada sesuatu yang saya hilang. 

Tapi,walaubagaimanapun, ada 2 perkara yang sangat-sangat mengujakan saya untuk Ramadhan kali ini. (Senyum)


Tersenyum saya tatkala mendapat message dari teman ini. Perubahan yang sangat-sangat menggembirakan hati saya. Dalam bulan Ramadhan ini , telah datang beberapa orang kepada saya, dan mereka menyatakan hasrat mereka untuk bertudung. Masya Allah! Rasa nak menangis pun ada.
Cuma yang buat saya sedikit segan kerana mereka meminta nasihat dari saya. Saya bukan siapa-siapa yang handal untuk memberikan nasihat. Yang mampu saya berikan hanyalah sokongan dan kata-kata semangat supaya teman-teman saya bisa istiqomah..bisa kuat.

Alhamdulillah.
Dari yang tidak bertudung , sudah bertudung.
Dari yang bertudung singkat, sudah mula belajar bertudung labuh.
Syukur..syukur..syukur..
Saya rasa tak sabar nak jumpa mereka ini sebab nanti nak peluk mereka sampai lemas =p.

Itu yang pertama. Yang keduanya, saya banyak polish skill memasak emak. Saya suka memasak, tapi bila ada masterchef ni , rasa macam tertahan-tahan je nak memasak..hehe..
Erm, tak tahu apa yang menyeru saya, saya sangat teruja untuk membuat dessert untuk Ramadhan kali ini.eheh~~
Aih..hari-hari ada saja yang layari web myresepi dan cari resepi untuk membuat dessert. Puding roti lah.. Puding caramel lapis coklat lah..aiskrim gorenglah..macam-macam lah..
Dan semua dessert yang saya buat, itu adalah percubaan kali pertama. Dan bila percubaan kali pertama itu menjadi, melompat sampai ke bintang lah kan..hikhikhik..
Terima kasih juga untuk my senior , Kak Amy Ozie (ni nama fb ni, hehe), sebab share resepi puding caramel tu..hehe

Tahu tak apa yang paling seronok sekali bila kita memasak ?
Apa yang buat saya tersangat happy bila mak dan kakak ipar saya approve semua dessert yang saya buat.
Rasa macam nak terjun laut je..=p.

Apa-apa pun,Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya tapi belum habis lagi ya. Ada lagi sehari lagi sebelum kita semua menyambut Syawal. Harapnya kita semua tidak sia-sia masa yang singkat yang kita miliki ini untuk memohon keampunanNya.

Come on!
Just one last push!!

~NHH
25:74

No comments:

Post a Comment