Pages - Menu

Thursday, July 12, 2012

Kembara Bumi Cinta (P3)

Asallamualaikum wbt. 
Hai there! 

Alhamdulillah,masih diberikan ruang dan masa untuk menyambung kisah kembara saya ke bumi cinta.(Senyum). 

Ok,tak perlulah saya perpanjangkan lagi cerita,biarlah saya terus kepada kisah saya ya. 

Selepas bersiap-siap, saya dan jemaah yang lain pun bertolaklah dari Madinah ke Mekkah dengan menaiki bas. Kami bertolak selepas Zohur. Dan dalam perjalanan ke Mekkah itu , kami semua singgah di Bir Ali dahulu, untuk niat miqat di situ. Di masjid Bir Ali , saya solat sunat ihram 2 rakaat dan langsung niat ihram umrah. Selepas menaiki bas,di dalam bas itu sepanjang ke Mekkah , kami beramai-ramai membca lafaz talbiah. eh! Tak lah sepanjang perjalanan kan,hehe.Letih lah mulut kalau nak baca talbiah sepanjang 5-6 jam perjalanan itu.
Dan bila dalam keadaan ihram ini lah , mulalah kepala saya gatal la,macam-macam lah.Rasa nak garu saja. Tapi saya terpaksa berhati-hati,takut ada rambut yang gugur,kalau gugur,nanti kena dam. Jadi , saya memang menjaga pantang ketika di dalam ihram itu.



Pemandangan dari Madinah ke Mekkah.
Padang pasir saja.
Erm,agaknya macam manalah ya Nabi saw berhijrah dari Mekkah ke Madinah?!
Mengharungi padang pasir dengan hanya menaiki unta.

Saya sampai di Mekkah sekitar jam 11 malam. Sewaktu dalam perjalanan ke hotel, saya sebenarnya sangat sangat sangat dan sangatlah tertarik dengan satu bangunan itu. Bangunan itu memang tertutup habis. Ada tingkap tapi tingkapnya juga tertutup. Saya mula tertanya-tanya bangunan apa itu? Pada awalnya saya sangkakan ianya penjara tapi macam tak logik penjara di tengah-tengah bandar.

Tapi rupa-rupanya bangunan itu ialah universiti khas untuk perempuan sahaja.
Menurut kata mutawwif indonesia (merupakan pelajar yang sudah 5 tahun menetap di Mekkah) yang membawa rombongan kami itu, universiti perempuan itu tertutup sepertimana tertutupnya wanita-wanita arab itu.
Subhanallah...!!
Hati saya waktu itu..erm...
Kita semua tahu bukan , wanita-wanita arab ini memang tertutup habis. Dengan pakaian hitam dan purdahnya.Mungkin ketika di dalam universiti itu mereka bebas untuk tidak memakai purdah dan membuka aurat sesama mereka.
Tiba-tiba datanglah mood mengada-ngada saya nak belajar di situ kan =p.

Bila kami sampai di hotel, check-in dan rehat selama 30 minit. Terus berkumpul semula di lobi hotel untuk melakukan umrah. Fuh! Penat tak penat lah,tapi lagi cepat selesai umrah lagi lah bagus sebab dah lepas dari pantang dalam ihram. Walaupun mata saya mengantuk,saya gagahkan juga untu melaksanakan umrah di tengah malam itu.

Walaupun penat , perasaan teruja itu tetap ada. Sebab?
Sebab mahu ke rumah Allah. Mahu melihat kaabah lagi. Itu yang saya jadi segar walaupun mata mengantuk. 
Suasana di Mekkah memang berbeza sedikit dengan Madinah.Madinah lebih tenang berbanding Mekkah. Mekkah agak sibuk sedikit. Ditambah hotel saya betul-betul di hadapan jalan. Keluar hotel saja dah jalan raya. 

Walaupun jam dah hampir tengah malam,tapi manusia memang tak putus-putus ke Masjidil Haram. 
Tak putus-putus manusia melakukan tawaf ataupun umrah.
Perjalanan dari hotel saya ke Masjidil Haram jauh jugalah. 15-20 minit. Tapi dari hotel saya nampak dah Masjidil Haram itu.
Masuk saja ke dalam Masjidil Haram , mata saya melilau nak tengok Kaabah.

Subhanallah...!!!!!!
Satu pemandangan yang sangat sangat indah!!!
Teramat indah..!!
Ditambah pula waktu malam kan..
Memang cantik!!
Mengalir lagi airmata saya melihat Kaabah. Perasaan inilah yang saya alami ketika melihat Kaabah pada tahun 2005 dulu. Di tempat yang sama. Perasaan ini lah!

Ketika itu , jatuh terus sifat-sifat riak,bongkak atau apa-apa sajalah sifat mazmumah yang ada dalam diri saya ini. 
Saat melihat Kaabah itu, saya tahu sayalah hambaNya yang paling banyak buat dosa,paling banyak mungkir janji saya denganNya,paling jahil,paling bodoh..Itulah saya!!
Ketika itu yang ada hanyalah sifat rendah diri dan perasaan nak mohon ampun padaNya itu rasa membuak-buak. Macam nak terkeluar pun ada hati saya ini.

Waktu pertama kali melihat Kaabah ketika itu , dalam hati saya tidak putus-putus berdoa.Macam-macam doa yang saya lafazkan. Tak tersusun doa-doa saya. Punyalah gelabahnya ketika berada di depan Kaabah itu.

Apa-apa pun , kami semua selamat menyelesaikan umrah untuk hari itu. Sekitar jam 2 pagi. Erm, disebabkan tahun 2012 ini adalah kali kedua saya menunaikan umrah, umrah saya pada kali ini dikira umrah sunat saja. Bukan umrah wajib. Bukan seperti Along dan Angah. Mereka pertama kali menunaikan umrah,jadi ia dikira umrah wajib bagi mereka. Selepas ini kalau mereka menunaikan umrah lagi , baru dikira umrah sunat. 

Memang banyak perubahan pada Masjidil Haram ini. 
Tempat saie saja sudah ada 3 tingkat. Pada hari itu , kami melakukan saie di tingkat paling bawah sekali. Mulanya saya macam pelik juga kenapa tempat saienya macam lain dari yang dulu. Seingat saya , waktu tahun 2005 dulu, tempat saie ini dekat dengan tempat bercukur. Keluar saja di pintu Marwa,ada banyak kedai untuk bercukur bagi lelaki. 
Tapi kali ini , langsung tidak ada. Rupanya sekarang ini , saya saie di tingkat tanah. Kalau dulu , saya saie di tingkat 2.


Tempat permulaan saie di tingkat 2.

Oklah ya!
Berhenti dulu ^_^

No comments:

Post a Comment