Pages - Menu

Saturday, July 7, 2012

Kembara Bumi Cinta (P2)

Asallammualaikum wbt.
(Senyum)

It's me again! 
Kalau lihat tajuk , pasti dah boleh teka kan yang saya mahu menyambung entry yang lepas kan..hehe.
Jadi ,kalau sesiapa yang agak-agak macam sesat (baca:lost),sila rujuk entry yang lepas


Seperti yang saya katakan dalam entry yang lepas, daripada airport Jeddah itu , jemaah semua di bawa ke Madinah dengan menaiki bas. Seharian dalam kapal yang boleh terbang itu , memang buat saya letih. Sepanjang malam itu , saya tidur saja di dalam bas. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa kira-kira 6- 7 jam juga. Dan saya sampai di Madinah sudah hampir subuh.




Hotel yang saya tinggal di Madinah.
Durrat Al-Fayroz
Tak jauh pun dari Masjid Nabawi ,dalam 10 minit jalan kaki dah sampai.

Hari pertama di Madinah, insan pertama yang saya temui, semestinya bertemu Kekasih Hati tercinta, Muhamad saw..*Hoyeah..hoyeahhh..
Jangan tanya macammana perasaan saya. Susah nak cakap dengan perkataan. 
Bercampur baur. Excited. Sedih.

Yang paling buat saya tak dapat tahan airmata ialah bila berada di Raudhah (taman syurga dunia),berhampiran dengan makam Nabi saw. Ustazah yang bawa kami semua itu cakap ;
"Nabi saw lihat wajah-wajah yang datang menziarahi Baginda saw".
Ketika itu , saya rasa air mata saya laju mencurah-curah sebab saya tahu , Nabi saw lihat wajah saya. SAYA. Umatnya. 
Saya menangis dalam senyuman dan dalam hati saya tidak putus-putus berdoa untuk Baginda Saw. 
Saya rasa macam Baginda saw benar-benar ada di hadapan saya.
Saya rasa hina sangat sebab saya tahu, saya ini antara umatnya yang jahil dan bodoh.

Walaumacammanapun , saya bersyukur kerana saya dalam solat hajat 3x di Raudhah.*lompat-lompat bintang..eheh. Raudhah adalah antara tempat yang dimakbulkan doa. Dan makam Nabi saw bersama 2 orang sahabatnya Umar dan Abu Bakar,termasuk dalam kawasan Raudhah.

Hari-hari seterusnya , kami semua di bawa melawat beberapa tempat yang bersejarah di Madinah seperti Bukit Uhud,Ladang kurma,Masjid Quba.

 Bukit Uhud.
Di sini lah terjadinya peperangan Uhud, di mana tentera Islam 
telah dikalahkan oleh tentera Kafir Quraisy.

Ok!
Nampak bukit tu, yang ada ramai orang tu.
 Itulah bukit dimana Nabi saw mengarahkan beberapa orang tentera Islam supaya berkawal di atas bukit itu dan jangan turun dari bukit tersebut. Tapi,arahan Nabi saw itu diingkari,dan mereka turun dari bukit tersebut bila melihat ramai tentera yang mati dan mereka mahu mengutip sisa-sisa harta yang ada. Pada ketika itulah , tentera Kafir Quraisy menyerang dan tentera Islam telah kalah

Yang buat saya nak tergelak bila lihat bukit itu ialah, sewaktu saya ke sini tahun 2005 , saya mati-mati ingat inilah Bukit Uhud. Tapi kali ini baru saya tahu, yang ini bukan Bukit Uhud,sebaliknya bukit Uhud ialah bukit yang kelihatan seperti gunung itu. Yang di belakang bukit tu. Dan sangat besar dan tinggi bukit Uhud ini. 

Selepas ziarah ke Bukit Uhud ini , terus kami semua di bawa ke ladang kurma. Wahhh....! Sangat seronok! Banyak coklat. Dan kurma tak payah cakaplah,memang banyak. Selain kurma ajwa (juga dikenali sebagai kurma Nabi saw), banyak lagi kurma yang lain.


Berkotak-kotaklah mak cik-mak cik pak cik-pak cik borong coklat dan kurma kan.

Masjid Quba

Saya berada di Madinah selama 3 hari saja.
Hari terakhir di Madinah , saya bersama emak,Along dan Angah melakukan ziarah selamat tinggal untuk Nabi saw. Along dan Angah semestinya masuk ke Raudhah.Lelaki bila-bila masa boleh masuk ke Raudhah itu. Untuk wanita , ada waktu-waktunya. Sebab itu untuk ke Raudhah ,wanita-wanita biasanya berebut-rebut. Lelaki boleh relax saja.
Jadi saya dan emak hanya ziarah selamat tinggal di luar.

Ziarah Selamat Tinggal
Di bawah kubah hijau itulah terletaknya makan Nabi saw

 Saya kongsikan beberapa keping gambar ketika saya di Madinah ya. 
Mahu ambil gambar di dalam Masjid Nabawi , tapi peraturannya sangat ketat. Tidak boleh bawa kamera atau handphone yang ada kamera ke dalam masjid. Habis seluruh tubuh saya di raba oleh polis wanita Arab itu. Kalau lelaki , memang boleh saja. 
Tapi walaumacammanapun , terlepas juga lah sekali saya bawa kamera masuk dalam masjid,hehe.
Puas saya baca doa supaya tidak dikesan , hehe.
Nasib baik lah kan.Salah satu sebabnya bila saya boleh lepas ialah kerana saya berpurdah. Bila berpurdah ini,polis-polis wanita arab ini kurang periksa sikit. Raba-raba sikit terus beri masuk.

 Di hadapan gate masuk

 Perkuburan Baqi'

 Di luar kawasan Masjid Nabawi

 Jual beli selepas waktu solat.
Bila tiba waktu solat,kosong.
Habis waktu solat,penuh.
Sekelip mata sahaja.

Bersama emak dan angah.

 Along,emak dan angah

Pemandangan di hadapan masjid.
Hotel saya terletak di bangunan sebelah kiri.
Bangunan yang nampak ada tingkap warna biru tu.

Dan selepas ziarah selamat tinggal, saya pulang ke hotel, untuk bersiap-siap memakai pakaian ihram kerana
kami semua akan bertolak ke Mekkah al-Mukarramah...

Jadi,selamat tinggal 
MADINAH AL-MUNAWWARAH..
Selamat tinggal buah hati tersayang
MUHAMAD SAW
Akan datang lagi..pasti!

To be continue...

No comments:

Post a Comment