Pages - Menu

Tuesday, July 17, 2012

Kembara Bumi Cinta (Akhir)

Lagi 3 hari kita akan menyambut Ramadhan dan saya sangat teruja tentang itu. Jadi hari ini , saya mahu sudahkan kisah kembara saya ke bumi cinta..Madinah dan Mekkah ^_^
Jadi bolehlah pergi ambil ice blended blue coral bersama-sama dengan twistis ok. Boleh juga kunyah-kunyah sambil baca entry saya yang memang sumpah sangat panjang ini..hehe

Hampir seminggu berada di tanah suci Mekkah, aktiviti yang rutin yang dilakukan oleh penduduk Mekkah hanyalah berniaga..berniaga dan berniaga. Dan 90% peniaga adalah lelaki. Ada juga saya melihat peniaga wanita, tapi wanita-wanita yang berniaga itu adalah secara tidak sah. Mereka berniaga di luar-luar masjid. Apabila polis datang saja , dapat dilihat bertempiaran mereka melarikan diri. 

Hotel saya pula terletak betul-betul di tepi jalan raya yang maha sibuk +_+.
Sebenarnya di Mekkah sekarang , banyak bangunan-bangunan dan hotel-h,otel yang sedang dirobohkan. Kerajaan Arab saat ini sedang mahu memperbesarkan lagi kawasan Masjidil Haram. Jadi banyaklah hotel-hotel yang dirobohkan. Mujur juga hotel yang saya duduki ini belum lagi dirobohkan tapi saya dapat rasa, bakal dirobohkan. 
Inilah pemandangan dari bilik hotel saya. 
Kerja-kerja merobohkan bangunan sedang dijalankan. Hari-hari saya perlu melalui kawasan berdebu ini untuk ke masjid.


Menara Jam tertinggi di dunia.
Terletak betul-betul di hadapan Masjidil Haram

Hari-hari saya di Mekkah hanya dipenuhi dengan amal ibadah.
Ke masjid..solat..jalan-jalan.
Itu saja. Memang ketika di sana , kita semua tidak akan terfikir hal-hal dunia ini.
Bila terdengar saja azan berkemundang , berpusu-pusu manusia menuju ke masjid. Memang berbezalah kat Malaysia ini. Kalau tak pergi Masjidil Haram untuk solat memang malulah. Gila taknak pahala solat kat Masjidil Haram?!! Tempat yang dimakbulkan doa.

Selepas solat Isyak!
Lautan manusia.Semua kelihatan sama kan. 

Saya biasanya akan ke masjid 45 minit atau 1 jam sebelum masuk waktu. Saya dan emak memang suka pergi awal. Bukan apa,kalau saya dan emak pergi 30 minit sebelum masuk waktu pun, pasti susah nak dapat tempat untuk solat. Terpaksa solat atas lantai. Bila solat di atas lantai , kemungkinan untuk tempat sujud dipijak dan kepala di langkah adalah sangat besar. Dan lagi , terpaksa solat bersebelahan dengan manusia yang berbagai bangsa. Bau badan tak payah cakaplah ya. Allah swt sajalah yang tahu betapa susahnya saya nak jaga hati saya ini dari mengata yang tidak-tidak. =_=.

Bila saya dan emak datang awal , biasanya saya akan solat sunat dan lakukan beberapa solat sunat yang lain,kemudian mengaji.

 Ofkosesss la Al-Quran itu teman saya sepanjang di tanah terchenta ini kan..

Alhamdulillah , saya dapat khatam Al-Quran di Mekkah (senyum).
Kalau duduk dalam Masjidil Haram itu,memang takkan nampak pemandangan lain melainkan pemandangan orang solat dan mengaji. Dan kalau saya dapat solat di tingkat atas,saya suka melihat pemandangan manusia-manusia melakukan tawaf di sekeliling Kaabah. Senangnya hati bila lihat Rumah Allah itu ^_^. Bila lihat Kaabah saja dah beribu-ribu pahala dapat. Sambil-sambil itu berdoalah dalam hati kan..hehe.

Pemandangan sementara menunggu waktu solat
Oh. Lupa nak cakap , di Mekkah,boleh je bawa masuk camera,hehe.
Tapi kena pandai-pandai cover juga,takut polis wanita check tapi jaranglah mereka check. Tak seketat di Masjid Nabawi. ^_^

Saya kadang kala pelik dengan cara bangsa Arab solat,mungkin sebab mazhab berbeza kot. Maaf lah , tapi kadang kala solat saya tak khusyuk kerana perkara itu. Ada sekali saya memerhatikan mereka solat sunat, dan kebetulan si anak kecilnya menangis dan merengek-rengek di tempat sujud ibunya. Ibunya rukuk dan selepas rukuk,untuk sujud itu, si ibu boleh angkat si anak dan letak ke tepi kemudian sujud.. ??????. Saya dah mula terpinga-pinga. Situasi lain saya melihat si ibu mendukung si anak sambil solat.
Angah pernah cerita dia pernah terlihat seorang pak Arab membalas sms ketika sedang solat. Hahhh???! Bukan dah batal ke solat kalau macam tu?
Erm..

Saya tidak nafikan lah , wanita-wanita Arab ini memang cantik-cantik dan anak-anaknya memang comel, hehe. Saya teringat satu kejadian ketika saya sedang berjalan-jalan bersama emak dan angah di salah sebuah mall yang terletak berhadapan masjid. Kebetulan emak dan angah sedang leka sangat pilih kurma dan saya pula leka memerhatikan seorang anak kucing yang berwarna hitam. Sangat comel! Hehe.

Si hitam yang comel

Sedang saya leka itu , datang beberapa kanak-kanak perempuan Arab yang saya kira berusia dalam 7-9 tahun dan mereka mengusik-usik anak kucing tersebut. Kanak-kanak itu takut sebenarnya tapi saya lihat anak kucing itu pun takut,hehe. Mungkin kanak-kanak itu sangka anak kucing itu nak mencakar agaknya. Saya pun datang pada anak kucing tersebut dan mengusap-usap anak kucing tersebut. Kucing kalau diusap-usap teruslah jadi manja kan. Bila anak kucing itu jadi manja dengan saya terus kanak-kanak perempuan arab itu menghampiri saya dan cuba juga nak mengusap anak kucing tersebut. Kanak-kanak perempuan itu perhatikan saja muka saya. Saya pegang tangan kanak-kanak perempuan itu dan ajarnya bagaimana nak mengusap kucing tersebut. Dapatlah dia usap sikit-sikit tapi dia macam takut-takut juga. Saya bangun untuk beredar dan salah seorang dari kanak-kanak itu dari tadi saya lihat di memang khusyuk je pandang wajah saya. Sebelum beredar saya senyum saja pada dia, saya tak tahulah dia tahu saya senyum atau tidak sebab saya berpurdah, tapi dia balas kembali senyuman saya. So, saya rasa dia tahu lah saya senyum kot..hehe..sebab saya kalau senyum mata saya akan jadi macam sepet/mengecil.

Saya tidak alami apa-apa kejadian yang aneh-aneh pun ketika di Mekkah ini melainkan beberapa orang yang jumpa saya akan kata muka saya ini "familiar". Saya pun pelik sebab mereka bukan lihat wajah saya pun sebab saya berpurdah. Ada yang kata saya ini pelakon. Haaa... itu memang saya tak tahan nak tergelak.

Erm, ada satu kejadian yang saya tak boleh lupa apabila ditegur oleh seorang pemuda Arab. Kejadian berlaku sewaktu saya baru habis tawaf sunat selepas subuh. Kebetulan saya angkat  bahagian belakang telekung saya. Sewaktu sedang berjalan itu , saya terdengar seorang menjerit-jerit "sumayyah..sumayyah.." dari belakang saya. Apa yang saya tahu , wanita atau pemuda Arab ini memang akan memanggil orang Malaysia "Summayah". Kebanyakannyalah. Waktu itu saya dapat rasa yang pemuda itu memanggil saya. Belum sempat saya menoleh , pemuda itu sudah berada di sebelah saya , dia menunjukkan isyarat bahagian belakang serbannya. Oh! Saya faham dah. Dia maksudkan bahagian belakang telekung saya. Saya raba-raba bahagian belakang saya,sebab nak kata nampak aurat saya , saya rasa tidak sebab saya berjubah yang longgar tapi rupa-rupanya, RAMBUT SAYA TERKELUAR!!...jeng..jeng..jeng..(Haaaaa..hamek! Getah rambut jatuh entah ke mana).

Waktu itu , malunya Tuhan saja yang tahu. Laju saja saya turunkan telekung saya dan pemuda itu pun pantas  berjalan. Saya rasa macam nak sorok muka dalam telekung saja. Sepanjang saya dalam perjalanan pulang ke hotel itu , saya terfikir juga,pemuda di sini (Mekkah) kalau nampak aurat perempuan , punyalah takut dan laju saja akan menegur supaya tutup tapi kalau di Malaysia , berapa ramai pemuda Malaysia yang akan buat begitu?!!

Sepanjang di Mekkah , saya dan jemaah yang lain dibawa melawat beberapa tempat yang bersejarah seperti  Jabal Nur,Jabal Thur,Jabal Rahmah dan tempat-tempat untuk mereka yang menunaikan Fardhu Haji.

Jabal Thur.

Di atas gunung itulah terletaknya gua di mana Nabi saw bersembunyi bersama Abu Bakar ketika Baginda saw dikejar oleh Kafir Quraisy. Ingat lagi kan peristiwa dimana Abu Bakar menutup lubang di dalam gua itu dengan kakinya (ada riwayat yang mengatakan dengan tangan) untuk melindungi Nabi saw dari dipatuk ular( ada yang mengatakan kala jengking)

Saya tidak dapat nak ambil gambar Jabal Nur dimana terletaknya Gua Hira',tempat dimana Nabi saw menerima wahyu yang pertama. Kami semua hanya lalu disitu, tidak berhenti pun.

Jabal Rahmah.

Inilah tempat saya agak tertunggu-tunggu juga nak pergi. Jabal Rahmah. Tempat dimana Nabi Adam dan Hawa dipertemukan. Tapi saya terkilan sikit sebab tak dapat naik sampai ke atas. Sebab? Abang-abang saya tak mahu naik. Adeh! Memang lah mereka taknak naik,semua anak dah 4 orang.. =_=.
Angah siap cakap pada saya,"Haa..doa cepat".. ceitt..!
Ada orang yang cakap , di Jabal Rahmah ini bagus berdoa untuk mohon jodoh , tapi itu hanyalah pandangan orang Asia. Lagi baik berdoa di dalam Masjidil Haram,tempat yang memang termakbulnya doa berbanding berdoa di sini. Tapi saya doa juga lah..=p..

Teruja sangat saya jumpa unta ni..Hehe..
Sangat jinak. Panggil saja dia datang dekat.

Susu unta. Maaflah  senget pulak..hehe.
Nasib baik tak beli air kencing unta. Ada juga di jual.

Jangan terasa pelik. Seluruh tubuh unta itu punya khasiat dari tulang hinggalah ke air kencingnya. Percaya atau tidak, air kencing unta baik untuk ubati penyakit kanser. Dan susu unta ini baik untuk membersihkan perut. Habislah 1 botol saya minum susu unta ini. Angah siap minum 2 botol. Lepas itu, berebut bilik air lah saya dengan angah kan..=_=..

Muzium.

Engsel pintu Masjidil Haram

Telaga zam-zam pada zaman dulu

Insya Allah , inilah Masjidil Haram pada masa akan datang.
Sekarang ini sedang dalam pembinaan.Memperbesarkan lagi Masjidil Haram
^_^

Masjid Ja'ranah
Niat miqat di sini untuk umrah.

Alhamdulillah,sepanjang di Mekkah saya dapat melakukan 3 kali umrah. Jujur saya katakan, saya sangat senang setiap kali melakukan umrah.Penat memang penat kerana terpaksa berjalan pusing 7 pusingan Kaabah dan saie 7 kali, tapi entahlah,hati saya senang sangat. Dan saya rasa tidaklah lama pun untuk melakukan umrah. Kurang dari 2 jam sudah selesai ^_^.

Dan saya juga dapat melakukan 3 kali tawaf sunat. Semuanya saya lakukan selepas solat subuh. Kalau tawaf sunat ini , takperlu berada dalam ihram pun. Dan saya tak tahulah berapa kali saya menangis ketika melakukan tawaf. Memang airmata saya mudah je mengalir bila melakukan tawaf. Susah nak berhenti menangis bila berada dekat dengan Kaabah ini. Hati pula tak berhenti-henti mohon pada Allah.Macam-macamlah saya minta (Tak malukan saya ini?!!).. Tapi saya cover jugalah menangis,tak nak emak nampak..=p.


 Jambatan yang menyambung terus ke tingkat 2 dan 3 Masjidil Haram

Air zam-zam.
Di sini , guna air zam-zam untuk ambil wudhuk. Nikmat sungguh!

Tawaf sunat terakhir saya pada kali ini

Tawaf wida' @ tawaf selamat tinggal.Lepas ini dah kena balik hotel bersiap-siap untuk pulang.Saya,emak dan abang-abang saya saja ikut jalan jauh nak keluar dari Masjidil Haram semata-mata nak lihat kaabah lama-lama. Saya menangis lagi bila kaki ini melangkah pergi meninggalkan Kaabah. Sedihnya Tuhan saja yang tahu sebab tak dapat lihat Kaabah lagi.Entah bila akan dapat lihat lagi. Walaubagaimanapun , saya ada niat sesuatu ketika di hadapan Kaabah,insya Allah niat saya akan tertunai satu hari nanti,jika Dia izinkan. ^_^

Dan sebagaimana saya datang,begitu jugalah saya meninggalkan kota Mekkah Al-Mukkaramah. Kami semua menaiki bas ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah dan penerbangan saya berlepas selepas isyak.

Perjalanan pulang.
Dah siang dah waktu ini. Dah nak sampai Malaysia.

Selamat Tinggal Kekasih Hati
Saya pasti datang lagi..Insya Allah..
T_T

NHH
25:74

No comments:

Post a Comment