Pages - Menu

Sunday, March 18, 2012

Susu Cair Cap Ideal 24 atau 25 tin ?

Saya : Mak, minggu ni nak pergi wedding kawan tau kat Kampung Baru

Mak : Ramai kawan-kawan dah kahwin ea ?

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala.

Twitter...

@******* : Saya rasa umur 24 itu tidak terlalu tua untuk berkahwin. Sesuai sangat lah kahwin umur 24 tu.

Saya tersenyum saya membaca tweet sahabat saya itu.

@**** : Syauqah, bila target nak kahwin ?

@Syauqah_NHH : Kalau ikutkan target time diploma/degree tu, 2012 dah ada baby. Kira macam target nak kahwin tu umur 24 lah, tapi rasanya tak lah umur 24 ni..

@**** : Kenapa pula ?

..Jawapan saya ada di akhir entry ini nanti... =)

Umur 24 tahun bagi seorang perempuan dikatakan umur yang sangat ideal untuk menamatkan zaman anak dara. Dan bagi lelaki pula, umur 25 tahun. Percayalah, tidak sah kalau soalan "bila nak kahwin?", "lepas ini kau pulaklah ya?", akan ditanya setiap kali menghadiri mana-mana majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi bila menghadiri majlis perkahwinan teman-teman. Kadang-kala naik rimas pun ada, tapi takkan lah nak tunjuk muka tak puas hati pulak kan bila dilemparkan soalan-soalan yang sebegitu. Hanya mampu tersenyum dan mohon didoakan sajalah.

Sampaikan bibik Angah saya pun siap cakap , "Achu dah ada boyfriend belum? Kahwin cepat lah achu. Bibik doakan achu hari-hari."

Itu baru bibik Angah, tak kira bibik kakak saya lagi , "Achu kahwin cepat ye. Kalau boleh sebelum saya balik Indonesia, nanti saya dapat tengok."

(Garu-garu kepala yang tak gatal) Kadang-kadang naik malu jugak kalau mereka ini sentuh bab-bab macam ini dengan saya.

24 tahun? Ideal kah?

Ramai yang mengatakan 24 atau 25 ini umur yang sesuai untuk berkahwin, tapi pendapat saya, mungkin disebabkan majoriti rakyat Malaysia ini yang berkahwin selepas habis ijazah dan kebanyakannya habis ijazah dalam lingkungan umur 24@25, jadi terus dikatakan umur itu adalah umur yang sesuai untuk berkahwin. Yelah, sudah habis belajar kan, fikir nak kahwin jelah kan! Ianya seakan sudah menjadi budaya. Umur 24 atau 25 , mesti dah kahwin!

Sebenarnya, isu berkahwin awal atau lambat, berkahwin pada umur 24 atau 25 , tak wujud pun. Isu yang perlu dititikberatkan ialah kesediaan seseorang itu untuk bergelar suami/isteri. Seperti yang pernah saya katakan dalam entry ini , ia bukan setakat soal naik pelamin, bukan setakat hanya untuk menghalalkan apa yang haram , tapi ianya sesuatu yang lebih besar. TANGGUNGJAWAB! Jangan buat main-main bila memperkatakan soal tanggungjawab (mak aih! Macam menakutkan orang-orang yang ada di luar sana pula kan, hehe). Tidaklah, bukan apa. Sekadar mengingatkan kerana tanggungjawab itu semua akan dibentangkan di hadapan Allah swt nanti.

Isu kahwin awal, kahwin umur 24/25 tak penting. Yang penting adalah persediaan diri sendiri. Persediaan dari segi ruh (mental&emosi),aqal,jasad dan ekonomi. Mental kita sudah bersediakah untuk menghadapi rumahtangga? Kuatkan mental dan emosi kita jika berlaku pergolakan dalam rumahtangga ?Sabarkah kita nanti bila anak-anak kita nakal?Dari segi ekonominya,bagaimana? Sudah siapkan rumah untuk didiami oleh isteri ?Mampukah untuk menanggung? Dalam rumahtangga, semua ini bercampur-aduk. Ada pelbagai mainan emosi yang mungkin boleh terjadi.
Sentiasalah ingat pada Allah swt, kerana bila mana kita sentiasa mengingati Allah swt,walaupun dugaan yang hebat melanda rumahtangga,kita akan sentiasa tahu, ada yang lebih hebat dari itu yang mampu membantu kita.

Duit Ada Tak Nak Kahwin?

'Erk? Kena kumpul duit lah yang banyaklah kalau nak kahwin ni. Paling kurang pun rm30-50 ribu ni.' Luah hati si teruna.

'Lambat lagi lah kahwin kalau macam ni.' Rungut si dara pula.

Sabar dulu. Saya belum habis lagi ini. Bila sebut pasal duit, itu bolehlah dimasukkan dalam kategori ekonomi. Tanggungjawab suami,kena sediakan tempat tinggal,makan,pakai dan sebagainya. Saya melihat situasi teman saya yang mana si lelakinya bertungkus lumus nak kumpul duit untuk beli cincin. Biasalah , adat melayu, perempuan dapat sampai 3 cincin kan. Cincin risik lah, tunanglah , nikah lah. (Erk..? Banyaknya. Saya tak suka pakai cincin banyak-banyak. Bukan pakai pun nanti.Kalau ada satu pun dah cukup dah.). Adat-adat juga, tapi kalau boleh , jangan terlalu di'angkat' sangat adat itu ya. Jangan sampai melebihi syariat.

Zaman sekarang ini , memang memerlukan duit. Yang mata duitan itu , cerita lain ya. Nak masuk toilet pun kena bayarkan. Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit.Ok! Kembali kepada kestabilan ekonomi yang saya maksudkan.

Yang saya maksudkan dengan kestabilan ekonomi ialah sudah punya pekerjaan. Percaya atau tidak , kebanyakan ibubapa mesti akan tanya 2 soalan wajib bila anak mereka memperkenalkan bakal menantu mereka,"orang mana" dan "kerja apa". Bukanlah bermaksud mahu yang bekerja sebagai majistret,lawyer (ahli musik, TAK MAHU!), bukan..bukan..Tapi sebagai ibubapa , hanya mengharapkan bakal menantunya itu punya pekerjaan yang halal dan baik dan diyakini dapat meneruskan tanggungjawabnya terhadap anak gadisnya.

Memanglah kalau mahukan si lelaki itu punya sampai 50k dalam bank , jawabnya sampai umur 40 pun belum tentu kahwinnya.Lainlah kalau memang anak dato',anak menteri ke. Tapi jika si lelaki itu punya pekerjaan yang halal dan baik, itu sebenarnya sudah mencukupi dah. Bercakap soal hantaran dan duit kenduri dan bla..bla..bla..itu si lelaki kenalah pandai-pandai. Tapi itu perlukan duit yang banyak juga kan?Saya sekadar mahu kongsikan pengalaman beberapa orang lelaki yang saya kenal yang sudah pun berumahtangga.

Menurut mereka, memang mereka tidak punya wang yang cukup pun, tapi apa yang mereka buat? Mereka buat pinjaman bank. What?!! Nak kahwin pun pinjam bank?!! Pada awalnya , saya kira macam tak best jugak pinjam bank ini kan tapi bila saya fikirkan kembali, tak salah pun.Nanti tak kahwin pula sampai umur 40. Itu sebagai salah satu alternatif jugalah.Daripada pinjam dengan 'along', baiklah pinjam dengan bank. Lepas kahwin , bayarlah sama-sama kan. Kata nak susah senang sama-sama kan.

Back To The Basic

Kembali kepad asalnya. Tak kiralah pada umur berapa pun kita berkahwin,18..24..36..yang penting kita mestilah bersedia dari segi ruh,aqal,jasad dan ekonomi. Kena mulakan dari sekarang. Jangan mulakan bila tarikh kahwin dah dekat,tapi mulakan dari awal lagi, dari sebelum kita tahu siapa calon pasangan kita. Kalau diwaktu umur 20 tahun sudah mantap persediaannya , silalah berkahwin.

1.Berkahwin awal tanpa persiapan dari segi emosi,mental dan ekonomi.
2.Berkahwin tak kira masa, cepat / lambat tapi sudah bersiap sedia dari segi emosi, mental dan ekonomi.
Yang mana satu pilihan kita? Yang mana kesannya nanti akan lebih 'meletop'?
Pilihan di tangan kita. 

Bila kita tahu kita ini sudah siap segala-galanya?
Insya Allah , bila kita telah siap segala-galanya , Allah swt sendiri pasti akan tunjukkan jalannya dan memudahkan segala urusan.
Yakin dan berprasangka baiklah dengan Allah swt selalu.

****

"Saya akan terus mempersiapkan diri..dan akan terus menunggu (selagi Allah izinkan).."

-NHH
(25:74)

No comments:

Post a Comment