Pages - Menu

Friday, March 16, 2012

Dia Dah Tinggalkan Saya T_T

Setahun yang lepas, sewaktu saya menyewa sementara di Jalan Ipoh ketika sedang menjalani latihan praktikal , saya ada membawa sesuatu bersama saya. 

Putih. Gebu. Dan agak bulaattt...
Yang pasti dia sangat comel.

Kemana-mana saya pergi,maksud saya jika saya meninggalkan dalam jangka masa lebih dari 2 hari, saya pasti akan membawanya bersama-sama saya. Dia sudah travel dengan saya menaiki bas.Menaiki keretapi. Menaiki kereta. Dari Kuala Lumpur ke Segamat. Dari Segamat ke Kuala Lumpur. Dari Segamat ke Johor Bahru. Johor Bahru ke Segamat.

Dialah teman saya. Bila saya sedih atau gembira,saya suka cakap dengan dia.Dan saya suka bercakap dengannya ,walaupun mungkin nampak macam orang gila dan dia tak faham,tapi bila cakap dengan dia, saya lega. Dia manja. Tak penah buat hal bila dengan saya.Tak ada siapapun berani menguruskannya melainkan saya. 

Dan hari ini,malam ini.. Dia pergi tinggalkan saya. Allah swt ambil juga dia dari saya. (Menangis). Saya dah takda kawan lagi nak cakap-cakap.Tak da siapa lagi yang saya nak uruskan. Dan saya sangat sedihhhhhhhhh.....

Gonna miss u..Bebo..
Kalau ada kekurangan sepanjang kita menguruskan Bebo, sorry ya Bebo..Bebo jangan tuntut di akhirat tau..
Sayang Bebo..

Bye-bye Bebo...
T_T


No comments:

Post a Comment