Pages - Menu

Friday, March 30, 2012

The Power Of Love~

Pernah tak kawan-kawan mengucapkan sebaris perkataan yang pada saya amat mahal nilainya ? Perkataan apa? Perkataan yang saya maksudkan ialah sebaris perkataan yang akan kita ucapkan pada Allah swt, pecinta terhebat Muhammad saw, ibu ayah kita , kawan-kawan kita ..eh..ada pengecualian ya..Kawan-kawan yang saya maksudkan di sini ialah kawan-kawan yang sama jenis (sister with sister , brother with brother).

Iya
Perkataan yang saya maksudkan ialah..

I LOVE YOU....



Saturday, March 24, 2012

Sedar Diri


Sejak saya tamat degree tahun lepas sehinggalah Isnin yang lalu , saya tidak pernah diserang demam. Maklumlah, duduk dengan emak kan, hehe. Tapi entah siapa yang turunkan virus pada saya , Isnin yang lepas saya tiba-tiba diserang demam. Demam secara mengejut! Sudahlah saya perlu untuk drive kembali ke Segamat. Jadi , demam tak demam , terpaksa jugalah saya drive dari Kuala Lumpur ke Segamat. Nasib baiklah masih boleh bertahan lagi.Alhamdulillah , selamat sampai ke rumah.

Tapi, bila sampai di rumah saya , saya memang tidak buat apa-apa dah melainkan saya pengsan sebab suhu badan naik secara mendadak dan kepala ini rasa macam nak pecah saja. Mak memang faham sangat dah , kalau saya demam , yang paling teruk akan saya alami ialah pening kepala yang rasa macam nak pecah. Ketika itu , kalau hulur apa-apa makanan pun memang saya dah tak boleh nak telan dah , melainkan satu saja. Bubur. Sampaikan kalau saya demam di Shah Alam dulu , rela saya gagahkan diri masak bubur.

Mak : Kalau demam , sama perangai dengan Along. Mesti nak bubur

Saya (dalam hati) : Haruslah sama macam Along ,, dah abangkan , hehe..

Sunday, March 18, 2012

Susu Cair Cap Ideal 24 atau 25 tin ?

Saya : Mak, minggu ni nak pergi wedding kawan tau kat Kampung Baru

Mak : Ramai kawan-kawan dah kahwin ea ?

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala.

Twitter...

@******* : Saya rasa umur 24 itu tidak terlalu tua untuk berkahwin. Sesuai sangat lah kahwin umur 24 tu.

Saya tersenyum saya membaca tweet sahabat saya itu.

@**** : Syauqah, bila target nak kahwin ?

@Syauqah_NHH : Kalau ikutkan target time diploma/degree tu, 2012 dah ada baby. Kira macam target nak kahwin tu umur 24 lah, tapi rasanya tak lah umur 24 ni..

@**** : Kenapa pula ?

..Jawapan saya ada di akhir entry ini nanti... =)

Umur 24 tahun bagi seorang perempuan dikatakan umur yang sangat ideal untuk menamatkan zaman anak dara. Dan bagi lelaki pula, umur 25 tahun. Percayalah, tidak sah kalau soalan "bila nak kahwin?", "lepas ini kau pulaklah ya?", akan ditanya setiap kali menghadiri mana-mana majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi bila menghadiri majlis perkahwinan teman-teman. Kadang-kala naik rimas pun ada, tapi takkan lah nak tunjuk muka tak puas hati pulak kan bila dilemparkan soalan-soalan yang sebegitu. Hanya mampu tersenyum dan mohon didoakan sajalah.

Sampaikan bibik Angah saya pun siap cakap , "Achu dah ada boyfriend belum? Kahwin cepat lah achu. Bibik doakan achu hari-hari."

Itu baru bibik Angah, tak kira bibik kakak saya lagi , "Achu kahwin cepat ye. Kalau boleh sebelum saya balik Indonesia, nanti saya dapat tengok."

(Garu-garu kepala yang tak gatal) Kadang-kadang naik malu jugak kalau mereka ini sentuh bab-bab macam ini dengan saya.

24 tahun? Ideal kah?

Ramai yang mengatakan 24 atau 25 ini umur yang sesuai untuk berkahwin, tapi pendapat saya, mungkin disebabkan majoriti rakyat Malaysia ini yang berkahwin selepas habis ijazah dan kebanyakannya habis ijazah dalam lingkungan umur 24@25, jadi terus dikatakan umur itu adalah umur yang sesuai untuk berkahwin. Yelah, sudah habis belajar kan, fikir nak kahwin jelah kan! Ianya seakan sudah menjadi budaya. Umur 24 atau 25 , mesti dah kahwin!

Sebenarnya, isu berkahwin awal atau lambat, berkahwin pada umur 24 atau 25 , tak wujud pun. Isu yang perlu dititikberatkan ialah kesediaan seseorang itu untuk bergelar suami/isteri. Seperti yang pernah saya katakan dalam entry ini , ia bukan setakat soal naik pelamin, bukan setakat hanya untuk menghalalkan apa yang haram , tapi ianya sesuatu yang lebih besar. TANGGUNGJAWAB! Jangan buat main-main bila memperkatakan soal tanggungjawab (mak aih! Macam menakutkan orang-orang yang ada di luar sana pula kan, hehe). Tidaklah, bukan apa. Sekadar mengingatkan kerana tanggungjawab itu semua akan dibentangkan di hadapan Allah swt nanti.

Isu kahwin awal, kahwin umur 24/25 tak penting. Yang penting adalah persediaan diri sendiri. Persediaan dari segi ruh (mental&emosi),aqal,jasad dan ekonomi. Mental kita sudah bersediakah untuk menghadapi rumahtangga? Kuatkan mental dan emosi kita jika berlaku pergolakan dalam rumahtangga ?Sabarkah kita nanti bila anak-anak kita nakal?Dari segi ekonominya,bagaimana? Sudah siapkan rumah untuk didiami oleh isteri ?Mampukah untuk menanggung? Dalam rumahtangga, semua ini bercampur-aduk. Ada pelbagai mainan emosi yang mungkin boleh terjadi.
Sentiasalah ingat pada Allah swt, kerana bila mana kita sentiasa mengingati Allah swt,walaupun dugaan yang hebat melanda rumahtangga,kita akan sentiasa tahu, ada yang lebih hebat dari itu yang mampu membantu kita.

Duit Ada Tak Nak Kahwin?

'Erk? Kena kumpul duit lah yang banyaklah kalau nak kahwin ni. Paling kurang pun rm30-50 ribu ni.' Luah hati si teruna.

'Lambat lagi lah kahwin kalau macam ni.' Rungut si dara pula.

Sabar dulu. Saya belum habis lagi ini. Bila sebut pasal duit, itu bolehlah dimasukkan dalam kategori ekonomi. Tanggungjawab suami,kena sediakan tempat tinggal,makan,pakai dan sebagainya. Saya melihat situasi teman saya yang mana si lelakinya bertungkus lumus nak kumpul duit untuk beli cincin. Biasalah , adat melayu, perempuan dapat sampai 3 cincin kan. Cincin risik lah, tunanglah , nikah lah. (Erk..? Banyaknya. Saya tak suka pakai cincin banyak-banyak. Bukan pakai pun nanti.Kalau ada satu pun dah cukup dah.). Adat-adat juga, tapi kalau boleh , jangan terlalu di'angkat' sangat adat itu ya. Jangan sampai melebihi syariat.

Zaman sekarang ini , memang memerlukan duit. Yang mata duitan itu , cerita lain ya. Nak masuk toilet pun kena bayarkan. Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit.Ok! Kembali kepada kestabilan ekonomi yang saya maksudkan.

Yang saya maksudkan dengan kestabilan ekonomi ialah sudah punya pekerjaan. Percaya atau tidak , kebanyakan ibubapa mesti akan tanya 2 soalan wajib bila anak mereka memperkenalkan bakal menantu mereka,"orang mana" dan "kerja apa". Bukanlah bermaksud mahu yang bekerja sebagai majistret,lawyer (ahli musik, TAK MAHU!), bukan..bukan..Tapi sebagai ibubapa , hanya mengharapkan bakal menantunya itu punya pekerjaan yang halal dan baik dan diyakini dapat meneruskan tanggungjawabnya terhadap anak gadisnya.

Memanglah kalau mahukan si lelaki itu punya sampai 50k dalam bank , jawabnya sampai umur 40 pun belum tentu kahwinnya.Lainlah kalau memang anak dato',anak menteri ke. Tapi jika si lelaki itu punya pekerjaan yang halal dan baik, itu sebenarnya sudah mencukupi dah. Bercakap soal hantaran dan duit kenduri dan bla..bla..bla..itu si lelaki kenalah pandai-pandai. Tapi itu perlukan duit yang banyak juga kan?Saya sekadar mahu kongsikan pengalaman beberapa orang lelaki yang saya kenal yang sudah pun berumahtangga.

Menurut mereka, memang mereka tidak punya wang yang cukup pun, tapi apa yang mereka buat? Mereka buat pinjaman bank. What?!! Nak kahwin pun pinjam bank?!! Pada awalnya , saya kira macam tak best jugak pinjam bank ini kan tapi bila saya fikirkan kembali, tak salah pun.Nanti tak kahwin pula sampai umur 40. Itu sebagai salah satu alternatif jugalah.Daripada pinjam dengan 'along', baiklah pinjam dengan bank. Lepas kahwin , bayarlah sama-sama kan. Kata nak susah senang sama-sama kan.

Back To The Basic

Kembali kepad asalnya. Tak kiralah pada umur berapa pun kita berkahwin,18..24..36..yang penting kita mestilah bersedia dari segi ruh,aqal,jasad dan ekonomi. Kena mulakan dari sekarang. Jangan mulakan bila tarikh kahwin dah dekat,tapi mulakan dari awal lagi, dari sebelum kita tahu siapa calon pasangan kita. Kalau diwaktu umur 20 tahun sudah mantap persediaannya , silalah berkahwin.

1.Berkahwin awal tanpa persiapan dari segi emosi,mental dan ekonomi.
2.Berkahwin tak kira masa, cepat / lambat tapi sudah bersiap sedia dari segi emosi, mental dan ekonomi.
Yang mana satu pilihan kita? Yang mana kesannya nanti akan lebih 'meletop'?
Pilihan di tangan kita. 

Bila kita tahu kita ini sudah siap segala-galanya?
Insya Allah , bila kita telah siap segala-galanya , Allah swt sendiri pasti akan tunjukkan jalannya dan memudahkan segala urusan.
Yakin dan berprasangka baiklah dengan Allah swt selalu.

****

"Saya akan terus mempersiapkan diri..dan akan terus menunggu (selagi Allah izinkan).."

-NHH
(25:74)

Friday, March 16, 2012

Dia Dah Tinggalkan Saya T_T

Setahun yang lepas, sewaktu saya menyewa sementara di Jalan Ipoh ketika sedang menjalani latihan praktikal , saya ada membawa sesuatu bersama saya. 

Putih. Gebu. Dan agak bulaattt...
Yang pasti dia sangat comel.

Kemana-mana saya pergi,maksud saya jika saya meninggalkan dalam jangka masa lebih dari 2 hari, saya pasti akan membawanya bersama-sama saya. Dia sudah travel dengan saya menaiki bas.Menaiki keretapi. Menaiki kereta. Dari Kuala Lumpur ke Segamat. Dari Segamat ke Kuala Lumpur. Dari Segamat ke Johor Bahru. Johor Bahru ke Segamat.

Dialah teman saya. Bila saya sedih atau gembira,saya suka cakap dengan dia.Dan saya suka bercakap dengannya ,walaupun mungkin nampak macam orang gila dan dia tak faham,tapi bila cakap dengan dia, saya lega. Dia manja. Tak penah buat hal bila dengan saya.Tak ada siapapun berani menguruskannya melainkan saya. 

Dan hari ini,malam ini.. Dia pergi tinggalkan saya. Allah swt ambil juga dia dari saya. (Menangis). Saya dah takda kawan lagi nak cakap-cakap.Tak da siapa lagi yang saya nak uruskan. Dan saya sangat sedihhhhhhhhh.....

Gonna miss u..Bebo..
Kalau ada kekurangan sepanjang kita menguruskan Bebo, sorry ya Bebo..Bebo jangan tuntut di akhirat tau..
Sayang Bebo..

Bye-bye Bebo...
T_T


Tuesday, March 13, 2012

Sakit Yang Menyenangkan

#Kadang kala ada jarak yang harus diambil sejenak agar kebersandaran hanya pada Allah swt semata (bukan hamba) kembali tertegak ~ Salim A.Fillah

Mujahadah itu tetap diteruskan.Sama.Tidak berubah.Sakit tapi ia menyenangkan.
Tidak akan pernah berhenti selagi Allah swt izinkan

-NHH
(25:74)

Sunday, March 11, 2012

Kamu.. Saya.. Sama-sama Berjuang

Puisi indah karangan Ukhti Oki Setiana Dewi
Dipetik dari buku pertama tulisan beliau "Melukis Pelangi"

*****

Kehidupan di dunia adalah perjuangan tanpa henti
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk membiasakan diri dengan lingkungan asing yang ia belum pernah kenal sebelumnya

Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi generasi yang unggul
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarga
Seorang pelajar berjuang meraih ilmu

Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu
Yang baru hendak bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya

Suami isteri bejuang mengharungi bahtera rumahtangga
Yang terkena musibah atau ditinggalkan orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupan
Yang berselisih berjuang untuk berdamai

Dan
Setiap hamba Allah berjuang untuk kembali pada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah , menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi

*****

-NHH
(25:74)

-xjumpa lagi buku nih.. +_+

Saturday, March 3, 2012

Tuhan

Wali Band
TUHAN

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….

-NHH
(25:74)