Pages - Menu

Sunday, February 19, 2012

"Eh! Tak Boleh Salam lah Walaupun Saudara.."

Kita tahu bukan , yang HARAM bagi kita bersentuhan dengan orang yang bukan mahram dengan kita? Tahu kan? Haruslah tahu kan. Siapa yang bukan mahram kita ? Boya-pren,geli-pren,kawan lelaki ( untuk perempuan), kawan perempuan (untuk lelaki) , dan lain-lain itu semua termasuk dalam kategori bukan mahram la. 

Ok! Bila boya-pren/geli-pren nak pegang tangan kita , laju saja kita tepis kan. Siap buka silat gayung lagi nak tepis dari kena pegang (kononnya), tapi mungkin ada yang tidak sedar atau tidak tahu , di dalam keluarga kita , saudara mara kita , ada juga orang yang kita TIDAK BOLEH BERSENTUHAN dengannya dan aurat kita dengannya adalah sama seperti aurat kita dengan orang ajnabi (baca : orang asing). Sebab kita selalu berfikiran , kalau namanya saudara saja , boleh lah salam atau buka aurat.Tiba-tiba drum pun berbunyi ala-ala okestra..eh!

Ok! Saya ini dulu , jahil. Walaupun sekolah agama sampai Darjah Khas , tapi saya kadang-kadang tak ambil peduli sangat. Bantai saja salam bapa saudara sabit.Nanti saya terangkan apa itu bapa saudara sabit ya. Yang saya selalu disogokkan adalah sepupu itu bukan mahram. Ya! Saya jelas tentang itu. Maksudnya , dengan sepupu tak boleh lah bersentuhan, tunjukkan aurat dan sebagainya. Kena jaga juga seperti orang asing. Tahu sepupu itu hubungan yang bagaimana? Sepupu itu ialah anak kepada bapa/ibu saudara seibu sebapa kita. Kira anak adik beradik mak dan ayah kita lah. 

Sejak naqibah saya berkahwin baru-baru ini, timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya ;

1- dengan bapa mertua boleh salam ke ?Aurat dengan bapa mertua macam mana?
2- dengan suami mak saudara macam mana pula?
3- dengan kanak-kanak lelaki yang belum mumayiz macam mana auratnya?
4- dengan orang tua (lelaki) boleh salam ke ?

 Alhamdulillah , dapat pencerahan dari ex-bulatan gembira dan juga dari Ustazah Fatimah Syarha. Tapi sebelum itu , puas jugalah saya selak balik kitab Munakahat sekolah agama dan Darjah Khas dulu.


Berikut di atas ini adalah senarai mahram dan bukan mahram berdasarkan nasab dan perkahwinan. Kalau tidak jelas , klik pada gambar ya.

Ok. Bapa atau ibu saudara sabit yang dimaksudkan ialah lelaki atau perempuan yang berkahwin dengan ibu atau bapa saudara  seibu/sebapa kita. Kiranya macam adik beradik mak atau ayah kita punya suami atau isteri lah.Jadi , tak boleh salam , tak boleh dedah aurat dan kena jaga batas pergaulan.Mereka ini dikira 'MAHRAM MUAQQAT' yakni haram untuk sementara. Maknanya kalau tiba-tiba ibu atau bapa saudara kita bercerai dengan isteri atau suaminya itu , kita boleh lah kahwin dengan bekas suami atau isteri itu sebab dah jadi orang asing kan. 

MAHRAM MUABBAD pula lain la. Ini adalah haram selama-lamanya. Contohnya adalah ibu atau bapa mertua. Selama-lamanya memang tak boleh berkahwin dengan menantu walaupun anak dah bercerai dengan menantu. TITIK. Kira yang jatuh pada kategori mahram kerana nasab dan perkahwinan itu dikira mahram muabbad lah. Kira kita boleh bersentuhan dan  boleh lah buka tudung tu. Adik beradik susuan pun di kira mahram muabbad ya. Itu dah dikira adik beradik kita sendiri, walaupun lain mak ayah.

Berbalik kepada persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran saya iaitu persoalan ke 3, untuk kanak-kanak yang belum mumayiz , kalau kita bersentuhan dan tidak jaga aurat di depannya, itu dikira boleh. Tapi bukan bermaksud kita boleh terus tak pakai apa-apa yang depan kanak-kanak belum mumayiz ini. Gulp! Dibuatnya diceritakan pada orang lain , buat naya je kan. Nama pun mumayiz , belum tahu bezakan baik dan buruk. Tapi kalau kanak-kanak yang sudah mumayiz iaitu sudah tahu bezakan baik dan buruk , pergaulan dan perbatasan aurat adalah seperti orang asing. Biasanya umur kanak-kanak mumayiz ini sekita 6 atau 7 tahun ke atas ( kalau tidak silap saya-lah).

Untuk persoalan ke 4 , sebenarnya boleh saja salam atau buka aurat dengan orang yang telah berumur seperti pangkat 'atuk' kalau ianya tidak bernafsu lagi. Tapi persoalannya , macam mana kita nak tahu dia bernafsu lagi atau tidak kan? Jadi, sebaik-baiknya , elakkan. 

Jadi , untuk siapa-siapa yang diluar sana yang dulu pernah bersalam atau bersentuhan dengan ibu/bapa saudara sabit itu , selepas ini , tak payah lah salam lagi. Cuma letakkan saja tangan di dada dan tundukkan kepala sikit. Kalau tak pun , buat la macam Fahri dan Aisha dalam filem Ayat-Ayat Cinta itu..hehe.Lekapkan kedua belah tapak tangan dan dekatkan ke dada.

Dari segi penjagaan aurat bersama bukan mahram ini , jika mereka ada di rumah , macam biasalah, semua kena jaga.Cuma dari segi pakai stokin kaki atau tidak , ada rukhsah di situ. Kalau tak pakai stokin pun tak mengapa kalau di dalam rumah bersama-sama mereka dan keluarga.

Kalau nak lebih jelas, cuba rujuk surah An-Nur ayat 31

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Jelas tak penerangan saya ? Saya risau ni kalau kawan-kawan tak faham penjelasan saya. Kalau tak faham , feel free to ask ok. Kalau nak tanya melalui email pun boleh ; syauqah_luvislam@yahoo.com. 

Semoga apa yang saya sampaikan ini , bermanfaat untuk semua. 

-NHH
(25;74)

6 comments:

  1. sgt fhm dan sgt bermanfaat.jzkk :D

    ReplyDelete
  2. tp skank ni kalau tak slam di kira mcm sombong lak
    mcm MG mmg xpenah salam abg ipar MG or pkcik2 MG
    dlu kekecik salam tp skank da besa .
    hope diorang faham
    bukan tak hormat tp ini hukum tuhan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada byk cara sebenarnya nak elak dr salam tu.
      Salah satunya,bila jumpa dorg,just letak tgn di dada dn tunduk sikit,senyum.. Mcm dlm filem2 islamik indonesia tu.
      InshaAllah dorg fhm. Tp kalau mcm atok2,boleh je slm mcm biase..

      Delete
  3. syukran ya ukhti atas penjelasannya ^.^

    ReplyDelete
  4. Bersalam dgn suami ape hukum dia? Adakah terbatal wuduk?

    ReplyDelete