Pages - Menu

Thursday, February 2, 2012

Bukan Setakat Naik Pelamin

Perkahwinan.Bila sebut pasal kahwin je , semua seakan-akan menggelupur nak kahwin jugak kan, hehe. Hati itu macam terketik-ketik je. (Terketik-ketik saya pinjam kata-kata lecturer ME saya dulu,hehe) Janganlah tipu. Saya lihat reaksi kawan-kawan di laman sosial masing-masing,bila sebut saja tentang perkahwinan,mulalah perasaan berbunga-bunga tu timbul kan.Lepas tu semua macam tak sabar-sabar nak kahwin dan beria nak hadir majlis kahwin kawan-kawan,ambil berkat katanya,tapi kahwinnya tak jugak..heh!

Kelihatannya sangat mudah untuk seseorang itu melafazkan 'saya mahu berkahwin' , kan? Tapi sejenak cuba kita fikir-fikirkan sebentar, apa itu perkahwinan?

Mengatakan 'saya mahu berkahwin' itu memang mudah.Mudah bagi mereka yang hanya berfikir mahu memiliki.Maaf cakap , tapi jika kita hanya fikir mahu memiliki, itulah adalah perkahwinan yang menurut hawa nafsu,kelak ada akibat yang bakal ditanggung. Tertarik saya mahu berkongsi kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil :" Jika mereka yang bercouple dan buat ringan-ringan sebelum berumahtangga,kesannya akan kelihatan pada masa hadapan."Perkahwinan itu menggabungkan antara kasih sayang, peranan dan paling penting tanggungjawab. 

Melihat teman-teman saya melangkah ke alam baru , bohong kalau saya katakan saya tidak cemburu kan =p. Saya juga manusia biasa ok! Itu terbukti. Tapi perbualan saya bersama seorang teman yang baru bertunang baru-baru ini menyentap hati saya.


Dia : " Takutlah"

Saya : "Kenapa?"

Dia : "Tanggungjawab.Macam tak ready lagi."

Saya : (Tersenyum)." Tak pe. Kalau nak tunggu ready,sampai bila-bila takkan ready kan. Belajar perlahan-lahan. Mula dari sekarang."

Dia : "Tu la, sekarang dah mula cari resepi-resepi masakan. Nak belajar memasak,hehe."

Saya tersenyum saja mendengar kata-katanya itu. Fitrah seorang perempuan , bila nak kahwin tiada perkara lain yang akan difikirkan melainkan mahu memasak untuk suami.Betul tak ?Saiditina Khadijah pandai memasak.Saiditina Aisyah pun pandai juga memasak.Rasulullah saw pun pandai memasak.Buktinya ? Rasulullah saw selalu membantu isteri-isterinya memasak sebagai tanda kasih mesra antara suami dan isteri. Jadi , suami pandai memasak pun kira ikut sunnah Nabi saw juga lah kan.

Sebenarnya , persediaan melangkah ke alam perkahwinan ini bukan sepatutnya bermula bila kita sudah hampir berkahwin , tetapi ia seharusnya bermula dari awal lagi. Kerana apa ? kerana kita sendiri tidak tahu bila kita akan berumahtangga.

Setiap wanita di dunia ini, punya impian untuk menjadi seorang isteri,seorang ibu. Saya juga tidak terkecuali. Ingin susah dan senang dengannya. Ingin jatuh dan bangun bersama dengannya.Ingin membina kehidupan ini dengannya. Saya ingin memudahkannya bila dia terasa susah.Kerana prinsip saya , saya mahu hadir dalam hidup seseorang itu , utk menyenangkan dirinya,bukan menyusahkannya!  Impian saya tinggi tentang itu. Bohong kalau saya katakan , saya tidak cemburu melihat kawan-kawan yang lain naik pelamin,kerana sebagaimana cinta,cemburu itu fitrah yg ada pada setiap manusia,lelaki dan perempuan.Tapi berkahwin ini mana boleh terikut-ikut. Tidak boleh tergesa-gesa dan tidak boleh juga bertangguh-tangguh. 

Dan jujurnya , sejak beberapa tahun yang lepas saya sangat aktif membaca buku-buku berkaitan hal-hal rumahtangga seperti di bawah. 


Buku ini saya perolehi ketika saya mengikuti kursus perkahwinan di UIA Disember 2010. Terima kasihlah kepada teman sekolah saya yang kebetulan belajar di UIA kerana mengajak saya dan menumpangkan saya bermalam di asramanya.Terima kasih =)

Sila percaya! Buku ini sangat bagus untuk membina komunikasi antara lelaki dan perempuan.

Dan ini adalah kegemaran saya. Buku ini sangat romantik. Jatuh cinta setiap hari bersama pasangan masing-masing. Ops! maksud saya pasangan yang halal lah ya.


Dan sekarang  saya sedang menunggu ketibaan buku ini. Baru tempah.

Selain saya memperbanyakkan membaca buku saya juga gemar membaca blog hasil tulisan 2 orang insan. Saya suka mengambil mereka sebagai contoh. 

 Fatimah Syarha. 
Ustazah memang merupakan salah seorang yang saya ingin contohi. Beliau banyak berkongsi tentang rumah tangga khasnya berkaitan cinta kepada pasangan yang halal. Memang cinta itu meletup selepas berkahwin jika kita menahan diri kita dari berbuat perkara-perkara yang mendekati zina sebelum berkahwin.

Wardina Safiyyah
Dengan kak Wardina ini pula saya suka membaca tulisannya dan videonya di You Tube tentang penjagaan anak-anak. Psikologi kanak-kanak. Bagaimana mendidik anak-anak dalam suasana Islam dan sebagainya. 

Nampak macam saya dah ready tak ? Eceh =p. Nampak macam ready , tapi bila bab perkahwinan dan bab hati menyergah saya secara tiba-tiba, saya sebenarnya adalah orang yang bermasalah (*Tampar pipi laju2). Erm,bersedia atau tidak , bukan kita yang akan tentukan. Kita tidak tahu bila kita akan melangkah ke alam perkahwinan. Entah esok lusa, entah 10 tahun lagi.Hanya Tuhan saja yang tahu jawapannya. Bila telah sampai masanya , pasti Allah swt akan tunjukkan jalannya. Sebagai bakal suami/isteri,bakal ayah/ibu,kita kena sentiasa mempersiapkan diri kita sebagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi Mahkamah Allah swt yang kita sendiri tidak tahu bila akan berlaku. 

Kita kena sentiasa beringat , perkahwinan ini bukan setakat naik ke pelamin saja.Lepas dah naik pelamin tu kira dah ok lah. Tak payah fikir apa-apa.Haaaa...silap di situ. 
Perlu juga difikirkan urusan..


Iya..Itu dia. Urusan lampin anak-anak selepas berkahwin. Perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira sebelum kita mengambil keputusan untuk berkahwin. Takkan lah berkahwin tak mahu ada anak kan.Paling kurang pun 7 orang kan..eh!*dush3x. Ditambah pula dengan kos hidup yang semakin meningkat pada zaman sekarang ini , semua perkara ini perlu diberi perhatian. Zaman sentiasa berubah-ubah kan.
Tembamnya baby ni kan..eh!Lari topik pulak!Kembali kepada topik. Lebih-lebih lagi kaum Adam kan,mesti letih kan nak kena fikir hal-hal sebegini. Mana nak sediakan rumah,makan dan pakaian. Amaran keras untuk kaum Hawa ya, janganlah demand tinggi sangat. Hadir untuk menyenangkan si suami bukan menbebankan. Terimalah seadanya. Susah senang bersama-sama. Begitu baru lagi seronok kan sebab kamu dan dia sama-sama membina kehidupan..So sweet..hehe.

Jika tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh suami/isteri tidak dipenuhi , maka akan berlaku kezaliman terhadap pasangan di situ. Dan seterusnya , apa yang akan terjadi dalam rumahtangga?

Bila saya berkata sebegini , jangan pula ada yang takut nak berkahwin ya. Sila lah kahwin kalau masa kalian dah sampai. Jangan risau , Nabi saw ada pesan : " Perkahwinan itu akan buka pintu rezeki dan menyenangkan."Tapi ingatlah perkahwinan ini jangan terikut-ikut ya. Jangan tergesa-gesa tapi jangan pula bertangguh-tangguh.

Kawan-kawan , jadikanlah cinta kita itu nanti cinta yang kita teladani daripada Pecinta Terhebat sepanjang zaman , Muhammad saw. 

Terima seadanya..Kelebihannya disyukuri..Kekurangannya diredhai..

-NHH
(25:74)

No comments:

Post a Comment