Pages - Menu

Sunday, February 19, 2012

"Eh! Tak Boleh Salam lah Walaupun Saudara.."

Kita tahu bukan , yang HARAM bagi kita bersentuhan dengan orang yang bukan mahram dengan kita? Tahu kan? Haruslah tahu kan. Siapa yang bukan mahram kita ? Boya-pren,geli-pren,kawan lelaki ( untuk perempuan), kawan perempuan (untuk lelaki) , dan lain-lain itu semua termasuk dalam kategori bukan mahram la. 

Ok! Bila boya-pren/geli-pren nak pegang tangan kita , laju saja kita tepis kan. Siap buka silat gayung lagi nak tepis dari kena pegang (kononnya), tapi mungkin ada yang tidak sedar atau tidak tahu , di dalam keluarga kita , saudara mara kita , ada juga orang yang kita TIDAK BOLEH BERSENTUHAN dengannya dan aurat kita dengannya adalah sama seperti aurat kita dengan orang ajnabi (baca : orang asing). Sebab kita selalu berfikiran , kalau namanya saudara saja , boleh lah salam atau buka aurat.Tiba-tiba drum pun berbunyi ala-ala okestra..eh!

Ok! Saya ini dulu , jahil. Walaupun sekolah agama sampai Darjah Khas , tapi saya kadang-kadang tak ambil peduli sangat. Bantai saja salam bapa saudara sabit.Nanti saya terangkan apa itu bapa saudara sabit ya. Yang saya selalu disogokkan adalah sepupu itu bukan mahram. Ya! Saya jelas tentang itu. Maksudnya , dengan sepupu tak boleh lah bersentuhan, tunjukkan aurat dan sebagainya. Kena jaga juga seperti orang asing. Tahu sepupu itu hubungan yang bagaimana? Sepupu itu ialah anak kepada bapa/ibu saudara seibu sebapa kita. Kira anak adik beradik mak dan ayah kita lah. 

Sejak naqibah saya berkahwin baru-baru ini, timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya ;

1- dengan bapa mertua boleh salam ke ?Aurat dengan bapa mertua macam mana?
2- dengan suami mak saudara macam mana pula?
3- dengan kanak-kanak lelaki yang belum mumayiz macam mana auratnya?
4- dengan orang tua (lelaki) boleh salam ke ?

 Alhamdulillah , dapat pencerahan dari ex-bulatan gembira dan juga dari Ustazah Fatimah Syarha. Tapi sebelum itu , puas jugalah saya selak balik kitab Munakahat sekolah agama dan Darjah Khas dulu.


Berikut di atas ini adalah senarai mahram dan bukan mahram berdasarkan nasab dan perkahwinan. Kalau tidak jelas , klik pada gambar ya.

Ok. Bapa atau ibu saudara sabit yang dimaksudkan ialah lelaki atau perempuan yang berkahwin dengan ibu atau bapa saudara  seibu/sebapa kita. Kiranya macam adik beradik mak atau ayah kita punya suami atau isteri lah.Jadi , tak boleh salam , tak boleh dedah aurat dan kena jaga batas pergaulan.Mereka ini dikira 'MAHRAM MUAQQAT' yakni haram untuk sementara. Maknanya kalau tiba-tiba ibu atau bapa saudara kita bercerai dengan isteri atau suaminya itu , kita boleh lah kahwin dengan bekas suami atau isteri itu sebab dah jadi orang asing kan. 

MAHRAM MUABBAD pula lain la. Ini adalah haram selama-lamanya. Contohnya adalah ibu atau bapa mertua. Selama-lamanya memang tak boleh berkahwin dengan menantu walaupun anak dah bercerai dengan menantu. TITIK. Kira yang jatuh pada kategori mahram kerana nasab dan perkahwinan itu dikira mahram muabbad lah. Kira kita boleh bersentuhan dan  boleh lah buka tudung tu. Adik beradik susuan pun di kira mahram muabbad ya. Itu dah dikira adik beradik kita sendiri, walaupun lain mak ayah.

Berbalik kepada persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran saya iaitu persoalan ke 3, untuk kanak-kanak yang belum mumayiz , kalau kita bersentuhan dan tidak jaga aurat di depannya, itu dikira boleh. Tapi bukan bermaksud kita boleh terus tak pakai apa-apa yang depan kanak-kanak belum mumayiz ini. Gulp! Dibuatnya diceritakan pada orang lain , buat naya je kan. Nama pun mumayiz , belum tahu bezakan baik dan buruk. Tapi kalau kanak-kanak yang sudah mumayiz iaitu sudah tahu bezakan baik dan buruk , pergaulan dan perbatasan aurat adalah seperti orang asing. Biasanya umur kanak-kanak mumayiz ini sekita 6 atau 7 tahun ke atas ( kalau tidak silap saya-lah).

Untuk persoalan ke 4 , sebenarnya boleh saja salam atau buka aurat dengan orang yang telah berumur seperti pangkat 'atuk' kalau ianya tidak bernafsu lagi. Tapi persoalannya , macam mana kita nak tahu dia bernafsu lagi atau tidak kan? Jadi, sebaik-baiknya , elakkan. 

Jadi , untuk siapa-siapa yang diluar sana yang dulu pernah bersalam atau bersentuhan dengan ibu/bapa saudara sabit itu , selepas ini , tak payah lah salam lagi. Cuma letakkan saja tangan di dada dan tundukkan kepala sikit. Kalau tak pun , buat la macam Fahri dan Aisha dalam filem Ayat-Ayat Cinta itu..hehe.Lekapkan kedua belah tapak tangan dan dekatkan ke dada.

Dari segi penjagaan aurat bersama bukan mahram ini , jika mereka ada di rumah , macam biasalah, semua kena jaga.Cuma dari segi pakai stokin kaki atau tidak , ada rukhsah di situ. Kalau tak pakai stokin pun tak mengapa kalau di dalam rumah bersama-sama mereka dan keluarga.

Kalau nak lebih jelas, cuba rujuk surah An-Nur ayat 31

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Jelas tak penerangan saya ? Saya risau ni kalau kawan-kawan tak faham penjelasan saya. Kalau tak faham , feel free to ask ok. Kalau nak tanya melalui email pun boleh ; syauqah_luvislam@yahoo.com. 

Semoga apa yang saya sampaikan ini , bermanfaat untuk semua. 

-NHH
(25;74)

Saturday, February 18, 2012

Yang Tidak Sedar Diri


Di mana keadilan Allah pada saya ?
Kenapa Allah tidak adil pada saya ?
Kenapa ..Why..

Ok! Anda di luar sana mesti rasa macam nak shoot saya dengan machine gun kan bila mendengar saya berkata-kata seperti itu ? Rasa macam orang yang sudah tak ingat pada Tuhan.Rasa jatuh (baca: down) sangat. 

EKSLUSIF!
Saya pernah merasa dan terdetik dalam hati saya kata-kata seperti itu. Ini pengakuan berani mati saya. 

Saya sering merasakan seperti itu. Tertanya-tanya , kenapa Allah seakan tidak adil pada saya. Kenapa saya selalunya tidak dapat apa yang saya mahu sedangkan saya lihat orang lain semuanya mudah saja mendapatkan apa yang mereka mahu.Tapi kenapa saya tidak ? Oklah, bolehlah kalau ada sesiapa yang di luar sana nak lempang muka saya ini , kiri kanan. 

Ditambah pula dengan keadaan saya yang belum punya pekerjaan yang tetap , sekarang ini masih lagi menggoyangkan kaki di rumah , buat keadaan saya benar-benar tertekan. Rasa macam loser crazy (baca:giler). Saya selalu terfikir, saya sudah berusaha sehabis daya saya sehinggakan saya kira saya sudah tidak tahu nak berusaha yang bagaimana lagi , tapi kenapa belum juga saya temui hasilnya. Kenapa orang lain senang saja memiliki dan mendapatkan apa yang mereka mahu? Saya sedih ok! Sangat. Saya memang boleh ketawa dan senyum , tapi dalam hati ini.....
Haaa, bila dah nak tengah malam macam ini , lagilah hati saya ini sedih memikirkan nasib saya. Mana nak dapatkan semangat pun, tak tahu lah.  Bila kawan-kawan ditimpa ujian yang bertimpa-timpa , pandailah sangat beri nasihat dan beri semangat..kononnyalah.. tapi bila terkena pada diri sendiri?!!! Terdiam terus kan. 

Namun..
Hari ini , bila saat saya meneruskan pembacaan saya pada buku tulisan Salim A.Fillah yang berjudul dalam Dalam Dekapan Ukhuwah , buat saya lagi, lagi , lagi sedih. Rasanya ia seakan ditujukan pada saya. Biar saya sharekan sedikit saya kisahnya. Tapi saya ubah sikit lah ya dari segi bahasa sebab ianya dalam bahasa Indonesia.


******
"Pernahkah engkau didatang seorang penyanyi jalanan yang bernyanyi di depanmu dan meminta wang?" Soal saya.

"Iya pernah." Wajahnya serius. Matanya menatap saya lekat-lekat.

"Bayangkan jika penyanyi jalanan itu seorang yang berpenampilan seram, bertato, bertindik, dan wajahnya garang. Nyanyiannya mirip teriakan yang memekakkan telinga. Suaranya kacau , sengau , parau. Lagunya malah menyakitkan hati. Apa yang akan kau lakukan?"

"Segera kuberikan wang." Jawabnya , "agar segera berhenti bernyanyi dan cepat-cepat pergi."

"Lalu bagaimana jika penyanyi jalanan itu bersuara emas,sempurna seperti Kris Dayanti, selunak suara Siti Nurhaliza dan penampilannya rapi lagi wangi. Apa yang kau lakukan?"soal saya lagi
(Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza itu saya tambah sendiri , hehe)

"Ku dengar, ku nimati hingga akhir lagunya."Dia menjawab sambil memejamkan matanya "Lalu akan ku minta dia menyanyikan lagu yang lain, lagi dan lagi."

Saya tertawa. Dia juga tertawa. 

"Kau mengertikan?" tanya saya. "Bisa saja Allah juga berlaku begitu pada kita, para hambaNya. Bila ada hambaNya yang fasik , keji , banyak dosa , melakukan apa yang Dia larang , berdoa memohon padaNya, mungkin akan Dia firmankan pada malaikat : 'cepat berikan apa yang diminta. Aku muak mendengar ocehannya.'

"Tapi" saya melanjutkan , " bila yang menadahkan tangan adalah hambaNya yang dicintainya, yang rajin beribadah , yang menyempurnakan yang wajib , dan menegakkan sunnah , maka mungkin saja Allah berfirman : ' Tunggu! Tunda dahulu apa yang dihajatinya. Sungguh aku bahagia bila diminta. Dan biarlah hambaKu ini terus menerus meminta, terus berdoa , dan terus menghiba untukKu. Aku menyukai doa-doanya. Aku menyukai tangis isaknya. Aku menyukai khusyuk dan tunduknya. Aku menyukai puja dan pujiannya. Aku tak ingin dia menjauhiKu setelah mendapat apa yang dia minta. Aku mencintainya.' "

"Oh ya ? " Matanya berbinar melihatku. " Benarkah demikian yang tejadi padaku?"

"Hm, pastinya aku tidak tahu," jawab saya sambil tersenyum. Dia agak terkejut. Segera saya menyambung. 
" AKU HANYA INGIN KAU BERBAIK SANGKA."

**************
Bila saya membaca kisah itu , hati saya ini macam ditarik-tarik. Macam kena hiris dengan pisau. Malunya saya. Teruknya saya. Saya bersangka buruk pada Allah swt. Kenapalah saya tidak pernah terfikir , agaknya sikap saya selama ini yang menyebabkan doa saya sukar diijabah. Orang yang tak sedar diri memang macam ini lah. Saya buruk sangka pada Allah swt!!!!!!


Benarlah. Kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi esok. Kita terhijab dalam kegelapan. Kita hanya boleh menduga-duga. Berprasangka. Tapi saya sering lupa , yang dengan berprasangka baik itu , akan merencanakan sesuatu yang indah dan baik untuk saya di depan sana. Saya lupa , ada berjuta kebaikan mengiringi prasangka baik kita padaNya. Dia yang setia bersama kita , dan melimpahkan kebaikan, kerana kita mengingatiNya juga dengan prasangka yang baik.

"Sesungguhnya , Aku ada di sisi prasangka hambaKu pada diriKu."
(Ibnu Majah)

Selepas ini , saya tidak tahu , dengan segala apa yang terjadi pada saya sehingga hari ini dan akan datang , adalah merupakan musibah atau rahmatNya, tapi saya hanya mahu bersangka baik padaNya. Semoga Allah ampunkan dosa saya yang memang banyak dosa ini dan mendengar doa-doa saya.Ameen Ya Rabbal Alamin!

"Ada banyak hal yang kita tidak pernah minta tapi Allah tidak pernah alpa menyediakan untuk kita seperti nafas , air segar , hangat mentari dan kicau burung yang mendamaikan hati. Jika demikian, atas doa-doa yang kita panjatkan , bersiaplah untuk diijabahkan lebih dari apa yang kita mohon" ~ Dalam Dekapan Ukhuwah

-NHH
(25:74)

Wednesday, February 15, 2012

Syria : Saya Sebarkan Di sini..


Seperti yang kita semua tahu (berharap semua tahu lah ya ) bahawa Syria sekarang berada dalam keadaan bergolak apabila rakyat di negara itu bangkit menetang rejim Basyar Assad. Ramai nyawa rakyat Syria telah diragut oleh askar – askar yang setiap kepada rejim Basyar Assad. Tahu siapa itu Basyar Assad?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria

Dikatakan pergolakkan dinegara tersebut adalah diantara Mazhab Sunni dan Syiah, untuk pengentahuan semua, Basyar Assad adalah seorang bermazhab Syiah. Disini sedikit info mengenai peristiwa – peristiwa penting semenjak kemerdekaan negara Syria sehinggalah sekarang. Semoga Allah S.W.T memberi kemenangan kepada rakyat Syria dalam membebaskan diri dari rejim Basyar Assad yang sangat kejam terhadap rakyatnya sendiri.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.4-9000 tahanan ditahan.5-413 orang telah syahid di dalam penjara.6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;#”Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU 

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat“.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )


 Ramai yang tidak tahu pergolakan yang berlaku di Syria, Entah kenapa tragedi berdarah di Syria ini seakan-akan tidak pernah berlaku, dan tidak pernah diambil tahu oleh masyarakat dunia..langsung tidak mendapat liputan meluas, seakan-akan semuanya disekat..

Jom ambil tahu!! 


Isu yang berlaku di Syria, 
antaranya ialah :


1) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?


Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.



2) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?



Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria


3. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.


Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.



(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)




Ini pula kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar:



Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:



Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri



Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.



Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.



Keempat: wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.



Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini



Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim



Yuk! Sama-sama kita doakan kesejahteraan bagi saudara se-Islam kita di sana..

-NHH
25:74

Tuesday, February 14, 2012

Words For The Day #1

Adakah tidak ikhlas memberi? Atau salah caranya?
Atau memang Allah swt sengaja mahu menguji lagi kekuatan hati?

Hati manusia itu milik Allah. Kerana itu, JANGAN dicari hati manusia itu,sebaliknya MINTA-lah pada pemilik sebenar hati itu


-NHH
(25:74)

Monday, February 13, 2012

Masa Berlalu Tanpa Disedari.

Saya memerhatikan anak buah saya yang sudah pun bersiap untuk ke kelas tuisyen. Dia menghampiri saya.

"Achu, nak pakai tudung warna apa ek?"

Saya memerhatikan pakaiannya. T-shirt lengan panjang berwarna oren dan seluar panjang berwarna biru gelap. 

"Ada tudung warna oren atau biru gelap?" Saya menyoal.

"Ada,tapi tudung oren tu singkat. Biru..hehe..tak nak lah pakai.." jawabnya

Saya mengikutnya ke bilik dan melihat tudungnya. "Okeh. Ada baju hijau kan,tukar. Nanti pakai tudung bunga-bunga hijau ni."

Sewaktu saya membantu menyiapkan anak saudara saya berusia 11 tahun ke kelas tuisyen, saya terfikirkan sesuatu.Erm, betapa cepatnya masa berlalu. Sekejap saja. Sehingga saya sendiri tidak perasaan masa itu berlalu meninggalkan saya.



Anak saudara saya yang sulung.. Alyssa Zahirah

Anak saudara saya yang sulung sudah pun berusia 11 tahun. Dah nak jadi anak dara dah. Kalau dulu,tak kisah nak pakai baju depan saya tapi sekarang ni , dah pandai malu. Bila nak pakai baju mesti dalam bilik air (kalau saya ada dalam biliknya lah).Saya sering juga mengusiknya dengan hal-hal perempuan ini , nanti mesti dia akan malu, hehe.Ok! Saya mak saudara yang memang nakal..hikhikhik.

Saya melihat anak-anak saudara saya yang seramai 11 orang ini membesar di depan mata saya. Masakan tak lihat depan mata kan, saya mempunyai anak saudara yang pertama seawal umur saya 13 tahun. Sekarang sudah hampir 10 tahun, sudah ada 11 orang anak buah.Jadi, haruslah saya melihat mereka membesar di depan saya. 

Kadang kala , bila cuti semester , kena duduk rumah abang saya dan jaga mereka sebab ketiadaan bibik yang pulang ke Indonesia. Saya rasa waktu itu macam 'stupid' sangat. Yelah ,mana pandai nak uruskan kanak-kanak dan tambahan lagi , saya muda lagi,anak bongsu ok. Tak biasa ada adik, hahaha. Tapi alhamdulillah , saya belajar lah sikit-sikit, walaupun ada lubang sana sini..hehe..

Dan sekarang, hampir semua dah besar.Dah pandai uruskan diri sendiri.Jika dulu , saya melayan mereka seperti anak-anak kecil , kini tidak lagi. Kecuali untuk yang memang kecil lagi tu..hehe..


Mereka lah kawan saya..
Mereka lah peneman saya..

Selalu jugalah bersembang pasal sekolah, pasal kawan-kawan mereka.Boleh layan menonton vcd sama-sama.Main game sama-sama.Kalau pergi berjalan-jalan dengan abang dan kakak ipar saya , saya biasanya akan 'culik' anak -anak mereka untuk teman saya berjalan-jalan ke kedai lain, hahaha. Mereka memang manja dengan saya. Kalau jumpa, sekejap-sekejap "achu". Nak-nak si Nabihah dan Usop. 
Mak pernah cakap ;

" Memang lah manja dengan achu, achu seorang je lagi yang tak kahwin lagi. Berkepit jelah.Nanti kalau achu kahwin 1 hari nanti , mesti malu-malu dah. Nak mintak achu dukung pun dah malu.Lagi-lagi pulak time tu mesti achu sibuk layan suami dengan anak-anak.." (Peluh menitik-nitik dah nih)

Ok! Saya tidak nafikan kebenaran kata-kata mak itu sebab saya lihat ianya terjadi pada kakak saya. Anak-anak saudara saya semua macam malu-malu dah dengan kakak saya. 

Tapi jangan risau, Insya Allah , kalau ditakdirkan saya kahwin 1 hari nanti, tahu lah saya adjust suami,anak-anak dan anak-anak buah saya nanti..(oh! muka dah merah dah ni..)

Dewasanya mereka buat saya rasa tak best! Sebab ? Sebab itu maknanya saya dah semakin tua,lalala. 24 ok!! Muda lagi sebenarnya ,=p. Macam tak caya sudah nak masuk umur 24 tahun bulan Jun nanti. Banyak benda dah saya lalui , sudah banyak perkara sukar yang saya lepasi, alhamdulillah. Masih bertahan sehingga kini. 24 tahun menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian. Tapi saya sentiasa tahu dan yakin , semua itu tidak sia-sia. 

Semoga untuk yang akan datang ini , saya akan sentiasa dikurniakan ketabahan hati yang tidak berbelah bahagi.

Oh! Tahun 2012 ini, insya Allah akan raya dengan baby baru lagi..hehe..

-NHH
(25:74)

Thursday, February 2, 2012

Bukan Setakat Naik Pelamin

Perkahwinan.Bila sebut pasal kahwin je , semua seakan-akan menggelupur nak kahwin jugak kan, hehe. Hati itu macam terketik-ketik je. (Terketik-ketik saya pinjam kata-kata lecturer ME saya dulu,hehe) Janganlah tipu. Saya lihat reaksi kawan-kawan di laman sosial masing-masing,bila sebut saja tentang perkahwinan,mulalah perasaan berbunga-bunga tu timbul kan.Lepas tu semua macam tak sabar-sabar nak kahwin dan beria nak hadir majlis kahwin kawan-kawan,ambil berkat katanya,tapi kahwinnya tak jugak..heh!

Kelihatannya sangat mudah untuk seseorang itu melafazkan 'saya mahu berkahwin' , kan? Tapi sejenak cuba kita fikir-fikirkan sebentar, apa itu perkahwinan?

Mengatakan 'saya mahu berkahwin' itu memang mudah.Mudah bagi mereka yang hanya berfikir mahu memiliki.Maaf cakap , tapi jika kita hanya fikir mahu memiliki, itulah adalah perkahwinan yang menurut hawa nafsu,kelak ada akibat yang bakal ditanggung. Tertarik saya mahu berkongsi kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil :" Jika mereka yang bercouple dan buat ringan-ringan sebelum berumahtangga,kesannya akan kelihatan pada masa hadapan."Perkahwinan itu menggabungkan antara kasih sayang, peranan dan paling penting tanggungjawab. 

Melihat teman-teman saya melangkah ke alam baru , bohong kalau saya katakan saya tidak cemburu kan =p. Saya juga manusia biasa ok! Itu terbukti. Tapi perbualan saya bersama seorang teman yang baru bertunang baru-baru ini menyentap hati saya.


Dia : " Takutlah"

Saya : "Kenapa?"

Dia : "Tanggungjawab.Macam tak ready lagi."

Saya : (Tersenyum)." Tak pe. Kalau nak tunggu ready,sampai bila-bila takkan ready kan. Belajar perlahan-lahan. Mula dari sekarang."

Dia : "Tu la, sekarang dah mula cari resepi-resepi masakan. Nak belajar memasak,hehe."

Saya tersenyum saja mendengar kata-katanya itu. Fitrah seorang perempuan , bila nak kahwin tiada perkara lain yang akan difikirkan melainkan mahu memasak untuk suami.Betul tak ?Saiditina Khadijah pandai memasak.Saiditina Aisyah pun pandai juga memasak.Rasulullah saw pun pandai memasak.Buktinya ? Rasulullah saw selalu membantu isteri-isterinya memasak sebagai tanda kasih mesra antara suami dan isteri. Jadi , suami pandai memasak pun kira ikut sunnah Nabi saw juga lah kan.

Sebenarnya , persediaan melangkah ke alam perkahwinan ini bukan sepatutnya bermula bila kita sudah hampir berkahwin , tetapi ia seharusnya bermula dari awal lagi. Kerana apa ? kerana kita sendiri tidak tahu bila kita akan berumahtangga.

Setiap wanita di dunia ini, punya impian untuk menjadi seorang isteri,seorang ibu. Saya juga tidak terkecuali. Ingin susah dan senang dengannya. Ingin jatuh dan bangun bersama dengannya.Ingin membina kehidupan ini dengannya. Saya ingin memudahkannya bila dia terasa susah.Kerana prinsip saya , saya mahu hadir dalam hidup seseorang itu , utk menyenangkan dirinya,bukan menyusahkannya!  Impian saya tinggi tentang itu. Bohong kalau saya katakan , saya tidak cemburu melihat kawan-kawan yang lain naik pelamin,kerana sebagaimana cinta,cemburu itu fitrah yg ada pada setiap manusia,lelaki dan perempuan.Tapi berkahwin ini mana boleh terikut-ikut. Tidak boleh tergesa-gesa dan tidak boleh juga bertangguh-tangguh. 

Dan jujurnya , sejak beberapa tahun yang lepas saya sangat aktif membaca buku-buku berkaitan hal-hal rumahtangga seperti di bawah. 


Buku ini saya perolehi ketika saya mengikuti kursus perkahwinan di UIA Disember 2010. Terima kasihlah kepada teman sekolah saya yang kebetulan belajar di UIA kerana mengajak saya dan menumpangkan saya bermalam di asramanya.Terima kasih =)

Sila percaya! Buku ini sangat bagus untuk membina komunikasi antara lelaki dan perempuan.

Dan ini adalah kegemaran saya. Buku ini sangat romantik. Jatuh cinta setiap hari bersama pasangan masing-masing. Ops! maksud saya pasangan yang halal lah ya.


Dan sekarang  saya sedang menunggu ketibaan buku ini. Baru tempah.

Selain saya memperbanyakkan membaca buku saya juga gemar membaca blog hasil tulisan 2 orang insan. Saya suka mengambil mereka sebagai contoh. 

 Fatimah Syarha. 
Ustazah memang merupakan salah seorang yang saya ingin contohi. Beliau banyak berkongsi tentang rumah tangga khasnya berkaitan cinta kepada pasangan yang halal. Memang cinta itu meletup selepas berkahwin jika kita menahan diri kita dari berbuat perkara-perkara yang mendekati zina sebelum berkahwin.

Wardina Safiyyah
Dengan kak Wardina ini pula saya suka membaca tulisannya dan videonya di You Tube tentang penjagaan anak-anak. Psikologi kanak-kanak. Bagaimana mendidik anak-anak dalam suasana Islam dan sebagainya. 

Nampak macam saya dah ready tak ? Eceh =p. Nampak macam ready , tapi bila bab perkahwinan dan bab hati menyergah saya secara tiba-tiba, saya sebenarnya adalah orang yang bermasalah (*Tampar pipi laju2). Erm,bersedia atau tidak , bukan kita yang akan tentukan. Kita tidak tahu bila kita akan melangkah ke alam perkahwinan. Entah esok lusa, entah 10 tahun lagi.Hanya Tuhan saja yang tahu jawapannya. Bila telah sampai masanya , pasti Allah swt akan tunjukkan jalannya. Sebagai bakal suami/isteri,bakal ayah/ibu,kita kena sentiasa mempersiapkan diri kita sebagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi Mahkamah Allah swt yang kita sendiri tidak tahu bila akan berlaku. 

Kita kena sentiasa beringat , perkahwinan ini bukan setakat naik ke pelamin saja.Lepas dah naik pelamin tu kira dah ok lah. Tak payah fikir apa-apa.Haaaa...silap di situ. 
Perlu juga difikirkan urusan..


Iya..Itu dia. Urusan lampin anak-anak selepas berkahwin. Perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira sebelum kita mengambil keputusan untuk berkahwin. Takkan lah berkahwin tak mahu ada anak kan.Paling kurang pun 7 orang kan..eh!*dush3x. Ditambah pula dengan kos hidup yang semakin meningkat pada zaman sekarang ini , semua perkara ini perlu diberi perhatian. Zaman sentiasa berubah-ubah kan.
Tembamnya baby ni kan..eh!Lari topik pulak!Kembali kepada topik. Lebih-lebih lagi kaum Adam kan,mesti letih kan nak kena fikir hal-hal sebegini. Mana nak sediakan rumah,makan dan pakaian. Amaran keras untuk kaum Hawa ya, janganlah demand tinggi sangat. Hadir untuk menyenangkan si suami bukan menbebankan. Terimalah seadanya. Susah senang bersama-sama. Begitu baru lagi seronok kan sebab kamu dan dia sama-sama membina kehidupan..So sweet..hehe.

Jika tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh suami/isteri tidak dipenuhi , maka akan berlaku kezaliman terhadap pasangan di situ. Dan seterusnya , apa yang akan terjadi dalam rumahtangga?

Bila saya berkata sebegini , jangan pula ada yang takut nak berkahwin ya. Sila lah kahwin kalau masa kalian dah sampai. Jangan risau , Nabi saw ada pesan : " Perkahwinan itu akan buka pintu rezeki dan menyenangkan."Tapi ingatlah perkahwinan ini jangan terikut-ikut ya. Jangan tergesa-gesa tapi jangan pula bertangguh-tangguh.

Kawan-kawan , jadikanlah cinta kita itu nanti cinta yang kita teladani daripada Pecinta Terhebat sepanjang zaman , Muhammad saw. 

Terima seadanya..Kelebihannya disyukuri..Kekurangannya diredhai..

-NHH
(25:74)