Pages - Menu

Friday, January 13, 2012

Tajam Berduri

Baru-baru , bila saya melayari laman mukabuku saya , pasti saya akan tertanya-tanya,perlukah saya menukar nama pena saya (Syauqah Mujahidah) kepada nama sebenar saya?Saya melihat teman-teman menggunakan nama sebenar mereka pada mana-mana laman sosial mereka,membuatkan hati saya bagaikan tertarik-tarik untuk berhenti menggunakan nama 'Syauqah Mujahidah' ini pada mana-mana laman sosial saya. Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk mencuba dahulu menggunakan nama asal saya pada laman mukabuku saya dan respon yang saya terima ialah..

"Eh.. Ingatkan siapa tadi.."

"Dah tukar ke? Patutlah tak kenal."

"Saya kenal Hidayah di luar, tapi dalam ini saya kenal Syauqah."

"Tak payah la tukar. Dah sebati dah dengan diri tu."

"Guna Syauqah je ok.."

Hmm

Percubaan selama seminggu dan akhirnya saya menukar kembali dari nama asal kepada nama pena. -> Syauqah Mujahidah. Dan saya akui, saya kadang kala lebih dikenali dengan nama pena saya berbanding nama sebenar saya sehingga ada yang memanggil saya dengan nama 'Syauqah' itu. Dan jika ada teman-teman yang keliru dengan nama asal saya , bila disebut nama seperti alamat link blog saya ini , Insya Allah mereka akan mudah untuk kenal. 

Nama 'Syauqah Mujahidah' ini telah saya gunakan sejak hampir 5 tahun dan ianya sudah sangat sebati dengan diri saya. Inspirasi dari novel Islami pertama yang saya baca iaitu 'SEINDAH MAWAR BERDURI' karya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Jujurnya , bermula dari novel tersebutlah yang telah memyedarkan diri saya dan membangunkan diri saya dari lena dan leka yang terlalu panjang. Novel itu dan penulisnya sendiri telah banyak memotivasikan diri saya dan sehingga kini saya tidak pernah lepas membaca karya-karya tulisan beliau. 

Ada yang bertanya, apa ertinya 'syauqah'?
Teman-temanku sayang , syauqah itu bererti 'duri'. (Senyum)
Dan mujahidah ? Saya kira mesti ramai yang mengerti maksud 'mujahidah' itu. 

Nabi saw bersabda : Mujahid ialah orang yang berjihad melawan nafsu kerana Allah swt
(Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Hibban)

Jadi pasti kalian dapat meneka maksud 'mujahidah' itu bukan ?(Mujahid itu lelaki, mujahidah itu wanita). Jika digabungkan 'Syauqah Mujahidah' itu , dapatlah saya definiskan sebagai 'duri si wanita yang berjihad melawan nafsunya. Erk? Lebih kurang la kan (sengih).

Dengan menggunakan nama yang berduri ini , saya sentiasa berharap dan berdoa dapat memagarkan diri saya dengan duri-duri yang tajam menghunus. Jujur,bukan mudah. Dan sering kali juga duri tersebut tumpul dan tidak mengeluarkan bisanya. Tapi saya sentiasa berusaha untuk itu. 

Erm takpelah. Perubahan itu perlunya sedikit demi sedikit bukan? Tidak perlu tergesa-gesa. Yang penting perlu komited (baca:Istiqomah) dalam menjalani.Yuk! Sama-samalah kita berdoa yang terbaik saya dan kalian =)

-NHH
(25:74)

2 comments:

  1. Assalamualaikum, saya minta kebenaran untuk mengambil sebahagian isi post saudari untuk ucapan saya semasa program. Semoga Allah merahmati saudari. Syukran ^_^

    ReplyDelete