Pages - Menu

Sunday, January 15, 2012

Inche Cintan Puan Cintun

Kalian pernah menyintai?Pernah dicintai? Saya yakin 100% ,semua orang pernah dicintai dan menyintai. Betul tak ? Jangan tipu. Jika kalian tidak pernah menyintai,saya yakin kalian  sedang dicintai sekarang ini. (senyum)
Kenapa saya begitu yakin?Nanti akan saya berikan jawapannya di akhir entry.

Kenapa tiba-tiba saya mengutarakan soal dicintai dan menyintai?Erm, sebenarnya saya tertarik dengan 1 kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang ustaz dalam salah satu rancangan yang mana saya lupa nama rancangannya, hehe. Ustaz itu bertanya ?

"Yang manakah lebih sakit? Dicintai atau menyintai?"

Kata-kata ustaz itu terngiang-ngiang di telinga saya dan berlegar-legar di kotak pemikiran saya. Selama ini , saya tidak pernah terfikirkan persoalan ini dan soalan ini buat saya terfikir-fikir. 

Mencintai..Dicintai.. mungkin kalian akan terfikirkan tentang mencintai dan dicintai dari perspektif couple muda mudi zaman moden ini. Ok! Itu boleh diterima dan dijadikan sebagai contoh.Saya mahu bawakan dalam perspektif yang lebih luas. Yang lebih mendalam. Saya tidak akan berikan jawapan yang manakah lebih sakit kerana saya mahu kalian merasakannya sendiri.Saya berikan contoh yang paling dekat dengan kita. Isu couple. (Kalau saya gunakan isu ini , mesti ramai yang senang faham.Betul tak ?)


Baiklah. Bayangkan kalian dicintai oleh seseorang. Apa yang kalian rasa? Mesti rasa teruja tahap dewa-dewa kayangan, ada rasa feeling-feeling kacak dan menawan dan macam-macam lagi. Kan..kan..kan. Ok. Itu disatu pihak iaitu pihak dicintai. Tapi bagaimana pula di pihak mencintai ? Bagaimana pula bila diri kalian sendiri yang mencintai seseorang? (Sila bayangkan cowok/cewek yang kalian cintai =p).Kalian rasa bahagia tak ? Bahagia kan. Lebih-lebih lagi bila kalian bukan setakat mencintai TAPI kalian juga dicintai kembali!Memang selalu lah senyum seorang diri kan.

Tapi apa yang kalian rasa bila kalian mencintai tapi TIDAK DICINTAI kembali? Sakit atau tidak ?Jangan tipu kalau kata tidak sakit. Saya melihat pengalaman teman-teman saya bila mereka mencintai. Sehabis daya mereka mencuba untuk menyenangkan hati insan yang mereka cinta. Buat itu ini. Hantar itu ini. Dan macam-macam lagi. Tapi bila tindak balas yang diharapkan tidak seperti yang diimpikan , terlihat kecewa pada wajah. Rasa sedih pasti ada dalam hati walau sebesar zarah pun. 

Saya bawa kepada contoh yang lebih huge (baca : besar). Ibubapa. Bayangkan kita di posisi ibu dan ayah kita. Ibu dan ayah kita , haruslah sayang dan cinta pada kita kan. Ya! Kita mencintai anak-anak kita dan kita mahukan anak-anak kita menjadi anak yang soleh/solehah. Setiap hari kita berpesan 'Jangan tinggal solat' dan berbagai-bagai lagi nasihat , tapi akhirnya anak itu masih lagi tinggal solat, masih lagi melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, dan sebagai ibu bapa , kita pasti sangat sedih dan sakit melihat situasi itu. Tsunami bimbang mula melanda. Mulalah kita sebagai ibu bapa tidak senang duduk. Dan itu juga sakit.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah,dicintai itu sangat mudah. Tidak perlu lakukan apa-apa kerana kita hanya menerima jarang sekali memberi  tapi bila mencintai, ianya sangat sakit. Terlalu. Kerana kita sentiasa berfikir dan terus berfikir bagaimana mahu mengikat hati insan yang kita sayang biarpun ianya tidak berbalas.

Tapi , kita jangan pernah lupa. Ada yang lebih mencintai kita dan akan sentiasa mencintai kita iaitu kekasih kita yang paling sweet sekali. Allah swt. Inilah sebab kenapa saya yakin yang kalian semua sentiasa dicintai.Dia-lah yang tidak pernah putus dan tidak pernah berhenti mencintai kita sehingga Dia berikan segala apa yang kita mahu. Cuma cepat atau lambat saja dan kadang kala bila yang kita mahu itu tidak sesuai dengan kita , Dia gantikan dengan yang lebih baik.Setuju ? Untungkan kita kerana Dia mencintai kita dan kita dicintai olehNya. Dia beri  dan kita terima saja.Dia pun kadang-kadang 'sakit' juga dengan perangai kita yang tidak mendengar kata. Berulang kali ulang dosa yang sama. Dia kata jangan, tapi kita buat juga. 'Sakit' juga dia dengan kerenah kita tapi Dia itulah satu-satunya Kekasih yang tidak pernah jemu memberi cintaNya dengan kita walaupun sering kali kita ingkar. Kerana apa ? Kerana Dia sangat mencintai kita.

Tapi kita ? Dah cukupkah kita mencintaiNya? Sudah berapa banyak yang kita beri padaNya bukti kita mencintaiNya? Bila kita terasa 'sakit' sikit bila mencintaiNya, mulalah kita tidak komited lagi dengan cinta kita padaNya. (Baca : ditimpa musibah). Belajar-belajarlah untuk mencintaiNya lebih dari yang lain. Barulah akan terasa nikmatnya dicintai dan mencintai. 

Jika kita mahu dicintai, kita dahulu perlu mencintai.
Jika kita mahu menerima , kita dahulu perlu memberi.



-NHH
(25:74)

No comments:

Post a Comment