Pages - Menu

Wednesday, January 25, 2012

HSD : Terbaik!


Delisa : Ustaz Rahman, kenapa ya Delisa susah melakukannya?

Ustaz Rahman : Melakukan apa ?

Delisa : Kenapa ya Delisa susah melakukannya?

Ustaz Rahman : Delisa,seseorang itu biasanya susah melakukan sesuatu kerana hatinya tidak ikhlas.

Delisa : Tidak ikhlas bagaimana kok Ustaz ?

Ustaz Rahman : Tidak ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah. Di pikirannya dia melakukan itu kerana hadiah..hadiah..dan hadiah..

*******
Ustaz Rahman : I still ask myself. Why Allah give us such a disaster? How we want to get through this pain?

Sofi : Why don't you ask Delisa ? She lost her mother, her sisters , and she also lost her legs, but she continue plays football.

*******
Baru-baru  ini , saya sempat menonton sebuah filem berunsurkan kerohanian dan keagamaan dari Indonesia , Hafalan Shalat Delisa. Subhanallah! Terasa panas kelopak mata saya bila menonton filem ini. Filem yang penuh dan sarat dengan pengajaran. 


Saya dapat melihat bagaimana seorang kanak-kanak perempuan kecil yang kehilangan ibunya , adik beradiknya dan juga sebelah kakinya akibat bencana tsunami yang melanda perkampungannya, tapi langsung tidak pernah sebaliknya tersenyum dan masih lagi mahu meneruskan bermain bola sepak bersama teman-temannya. Katanya kakak-kakaknya ke syurga dan kakinya dihanyutkan air. 

Filem ini juga membuatkan saya kembali memuhasabah keikhlasan diri saya dan solat saya. Kenapa ? Kerana watak Delisa ini membawa saya belajar apa itu keikhlasan dan bagaiman mendapatkan ikhlas dalam solat. Di awalnya , Delisa ini menghafal bacaan dalam solatnya hanya untuk mendapatkan hadiah kalung yang dijanjikan ibunya tapi dia sulit sekali untuk menghafal sehingga lah bencana tsunami datang melanda. Di akhirnya , barulah dia menemui keikhlasan itu di mana dia langsung tidak mengharapkan hadiah sebaliknya dia hanya MAHU SOLAT DENGAN BAIK supaya kelak dia dapat mendoakan ibunya dan kakak-kakaknya.,dan dapat melaksanakan bacaan solatnya dengan sempurna.

Saya teringin sekali membawa diri saya sendiri dalam Delisa. Tabahya dia kerana masih boleh tersenyum dan langsung tidak mengeluh pabila Allah membawa pergi keluarganya dan mengambil kakinya. Baiknya dia kerana berkongsi kegembiraan yang dia rasai (Delisa ini tidak kedekut,sebaliknya suka berkongsi. Apabila mendapat sesuatu seperti coklat , lantas dikongsi-kongsi bersama yang lain). Hebatnya dia kerana berjaya menemui keikhlasan dalam solatnya. 

Delisa membawa saya terfikir akan solat saya selama ini..!! Adakah saya benar-benar ikhlas dalam solat ? Adakah saya khusyuk dan menyerahkan diri sebagai hamba kepada Tuannya ketika solat ? Dan paling penting , ADAKAH SOLAT SAYA DITERIMA ALLAH SWT ?!!!

Nampaknya saya perlu banyak me'recheck' semula solat saya. Kena cari key-point untuk ikhlas dan terus belajar untuk ikhlas. Dan saya pinjam kata-kata Delisa itu...untuk diri saya sendiri...

"SAYA HANYA MAHU SOLAT DENGAN BAIK.."


-NHH
(25:74)

No comments:

Post a Comment