Pages - Menu

Thursday, January 19, 2012

Hamba Yang Mukhlis

Ada seorang insan ini , yang sering kali dia lupa yang dia itu adalah hamba. Insan ini sering lupa bahawasanya dia hanyalah seorang kuli. Jelas dia seorang hamba, seorang kuli , jadi sepatutnya dia tidak berhak untuk mengingkari apa jua yang diperintahkan oleh tuannya. Tapi itulah dia , sangat mudah menjadi insan yang tak sedar diri! Dia memang tak sedar dek untung! Tuannya hanya meminta melaksanakan tugas yang telah diberikan, tapi tetap dia alpa dan tak buat tugas yang diberikan. 

Lantas bila dihukum , dia sering merungut. Marah-marah. Tapi bila tuannya menghadiahkan sesuatu atau memberikannya cuti , mulalah tuannya itu dipuji. Dan sering kali dia lupa mahu berterima kasih pada tuannya itu. Hamba ini , kuli ini memang tak sedar diri! Bila susah , dengan muka yang tak tahu malu , dia akan merayu-rayu,menangis-nangis mengadap tuannya meminta bantuan. Tapi bila tuannya suruh , dia selalu sekali malas!!

Hamba itu.. kuli itu.. 
Adalah...
SAYA !!

Saya tidak malu untuk mengakui yang sayalah hamba yang sering lupa pada Tuan-nya. Kerana apa? kerana saya sering tidak bersedia untuk diuji dan kadang kala , saya sering mempersoalkan apa yang telah terjadi kepada saya (Sedih). Dalam ketaatan saya pada-Nya , pernah juga saya mempersoalkan kewajaran diri saya ini diuji. 


Iya!Taat tetap taat tapi adakah ketaatan saya selama ini ikhlas ? Ikhlaskah ibadah saya padaNya selama ini ? Saya sedari hakikat yang ikhlas itu adalah rahsia Allah swt. Dan ternyata ikhlas itu sulit sekali. Dan 'sulit' itulah musuh ikhlas yang paling besar. 

Saya lupa status saya pada Tuhan saya yang mana saya ini adalah hamba-Nya. Justeru kerana itu , saya memang layak diuji dan menerima apa yang saya terima pada saat ini. Status yang saya miliki ini (status hamba) melayakkan saya untuk diuji dengan seberat-berat ujian dari Pemilik Hamba ini. Saya perlu mengingatkan diri saya sendiri yang mana saya bersujud adalah kerana saya inis seorang hamba,milik Allah swt.

Harusnya saya ini belajar untuk tersenyum menerima segala ujian yang diberikan kerna dengan ujian itulah keikhlasan saya akan dapat dirasai. Musibah dan ujian yang datang menimpa saya itu adalah tanda Allah swt mahu berbicara dengan saya. Mahu saya bermanja-manja dengan-Nya. Bagaimana saya boleh melupakan semua itu ? (Airmata mengalir laju T_T). Lulus ujian ini akan meningkatkan darjat saya tapi MASIH TETAP SEORANG HAMBA.

Saya lupa , prasangka buruk yang saya rasakan dalam hati ini , tidak berbicara dan bermanja dengan Tuhan akan menyebabkan jiwa saya hancur binasa.Malunya saya!! Malu sangat !!

Saya mendakwa saya menjaga pergaulan kerana DIA. 
Saya mendakwa saya boleh menjadi anak yang solehah kerana DIA. 
Saya mendakwa saya menjalankan ibadah saya kerana DIA.
Terlalu banyak dakwaan saya ini. Boleh menangkah di mahkamah Allah swt nanti ?

Tapi
Saya sebenarnya telah terlupa.Dalam pada saya yang kononnnya menjaga pergaulan , kadang kala saya sering terleka. Kononnya dengan mendakwa saya menjaga pergaulan , saya sangkakan saya tidak layak untuk diuji. Saya selalu menyangka saya perlu terima yang baik-baik saya. Dalam pada saya mendakwa saya anak yang baik , itu bukan jaminan yang saya ini tidak layak untuk dikeji manusia. 

Garis yang memisahkan antara seorang manusia yang baik dan manusia yang ikhlas itu adalah sangat nipis. Mungkin boleh dikatakan ibarat rambut dibelah 7. Kerana itu , saya merelakan diri saya diuji lagi dan terus diuji dengan ujian yang tidak disangka-sangka untuk menzahirkan keikhlasan itu. 


"Patutkah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata :'Kami beriman' , sedang mereka tidak diuji?" 
(29:2)

Ya Allah..
Bicara dengan ku. Ku tahu bicaraMu itu untuk menyedarkan aku dari terus alpa. Bicara Mu itu  menyedarkan aku , bahawa hati ini harus puas kerana mengikhlaskan rasa kehambaan kepadaMu.

Saya mengingatkan diri saya dan kawan-kawan semua ,bahawa walau setinggi mana ibadah yang kita lakukan , tanpa jiwa hamba itu, segalanya tidak akan bermakna. Hamba itu sentiasa sedar dirimua memiliki dan tidak dimiliki. Hamba itu sedar dirinya sentiasa layak diuji.Kerana kita adalah hamba! Kerana itu , hapuskanlah rasa memiliki itu!!

-NHH
(25:74)

No comments:

Post a Comment