Pages - Menu

Sunday, January 29, 2012

It's Your Time,Dear ^_^

Sumber Gambar : Nurul Hidayah
Nabilah a.k.a Che Nab

Alhamdulillah, Jumaat yang lepas , selamat sudah teman saya menjadi isteri orang hanya dengan sekali lafaz (Senyum). Dia yang mahu bernikah , tapi saya yang di rumah ini pula yang berdebar-debar. Asyik melihat jam saja.Hehehe..Bila ada kawan-kawan yang menikah , saya memang akan terasa sedikit teruja =p. 


Nabilah Bte Kamarozaman 
dan pasangannya
Muhammad Syafiq Bin Azmi


Erm , Nabilah (che nab) ini adalah teman se-kolej dengan saya ketika diploma di KPTM Bangi dulu. Tapi waktu sama-sama belajar diploma dulu , langsung tak pernah tegur pun,hehe.Betul tak che nab?Hanya kenal pada nama saja, dan rasanya bila bertembung pun tak perasan kewujudan masing-masing kan.Sehinggalah dipertemukan sekali lagi ketika menuntut sama-sama di UiTM. Satu kursus, satu kelas. Maunya tak rapatkan. Boleh gelak sesama.Boleh juga berkongsi cerita.Boleh bergossip sesama.(Senyum)


Walaubagaimanapun Puan Nabilah , minta maaf ya tidak dapat hadir ke walimah kamu dan pasangannya.Berjanji mahu hadir tapi tiba-tiba ada hal yang mendatang.Minta maaf sangat-sangat. Nanti kalau tiba giliran saya satu hari nanti , jangan boikot pulak tau , ngeeee. Tapi mungkin waktu tu , anak kamu dah 3 @ 4 orang kot..=p


Alhamdulillah , sudah saling melengkapi antara satu sama lain.
Sangat-sangat gembira untuk kamu,dear. Tanggungjawab dah mula berbeza kan. Jalankan tanggungjawab dengan baik ok. Jangan anggap tanggungjawab itu beban ya. Dah tak boleh nak nakal-nakal dah, hehe.

 Puan Nabilah , jangan pernah berhenti untuk bertaaruf (berkenalan) dengan Encik Syafiq ya.Sebab, setiap hari , pasti akan ada perkara baru yang akan dipelajari tentang pasangannya. 
Jatuh cinta setiap hari tau!!!!Ini penting..!!!
Dan Puan Nabilah , senangkan Encik Syafiq ok, jangan susahkan.Sebab isteri itu hadir utk menyenangkan suami , bukan sebaliknya. Berkhidmat utk dia dengan sepenuh hati.

Dan untuk En Syafiq , jaga kawan saya baik-baik ya. Jangan sakiti hati dia. Jagalah amanah yang Allah swt berikan ini sebaik-baiknya. 

suka betul time nih..hehe
Ciuman pertama...

Selamat Datang ke dunia penuh pahala kawanku,
Kutip pahala banyak-banyak ok.
(^_*)

-NHH
(25:74)

Friday, January 27, 2012

Bila Allah Menduga

Erm,pernah atau tidak kawan-kawan diduga ? Diuji Allah dengan dugaan yang super hebat ? Mestilah pernah kan. Jangan tipu ok! Allah tahu. Ujian cinta , ujian belajar,ujian keluarga.Tidak ada seorang pun dalam dunia ini akan terlepas dari ujian Allah swt Tidak ada seorang pun yang terlepas dari menghadapi masalah hidup. Saya , kamu dan kawan-kawan semua, pasti mempunyai masalah hidup yang tersendiri yang hanya kamu sendiri memahami.Ada tak yang tidak pernah mengalami masalah ? Di dunia ini , semuanya masalah. Hanya ada 1 tempat saja di mana kita tidak ditimpa masalah. Di SYURGA. Sementara di dunia ini , masalah itu lah, dugaan itulah teman karib kita sepanjang kita menjalani kehidupan ini.Antara sedar atau tidak , sejak bayi lagi, kita telah menghadapi ujian.

Yup. Kadang kala ujian yang datang itu terlalu berat. dan tidak terduga. Sehingga airmata ini sering kali mengalir dalam diam. Diri kadang kala seolah-olah tidak mampu untuk menanggungnya sendiri. Kita sembunyikan kedukaan kita di sebalik senyuman yang kita pamerkan, tapi mata yang satu itu tidak mampu menipu. 


Perasan tak , hidup ini sebenarnya umpama dua permukaan duit syiling. Di satu bahagian , ia merupakan ujian dan di satu bahagian lagi ia merupakan nikmat.Apabila duit syiling itu kita lambung ke udara, dan terjatuh,kita takkan tahu samada kita akan mendapat ujian ataupun nikmat. Adakalanya kita mendapat masalah yang sering kali tidak menyenangkan tapi pada waktu yang lainnya kita mendapat sesuatu yang menyenangkan.  Secara keseluruhannya , kita takkan tahu apa yang bakal kita hadapi pada masa depan. Yang penting ialah , kita mesti tahu apa yang perlu kita lakukan saat ujian itu menimpa kita atau saat kita menikmati nikmat yang diberikan. 

Di sebalik berbagai ujian yang menimpa diri kita itu , sebenarnya ada sesuatu yang sangat indah yang tidak mampu kita lihat dengan mata dan pengetahuan kita. Kerana itu , jangan pernah merasa kesal dengan ujian itu kerana itu lah kebahagiaan yang akan datang. 

Sesungguhnya , semalam yang penuh dengan kesusahan dan keperitan hidup, adalah bahgia yang tiada pada kemudian hari yang akan datang. 

-NHH
(25:74)


Wednesday, January 25, 2012

HSD : Terbaik!


Delisa : Ustaz Rahman, kenapa ya Delisa susah melakukannya?

Ustaz Rahman : Melakukan apa ?

Delisa : Kenapa ya Delisa susah melakukannya?

Ustaz Rahman : Delisa,seseorang itu biasanya susah melakukan sesuatu kerana hatinya tidak ikhlas.

Delisa : Tidak ikhlas bagaimana kok Ustaz ?

Ustaz Rahman : Tidak ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah. Di pikirannya dia melakukan itu kerana hadiah..hadiah..dan hadiah..

*******
Ustaz Rahman : I still ask myself. Why Allah give us such a disaster? How we want to get through this pain?

Sofi : Why don't you ask Delisa ? She lost her mother, her sisters , and she also lost her legs, but she continue plays football.

*******
Baru-baru  ini , saya sempat menonton sebuah filem berunsurkan kerohanian dan keagamaan dari Indonesia , Hafalan Shalat Delisa. Subhanallah! Terasa panas kelopak mata saya bila menonton filem ini. Filem yang penuh dan sarat dengan pengajaran. 


Saya dapat melihat bagaimana seorang kanak-kanak perempuan kecil yang kehilangan ibunya , adik beradiknya dan juga sebelah kakinya akibat bencana tsunami yang melanda perkampungannya, tapi langsung tidak pernah sebaliknya tersenyum dan masih lagi mahu meneruskan bermain bola sepak bersama teman-temannya. Katanya kakak-kakaknya ke syurga dan kakinya dihanyutkan air. 

Filem ini juga membuatkan saya kembali memuhasabah keikhlasan diri saya dan solat saya. Kenapa ? Kerana watak Delisa ini membawa saya belajar apa itu keikhlasan dan bagaiman mendapatkan ikhlas dalam solat. Di awalnya , Delisa ini menghafal bacaan dalam solatnya hanya untuk mendapatkan hadiah kalung yang dijanjikan ibunya tapi dia sulit sekali untuk menghafal sehingga lah bencana tsunami datang melanda. Di akhirnya , barulah dia menemui keikhlasan itu di mana dia langsung tidak mengharapkan hadiah sebaliknya dia hanya MAHU SOLAT DENGAN BAIK supaya kelak dia dapat mendoakan ibunya dan kakak-kakaknya.,dan dapat melaksanakan bacaan solatnya dengan sempurna.

Saya teringin sekali membawa diri saya sendiri dalam Delisa. Tabahya dia kerana masih boleh tersenyum dan langsung tidak mengeluh pabila Allah membawa pergi keluarganya dan mengambil kakinya. Baiknya dia kerana berkongsi kegembiraan yang dia rasai (Delisa ini tidak kedekut,sebaliknya suka berkongsi. Apabila mendapat sesuatu seperti coklat , lantas dikongsi-kongsi bersama yang lain). Hebatnya dia kerana berjaya menemui keikhlasan dalam solatnya. 

Delisa membawa saya terfikir akan solat saya selama ini..!! Adakah saya benar-benar ikhlas dalam solat ? Adakah saya khusyuk dan menyerahkan diri sebagai hamba kepada Tuannya ketika solat ? Dan paling penting , ADAKAH SOLAT SAYA DITERIMA ALLAH SWT ?!!!

Nampaknya saya perlu banyak me'recheck' semula solat saya. Kena cari key-point untuk ikhlas dan terus belajar untuk ikhlas. Dan saya pinjam kata-kata Delisa itu...untuk diri saya sendiri...

"SAYA HANYA MAHU SOLAT DENGAN BAIK.."


-NHH
(25:74)

Monday, January 23, 2012

Cuti-Cuti Keluarga Yang Osemmm..!!

Semalam saya baru pulang dari Port Dickson. Percutian bersama keluarga (senyum) . Ini adalah percutian yang pertama keluarga saya untuk tahun 2012 ini. Tahun lepas punya percutian 1 pun saya tak dapat join , jadi kira semalam adalah peluang saya untuk balas dendam , hehe. Walaupun sedikit terkilan sebab kakak saya tak dapat join sekali sebab punya komitmen lain , tapi tetap seronok. Tetap saya boleh beriang gembira dan ber hoyeah-hoyeah bersama-sama dengan anak-anak saudara saya. Percutian kali ini di tanggung sepenuhnya oleh abang-abang saya. Hotel disettlekan oleh Angah dan makan disettlekan oleh Along. Untunglah saya tak kena keluarkan apa-apa kan , =p. Hanya 2 hari 1 malam saja. Awalnya mahu 3 hari tapi disebabkan dekat , 1 malam saja dah cukup. 

Dan yang paling buat saya teruja dan tidak sabar ialah rindu saya untuk ke pantai , akan terlerai juga. Rindu saya mahu lihat matahari terbenam , akan tertunai juga. Itu yang penting! 

Welcome to
Thistle Hotel, Resort & Spa
Erm , tidak lah jauh sangat pun.  

Check - in bilik.
Cuba tengok baby Irfan Danish tu, bukan main seronok sekali golek-golek atas katil , hehe

Dan inilah yang menjadi sasaran anak-anak buah saya. Tahu sangat. Kalau tidak ada benda ini , memang patah kaki lah semua =p

 Dan haruslah saya kerah si anak dara dan si bujang ini ke pantai kan sebelum mereka turun mandi swimming pool. Nasib baik lah semua ini memang suka berjalan , jadi tak ada masalah untuk escort achu mereka ini , hehe. Mama ayah masing-masing semua sedap tidur dalam bilik masing-masing. Jadi , bila saya culik anak-anak mereka , semua tak sedar , kehkehkeh.

Luasnya lautan ciptaan Allah swt. Pastinya syurga-Nya lagi besar dan indah kan. Subhanallah !

Nampak si Ucop tu..Yg pegang pistol air warna kuning tu
Dialah yang paling berani sekali dalam kolam tu..Kalau lepas pelampung tu memang tenggelam la tapi seboleh-boleh taknak sesiapa jaga dia. Puas saya kena kejar dalam air tu sebab dia nak sembur air pada saya..aisshh



Hehe, waktu ini seronok sebab dapat main game. Tak tahu lah apa nama game ini tapi memang terbaik waktu ini. Tapi team family saya kalah pada satu lagi family tu. Yang kelakarnya bila anak-anak buah saya pun sibuk juga nak baling buah kelapa tu , tapi jatuhnya tak juga..hehe..Nasib baik kaum ayah ni boleh tahan terror..hehee

 Finally!!!
Tak tahu nak cakap macam mana perasaan ni! Serius sangat suka!!
Cantik..cantik..cantik dan cantik..=)

Lepas dinner , semua pakat serang mainan!
Games time!!

New babies in my family. Anak saudara saya yang ke 10 dan 11. Hana Sofea dan Muhammad Irfan Danish bersama bibik masing-masing. Oh! Sila abaikan si Ucop yang di belakang tu ya , hehe.




Ini adalah selepas check-out dari hotel. Tapi tak terus balik. Sebelum balik, yang warga tua (kecuali saya, huhu) pekena Latte dan warga muda (termsuk saya , hehe) pekena ais-krim.


Pulang!!!!

 Dan si kecil ini , lena di pangkuan saya sepanjang perjalanan pulang. Sampai rumah krem (betul tak eja krem macam ini?=p) kaki saya sebab tak bergerak-gerak kerana memangku Irfan ni..

Erm, percutian kali ini memang oseeemmmmm!! Dan saya seronok dan saya tahu abang-abang saya , mak dan anak-anak buah saya semua pun seronok. Insya Allah , next vacation mungkin hujung tahun ini. Angah siap pesan ," Ok, semua boleh start kumpul duit ok." 

Semoga memori indah akan berulang kembali..
^_^

-NHH
(25:74)

Thursday, January 19, 2012

Hamba Yang Mukhlis

Ada seorang insan ini , yang sering kali dia lupa yang dia itu adalah hamba. Insan ini sering lupa bahawasanya dia hanyalah seorang kuli. Jelas dia seorang hamba, seorang kuli , jadi sepatutnya dia tidak berhak untuk mengingkari apa jua yang diperintahkan oleh tuannya. Tapi itulah dia , sangat mudah menjadi insan yang tak sedar diri! Dia memang tak sedar dek untung! Tuannya hanya meminta melaksanakan tugas yang telah diberikan, tapi tetap dia alpa dan tak buat tugas yang diberikan. 

Lantas bila dihukum , dia sering merungut. Marah-marah. Tapi bila tuannya menghadiahkan sesuatu atau memberikannya cuti , mulalah tuannya itu dipuji. Dan sering kali dia lupa mahu berterima kasih pada tuannya itu. Hamba ini , kuli ini memang tak sedar diri! Bila susah , dengan muka yang tak tahu malu , dia akan merayu-rayu,menangis-nangis mengadap tuannya meminta bantuan. Tapi bila tuannya suruh , dia selalu sekali malas!!

Hamba itu.. kuli itu.. 
Adalah...
SAYA !!

Saya tidak malu untuk mengakui yang sayalah hamba yang sering lupa pada Tuan-nya. Kerana apa? kerana saya sering tidak bersedia untuk diuji dan kadang kala , saya sering mempersoalkan apa yang telah terjadi kepada saya (Sedih). Dalam ketaatan saya pada-Nya , pernah juga saya mempersoalkan kewajaran diri saya ini diuji. 


Iya!Taat tetap taat tapi adakah ketaatan saya selama ini ikhlas ? Ikhlaskah ibadah saya padaNya selama ini ? Saya sedari hakikat yang ikhlas itu adalah rahsia Allah swt. Dan ternyata ikhlas itu sulit sekali. Dan 'sulit' itulah musuh ikhlas yang paling besar. 

Saya lupa status saya pada Tuhan saya yang mana saya ini adalah hamba-Nya. Justeru kerana itu , saya memang layak diuji dan menerima apa yang saya terima pada saat ini. Status yang saya miliki ini (status hamba) melayakkan saya untuk diuji dengan seberat-berat ujian dari Pemilik Hamba ini. Saya perlu mengingatkan diri saya sendiri yang mana saya bersujud adalah kerana saya inis seorang hamba,milik Allah swt.

Harusnya saya ini belajar untuk tersenyum menerima segala ujian yang diberikan kerna dengan ujian itulah keikhlasan saya akan dapat dirasai. Musibah dan ujian yang datang menimpa saya itu adalah tanda Allah swt mahu berbicara dengan saya. Mahu saya bermanja-manja dengan-Nya. Bagaimana saya boleh melupakan semua itu ? (Airmata mengalir laju T_T). Lulus ujian ini akan meningkatkan darjat saya tapi MASIH TETAP SEORANG HAMBA.

Saya lupa , prasangka buruk yang saya rasakan dalam hati ini , tidak berbicara dan bermanja dengan Tuhan akan menyebabkan jiwa saya hancur binasa.Malunya saya!! Malu sangat !!

Saya mendakwa saya menjaga pergaulan kerana DIA. 
Saya mendakwa saya boleh menjadi anak yang solehah kerana DIA. 
Saya mendakwa saya menjalankan ibadah saya kerana DIA.
Terlalu banyak dakwaan saya ini. Boleh menangkah di mahkamah Allah swt nanti ?

Tapi
Saya sebenarnya telah terlupa.Dalam pada saya yang kononnnya menjaga pergaulan , kadang kala saya sering terleka. Kononnya dengan mendakwa saya menjaga pergaulan , saya sangkakan saya tidak layak untuk diuji. Saya selalu menyangka saya perlu terima yang baik-baik saya. Dalam pada saya mendakwa saya anak yang baik , itu bukan jaminan yang saya ini tidak layak untuk dikeji manusia. 

Garis yang memisahkan antara seorang manusia yang baik dan manusia yang ikhlas itu adalah sangat nipis. Mungkin boleh dikatakan ibarat rambut dibelah 7. Kerana itu , saya merelakan diri saya diuji lagi dan terus diuji dengan ujian yang tidak disangka-sangka untuk menzahirkan keikhlasan itu. 


"Patutkah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata :'Kami beriman' , sedang mereka tidak diuji?" 
(29:2)

Ya Allah..
Bicara dengan ku. Ku tahu bicaraMu itu untuk menyedarkan aku dari terus alpa. Bicara Mu itu  menyedarkan aku , bahawa hati ini harus puas kerana mengikhlaskan rasa kehambaan kepadaMu.

Saya mengingatkan diri saya dan kawan-kawan semua ,bahawa walau setinggi mana ibadah yang kita lakukan , tanpa jiwa hamba itu, segalanya tidak akan bermakna. Hamba itu sentiasa sedar dirimua memiliki dan tidak dimiliki. Hamba itu sedar dirinya sentiasa layak diuji.Kerana kita adalah hamba! Kerana itu , hapuskanlah rasa memiliki itu!!

-NHH
(25:74)

Sunday, January 15, 2012

Untuk Kamu.. Hati

Untuk kamu yang bernama hati
Kenapa begini ?
Kenapa?
Kenapa sering kali kamu goyah ?
Kenapa kamu berbolak balik?
Sekejap ke sana
Sebentar ke sini

Duhai kamu yang bernama hati
Aku tahu kamu sering cemburu 
Cemburu tatkala melihat itu dan ini
Cemburu bila melihat yang itu kelihatan indah
Cemburu bila melihat yang di sana jelita
Sehingga kamu berani-berani untuk mencuba 
Walaupun kamu tahu
Jika begitu dan begini, itu bukan kamu duhai hati

Wahai kamu yang bernama hati
Aku tahu kamu sering kali berbelah bahagi
Kamu bimbang bukan ?
Bimbang jika tindakan kamu mengundang negatif 

Biar aku berikan ubatnya
"Mintalah fatwa dari hatimu sendiri duhai hati"
Itulah pesan kekasih paling manis
Muhammad saw

Ingatlah duhai kamu yang bernama hati
Kebaikan itu adalah sesuatu yang membuatkan hatimu berasa tenang
Dan bila kamu tidak tenang wahai hati
Kamu tahu apa maksudnya

Justeru itu wahai hati
Jangan pernah takut
Jangan pernah gentar
Selagi mana hatimu itu tenang
Dan selagi ianya berlandaskan syariat
Lakukanlah! 

-NHH
(25:74)

Inche Cintan Puan Cintun

Kalian pernah menyintai?Pernah dicintai? Saya yakin 100% ,semua orang pernah dicintai dan menyintai. Betul tak ? Jangan tipu. Jika kalian tidak pernah menyintai,saya yakin kalian  sedang dicintai sekarang ini. (senyum)
Kenapa saya begitu yakin?Nanti akan saya berikan jawapannya di akhir entry.

Kenapa tiba-tiba saya mengutarakan soal dicintai dan menyintai?Erm, sebenarnya saya tertarik dengan 1 kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang ustaz dalam salah satu rancangan yang mana saya lupa nama rancangannya, hehe. Ustaz itu bertanya ?

"Yang manakah lebih sakit? Dicintai atau menyintai?"

Kata-kata ustaz itu terngiang-ngiang di telinga saya dan berlegar-legar di kotak pemikiran saya. Selama ini , saya tidak pernah terfikirkan persoalan ini dan soalan ini buat saya terfikir-fikir. 

Mencintai..Dicintai.. mungkin kalian akan terfikirkan tentang mencintai dan dicintai dari perspektif couple muda mudi zaman moden ini. Ok! Itu boleh diterima dan dijadikan sebagai contoh.Saya mahu bawakan dalam perspektif yang lebih luas. Yang lebih mendalam. Saya tidak akan berikan jawapan yang manakah lebih sakit kerana saya mahu kalian merasakannya sendiri.Saya berikan contoh yang paling dekat dengan kita. Isu couple. (Kalau saya gunakan isu ini , mesti ramai yang senang faham.Betul tak ?)


Baiklah. Bayangkan kalian dicintai oleh seseorang. Apa yang kalian rasa? Mesti rasa teruja tahap dewa-dewa kayangan, ada rasa feeling-feeling kacak dan menawan dan macam-macam lagi. Kan..kan..kan. Ok. Itu disatu pihak iaitu pihak dicintai. Tapi bagaimana pula di pihak mencintai ? Bagaimana pula bila diri kalian sendiri yang mencintai seseorang? (Sila bayangkan cowok/cewek yang kalian cintai =p).Kalian rasa bahagia tak ? Bahagia kan. Lebih-lebih lagi bila kalian bukan setakat mencintai TAPI kalian juga dicintai kembali!Memang selalu lah senyum seorang diri kan.

Tapi apa yang kalian rasa bila kalian mencintai tapi TIDAK DICINTAI kembali? Sakit atau tidak ?Jangan tipu kalau kata tidak sakit. Saya melihat pengalaman teman-teman saya bila mereka mencintai. Sehabis daya mereka mencuba untuk menyenangkan hati insan yang mereka cinta. Buat itu ini. Hantar itu ini. Dan macam-macam lagi. Tapi bila tindak balas yang diharapkan tidak seperti yang diimpikan , terlihat kecewa pada wajah. Rasa sedih pasti ada dalam hati walau sebesar zarah pun. 

Saya bawa kepada contoh yang lebih huge (baca : besar). Ibubapa. Bayangkan kita di posisi ibu dan ayah kita. Ibu dan ayah kita , haruslah sayang dan cinta pada kita kan. Ya! Kita mencintai anak-anak kita dan kita mahukan anak-anak kita menjadi anak yang soleh/solehah. Setiap hari kita berpesan 'Jangan tinggal solat' dan berbagai-bagai lagi nasihat , tapi akhirnya anak itu masih lagi tinggal solat, masih lagi melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, dan sebagai ibu bapa , kita pasti sangat sedih dan sakit melihat situasi itu. Tsunami bimbang mula melanda. Mulalah kita sebagai ibu bapa tidak senang duduk. Dan itu juga sakit.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah,dicintai itu sangat mudah. Tidak perlu lakukan apa-apa kerana kita hanya menerima jarang sekali memberi  tapi bila mencintai, ianya sangat sakit. Terlalu. Kerana kita sentiasa berfikir dan terus berfikir bagaimana mahu mengikat hati insan yang kita sayang biarpun ianya tidak berbalas.

Tapi , kita jangan pernah lupa. Ada yang lebih mencintai kita dan akan sentiasa mencintai kita iaitu kekasih kita yang paling sweet sekali. Allah swt. Inilah sebab kenapa saya yakin yang kalian semua sentiasa dicintai.Dia-lah yang tidak pernah putus dan tidak pernah berhenti mencintai kita sehingga Dia berikan segala apa yang kita mahu. Cuma cepat atau lambat saja dan kadang kala bila yang kita mahu itu tidak sesuai dengan kita , Dia gantikan dengan yang lebih baik.Setuju ? Untungkan kita kerana Dia mencintai kita dan kita dicintai olehNya. Dia beri  dan kita terima saja.Dia pun kadang-kadang 'sakit' juga dengan perangai kita yang tidak mendengar kata. Berulang kali ulang dosa yang sama. Dia kata jangan, tapi kita buat juga. 'Sakit' juga dia dengan kerenah kita tapi Dia itulah satu-satunya Kekasih yang tidak pernah jemu memberi cintaNya dengan kita walaupun sering kali kita ingkar. Kerana apa ? Kerana Dia sangat mencintai kita.

Tapi kita ? Dah cukupkah kita mencintaiNya? Sudah berapa banyak yang kita beri padaNya bukti kita mencintaiNya? Bila kita terasa 'sakit' sikit bila mencintaiNya, mulalah kita tidak komited lagi dengan cinta kita padaNya. (Baca : ditimpa musibah). Belajar-belajarlah untuk mencintaiNya lebih dari yang lain. Barulah akan terasa nikmatnya dicintai dan mencintai. 

Jika kita mahu dicintai, kita dahulu perlu mencintai.
Jika kita mahu menerima , kita dahulu perlu memberi.



-NHH
(25:74)

Friday, January 13, 2012

Tajam Berduri

Baru-baru , bila saya melayari laman mukabuku saya , pasti saya akan tertanya-tanya,perlukah saya menukar nama pena saya (Syauqah Mujahidah) kepada nama sebenar saya?Saya melihat teman-teman menggunakan nama sebenar mereka pada mana-mana laman sosial mereka,membuatkan hati saya bagaikan tertarik-tarik untuk berhenti menggunakan nama 'Syauqah Mujahidah' ini pada mana-mana laman sosial saya. Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk mencuba dahulu menggunakan nama asal saya pada laman mukabuku saya dan respon yang saya terima ialah..

"Eh.. Ingatkan siapa tadi.."

"Dah tukar ke? Patutlah tak kenal."

"Saya kenal Hidayah di luar, tapi dalam ini saya kenal Syauqah."

"Tak payah la tukar. Dah sebati dah dengan diri tu."

"Guna Syauqah je ok.."

Hmm

Percubaan selama seminggu dan akhirnya saya menukar kembali dari nama asal kepada nama pena. -> Syauqah Mujahidah. Dan saya akui, saya kadang kala lebih dikenali dengan nama pena saya berbanding nama sebenar saya sehingga ada yang memanggil saya dengan nama 'Syauqah' itu. Dan jika ada teman-teman yang keliru dengan nama asal saya , bila disebut nama seperti alamat link blog saya ini , Insya Allah mereka akan mudah untuk kenal. 

Nama 'Syauqah Mujahidah' ini telah saya gunakan sejak hampir 5 tahun dan ianya sudah sangat sebati dengan diri saya. Inspirasi dari novel Islami pertama yang saya baca iaitu 'SEINDAH MAWAR BERDURI' karya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Jujurnya , bermula dari novel tersebutlah yang telah memyedarkan diri saya dan membangunkan diri saya dari lena dan leka yang terlalu panjang. Novel itu dan penulisnya sendiri telah banyak memotivasikan diri saya dan sehingga kini saya tidak pernah lepas membaca karya-karya tulisan beliau. 

Ada yang bertanya, apa ertinya 'syauqah'?
Teman-temanku sayang , syauqah itu bererti 'duri'. (Senyum)
Dan mujahidah ? Saya kira mesti ramai yang mengerti maksud 'mujahidah' itu. 

Nabi saw bersabda : Mujahid ialah orang yang berjihad melawan nafsu kerana Allah swt
(Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Hibban)

Jadi pasti kalian dapat meneka maksud 'mujahidah' itu bukan ?(Mujahid itu lelaki, mujahidah itu wanita). Jika digabungkan 'Syauqah Mujahidah' itu , dapatlah saya definiskan sebagai 'duri si wanita yang berjihad melawan nafsunya. Erk? Lebih kurang la kan (sengih).

Dengan menggunakan nama yang berduri ini , saya sentiasa berharap dan berdoa dapat memagarkan diri saya dengan duri-duri yang tajam menghunus. Jujur,bukan mudah. Dan sering kali juga duri tersebut tumpul dan tidak mengeluarkan bisanya. Tapi saya sentiasa berusaha untuk itu. 

Erm takpelah. Perubahan itu perlunya sedikit demi sedikit bukan? Tidak perlu tergesa-gesa. Yang penting perlu komited (baca:Istiqomah) dalam menjalani.Yuk! Sama-samalah kita berdoa yang terbaik saya dan kalian =)

-NHH
(25:74)

Thursday, January 12, 2012

I'm back..Again..

Kadang-kadang rasa macam nak ketuk-ketuk saja kepala ni kan. Sekejap delete,sekejap buat balik blog baru. Hehehe. Tapi itulah , bila tiba pada urusan blog ini , kerap kali juga hati saya ini berbolak-balik. Saya sudah berblogging dari tahun 2008 lagi sehingga la sekarang. Tahun 2008 dan 2009 adalah tahun dimana saya sangat aktif berblogging,tapi menjelang 2010 sehingga sekarang,rasanya kadar kelajuan saya untuk berblogging semakin menurun. Dan sejak itulah saya kerap mendeletekan blog. Bila saya sudah berblogging , saya kekurangan idea untuk menulis. Jadi saya mengambil keputusan men'delete'kan saja blog saya. Kerana saya rasakan saya tidak bertanggungjawab kerana membiarkan blog itu tidak di'update'. Tapi bila saya sudah delete, mencurah-curah idea turun, menyebabkan tangan saya sangat gatal-gatal untuk menekan papan kekunci laptop (sengih).

Nak buat macam mana kan , Allah swt dah gerakkan hati saya untuk sekali lagi menebalkan muka untuk kembali berblogging. Aih, what can I say..When Allah says YES, I can't says NO.

W/bagaimanapun , semoga saya boleh terus komited untuk menulis dan terus menulis. Dan semoga apa yang bakal saya tuliskan nantikan , sedikit sebanyak boleh memberikan impak yang positif untuk semua.

"Wahai Yang membolak balikkan hati , 
aku mohon ketetapan iman dan pendirian yang teguh pada agamaMu"

-NHH
(25:74)