Pages - Menu

Thursday, November 22, 2012

Pilihan

Hidup ini satu pilihan bukan ? Saat kita celik mata,kita sudah mula membuat pilihan. Pilihan sama ada mahu bangun dari katil tidak. Pilihan mahu pakai baju apa pada hari ini. Pilihan mahu makan apa hari ini. Pilihan itu dan ini. Hidup ini memang adalah pilihan. Dan pilihan itu , kita sendiri yang memilihnya. Dari sekecil-kecil pilihan sehingga kebesar-besar pilihan. Kita yang pilih. 
KITA.
Bukan orang lain.
Dan akibatnya,kita juga yang perlu tanggung. Kenapa? 
Sebab ianya adalah pilihan kita sendiri. 

Tapi,untuk kita membuat pilihan-pilihan tersebut,Allah sudah merencanakan segalanya untuk kita. Setiap pilihan kita itu , sudah pun dalam pengetahuanNya. Walaupun sekejap-sekejap kita berubah pilihan,itu semua sudah sedia ada dalam pengetahuanNya. Dia tahu kita akan berubah-ubah pilihan. Dia tahu kita akan tetap dengan pilihan kita.
Bukankah Dia itu Maha Mengetahui? (Senyum)

Dan untuk saya,saya seorang yang susah untuk membuat keputusan. Saya tidak suka bila terpaksa memilih antara 2,antara 3,antara 4,antara 5 dan seterusnya. Untuk membuat pilihan itu, perit bagi saya. Kadang kala,pilihan yang simple pun,sukar untuk saya buat pilihan. Dan bila saya berfikir untuk memilih,mulalah saya membisu seribu bahasa. Jadi,lebih mudah jika semuanya dalam satu. Tiada dua,tiada tiga. Mudah untuk saya kerana tidak perlu memilih.

Kerana itu,saya lebih suka mengikut kata hati saya. Salahkah jika saya mengikut kata hati saya?
Ya. Mungkin ada yang tidak bersetuju jika saya mengikut kata hati.Orang kata ikut kata hati, mati.
Tapi biarlah,kerana itu pilihan saya. 

Biarkan saya memilih landasan mana yang menjadi pilihan saya.Andai saya mahu tetap di landasan itu tanpa bergerak kemana-mana pun, itu masih atas pilihan saya.
(senyum)

(mode : Masih keliru sama ada mahu menerima tawaran kerja itu atau tidak.Simple,tapi susah untuk saya memilih..*sigh)


~NHH
25:74

Saturday, November 3, 2012

Musim Berubah.

Asallammualaikum wbt.
Hai.. =). Keinginan untuk menulis di blog tidak dapat ditahan lagi,hehe. Kenapa? Inilah yang mahu saya kongsikan.


Sekarang ini musim sudah mula berubah kan. Sebelum ini musim panas, dan sekarang ini musim hujan pula.Hampir setiap petang hujan. Kadang-kala malam pun hujan juga. Sejuk. Saya bukan seorang yang suka tidur dalam keadaan yang berselimut,tapi bila dah musim hujan ini,memang berbungkus dengan selimutlah jawabnya. 

Tapi saat ini , ada satu musim yang sangat saya suka , hehe. Musim bersalin ,hehe. Tidak ada lagi musim berkahwin,ada itu memang ada,tapi kuranglah. Jika sebelum ini penuh di timeline mukabuku tentang update status perkahwinan rakan-rakan saya,tapi sekarang ini penuh di timeline perkembangan tentang kandungan rakan-rakan saya dan yang bestnya,mereka dah selamat bersalin dan melahirkan baby yang sangat comel...hoyeaahhhhh...*lompat-lompat bintang...

Tahniah kawan-kawan!
Psstt: Maaf ya,curik gambar permata hati korang..hehe


Muhammad Al Murthada
Comel kan..? Ini anak temanbaik saya yang sama-sama menuntut di KPTM dulu,Siti Muna Wajihah. Dah besar dah Redha. Tak sempat auntie Hidayah nak jumpa. Sempat kirim pos baju je dulu. Tapi mesti dah tak muat kan..hehe..Nampak la ada muka ummi dan abi nya..=)

Muhammad Awaluddin
Ini anak classmate saya ketika di UiTM, Muzaiyatun. Anak merdeka 2012 ,hehe. Lahir sama hari dengan Syarha Nur Fasihah,anak buah saya yang bongsu. Cuba tengok bibir tu. Merah. Rasa nak cium-cium je.. Aih...Memanglah sebijik rupa mama dia..Hehe..


Haa.. ini dia Muhammad Adam. Fresh lagi. 1 November 2012. Hehe. Permata hati  teman saya ketika menuntut di KPTM dan UiTM , Nabilah.Kalau nak tahu kisah ummi dan walidnya,sila baca DI SINI.. Comel sangat! Saya tenung banyak kali tengok gambar Adam ini. Rasa nak gigit-gigit je.
"Tapi Cik Nab,rasanya macam banyak muka walid dia ni..Hehe..=p..Ada sikit lah ikut muka kau..=p"

Hai..bila auntie Hidayah dapat pegang,dukung dan cium ini..? T_T..
Tapi yang bestnya,semuanya baby BOYYYYY..!! 
Boboi boyyyyy...!

Sangat-sangat teruja tengok kawan-kawan dan selamat jadi ummi,mama.Hehe. Siapa sangka kan,masa berlalu dengan pantas sekali. Rasa macam baru semalam ber"huha-huha",bertepuk tampar,gurau-gurau,ketawa-ketawa dengan mereka. Tup-tup hari ini , dah ada baby da.Hehe..
Apalah rasanya bila ada yang panggil "ummi","mama". Mesti pengalaman yang terindah kan. Saya ingat lagi pesan teman saya :

"Kau kena rasa pengalaman berkahwin,dan mengandung. Sangat oseemm."

Memang lah nak rasa tapi Allah suruh saya tunggu lagi. So,saya tunggu lah. Lagipun semua itu ada masanya. Insya Allah,sampai masa semua orang pasti rasa pengalaman itu kan.

Okey ummi..mama..selamat menjadi parents yang super oseemm k..! Didik junior-junior saya itu baik-baik k.. ^_^

NHH
~25:74






Sunday, October 28, 2012

Selagi Aku Masih Ada


*sila berhentikan dulu ya playlist yang di atas tu ya,kalau nak dengar lagu ini..
*Saya sebenarnya sangat tertarik dengan lirik lagu ini. Ada maksud yang tersurat dan tersirat.
*When someone shows effort to keep in touch with you, put effort to at least appreciate and welcome them in your life*
 Hargai Aku – Armada

Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku


Seringkali kau merendahkan ku 
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

~NHH
25:74

Saturday, October 20, 2012

Rindu Lagi

Rindu ini menggamit lagi. Tatkala saya melihat ianya di paparkan di kaca tv. Hati ini tersentuh lagi. Saat saya terdengar-dengar alunan suara dari sana. Kerana rasa rindu ini , membuatkan saya mencari-cari album gambar di dalam laptop saya, untuk melihat lagi detik-detik indah ketika di sana. Baru 4 bulan berlalu,tetapi setiap saat rindu itu pasti ada. Bukan kali pertama menjejakkan kaki ke sana,sudah kali kedua,tapi masih ada rindu. Masih ada rasa tidak puas. 

Ya Allah,rindunya pada RumahMu. Ya Rasul,rindunya ingin bertemu denganmu lagi. Rasa betapa hampirnya diri saya denganNya,betapa dekatnya saya dengan kekasih hati,Muhamad saw.Pengalaman berada di Mekkah dan Madinah,memang adalah pengalaman yang terindah sekali. Kalau mahu tahu pengalaman saya ketika berada di sana , klik ->KBC(1),KBC(2),KBC(3),dan KBC(akhir).

SAYA RINDU UNTUK KE SINI LAGI...!! (T_T)

Sungguh! setiap kali berbicara tentang hal ini,pasti seakan ada air yang bertakung dimata ini. Entahlah. Perasaannya sangat berbeza. Walaupun kali kedua saya kesini,masih saya rasa tidak puas. Saya rasa tidak puas untuk melihat Kaabah. Kalau mahu saya tinggal sebulan lebih di sana pun, jujur saya sanggup.

Salah satu tempat yang tenang. Rindunyaaaaa...!
Madinah.
(senyum)

Saya masih ingat lagi,seorang ustaz dari Indonesia di Mekkah pernah menyatakan,"Bersyukurlah kerana semua yang ada di sini hari ini,telah dipilih Allah untuk ziarah ke RumahNya". Saya rasa ketika itu seperti mahu menjerit kerana merasakan sayalah manusia paling bertuah kerana Dia memanggil saya. Walaupun dengan keadaan saya yang belum bekerja,dan masih belum punya pendapatan yang tetap,tapi bila saja Dia sudah memanggil,pasti akan ada cara untuk memenuhi panggilanNya. Pasti dibukakan jalan.

Saya sering terfikir,ramai yang punya wang yang banyak,tapi masih belum lagi pergi ke sana. Kenapa? Bila saya fikir sebaik-baiknya,walaupun punya duit yang banyak,tetapi jika Allah tidak bukakan pintu hati dan Allah tidak seru untuk ke sana,biarpun ada berjuta-juta dalam bank,tetap tidak akan pergi jika belum sampai masa.Tetapi jika Allah sudah seru,Allah sudah buka pintu hati,pasti akan dapat ke sana juga. Pasti Allah akan tunjukkan jalannya. Macam saya ini,hati asyik terbuka je nak ke sana , hehehe. Kalau sesiapa ajak ini,saya memang nak ikut je (sengih).

Saya sering mengingatkan teman-teman saya, sila pasangkan niat dan azam yang kuat untuk ke sana. Jangan hadkan masa. Kadang kala saya rasa nak gigit pun ada pada kawan-kawan yang mengatakan :"Tunggulah 10 tahun lagi,aku pergi lah." Jangan cakap begitu! Apa yang kita ucapkan,itu adalah doa. Seharusnya berlumba-lumbalah untuk ke sana. Insya Allah , pasti ada jalan. Niat itu penting.

Dan saya, saya pernah niat sesuatu di depan Kaabah dan saya berharap dengan sangat,niat saya itu akan tertunai.

Rindu nak mengaji di sini lagi
Memang takkan nampak orang lain baca majalah lain selain AQ 
^_^

Seronok bila melihat jutaan manusia ini berlumba-lumba bila dipanggilNya.

Saat ini , saya benar-benar berharap,impian saya untuk ke sana lagi.akan tercapai. Pernah saya terfikir untuk daftar haji , yelah,kalau daftar haji sekarang pun,belum tentu dapat pergi awal kan,silap-silap tahun 2040 baru dapat pergi (jika umur panjang),sebab kan kena ikut giliran,tapi emak kata ; " Kahwin dulu,lepas tu baru boleh daftar haji dengan suami." Gulp! Kahwin ini yang lemah ini. Entah bila,entah dengan siapa pun belum tentu. Tapi tak mengapalah , yang penting saat ini , SAYA MAHU KE SANA LAGI! titik!.

Semoga Allah restu
(senyum)

~NHH
(25:74)

Wednesday, October 3, 2012

Kasih Belum Termiliki

Asallammualaikum wbt. Erm, yang sebenarnya entry tentang ini sudah lama saya mahu tulis. Tapi macam teragak-agak juga saya mahu menulis tentang ini. Ideanya sudah ada,cuma mahu diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan itu yang bikin saya seakan teragak-agak. Tapi kebelakangan ini , isu ini semakin dekat di telinga saya. Jadi , saya gagahkan juga untuk menulis tentang ini. Tapi sebelum saya menulis lebih panjang lagi , sila baca perbualan-perbualan di bawah,antara saya dengan anak-anak saudara saya dan juga bibik abang dan kakak saya.

**********
Haiqal : Achu cepat dapat kerja,lepas tu cepat kahwin tau..*sambil cium tangan saya..
Saya : *senyum je

Alyssa : Achu, how old are you ?
Saya : 24
Alyssa : What?! 24 ?! Why don't you find a husband ?
Saya : *Gulp

Saya : Bibik bila balik Indonesia bik?
Bibik Angah : Iya lama lagi. Saya mahu nunggu Achu kahwin dulu.
Saya : Belum jumpa calon la,bibik.
Bibik Angah : Iya usahalah achu.

Saya : Kalau achu kahwin,nanti achu tak dapatlah nak tidur dengan korang lagi.
Hani : Alaaaaa,kenapa pula?
Saya : *Diam (macam tak berape penting untuk saya jawab)
Alyssa : Iya lah Hani , nanti achu kenalah jaga husband dia.

Bibik akak : Saya suka lah sama achu
Saya : Haa...? Kenapa pula bibik suka sama saya ?
Bibik akak : Kalau saya ada anak buah lelaki,mau saya jodohkan dengan achu
Saya : *Gulp (maaf bibik,taste saya lelaki buatan Malaysia bik)

Haa,kelakar kan?! (senyum). Ada saja yang buat saya tersenyum bila saya bersembang dengan anak-anak buah saya. Baru saya sedar, yang masa telah 'membesar' bersama anak-anak buah saya. Dan isu 'kahwin' juga semakin 'membesar' dalam hidup saya bila menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan,ada kawan-kawan yang bertunang dan lain-lain. Dan saya tak nafikan , isu 'bila mahu kahwin?' akan jadi topik yang sangat best untuk disembangkan dengan keluar bersama dengan kawan-kawan. Kalau jumpa saja,pasti akan bertanya ;" kau bila nak kahwin,Dayah?".Dan ianya sesuatu yang mencabar untuk dijawab..Bila pakcik-pakcik makcik-makcik tanya 'bila mahu kahwin'? Jawapan yang saya mampu berikan ialah "doakan eh!" atau "nanti-nantilah",sambil tersenyum. Hehe..itu saja jawapan paling kukuh yang saya mampu beri. Saya tidak ada jawapan lain lagi. Teringat saya bila Kak Zue sms saya dan tanya samada saya ada perancangan untuk berkahwin atau tidak. Aduh! Kakak, perancangan untuk berkahwin memerlukan 2 orang , kalau seorang takkan jadi.

Jujur ya saya katakan , bila sebut tentang kahwin , saya sedikit takut.Suka tapi saya sedikit takut la. Ada beberapa sebab. Pertama, kerana ia bukan tentang kahwin saja,ian tentang TANGGUNGJAWAB. Pada saya bila kita membuat keputusan untuk berkahwin , kita mesti sudah bersedia untuk TANGGUNG + JAWAB di hadapan Allah nanti. Kerana perkahwinan ini bukan setakat di dunia , ia melibatkan akhirat juga. Saya juga pernah bertanya soalan yang saya boleh kategorikan sebagai 'soalan bodoh' kepada bff saya ketika hari raya tempoh hari. Soalan saya ; "Lepas kahwin kena buat apa ea ?". See! Saya terfikir-fikirkan apa yang saya kena buat bila sudah berkahwin. Selepas berkahwin , kita akan berurusan dengan seorang lagi manusia. Kita akan menguruskan seorang lagi manusia. Dan menguruskan manusia ini lebih 'complicated' dari menguruskan mesin! Saya selalu terfikir saya tidak mampu menguruskan seorang suami itu dengan baik. Saya selalu terfikir,mampu ke saya nanti jadi isteri yang baik? Jadi isteri yang taat? Jadi isteri yang menyenangkan suami ?

Tanggungjawab itu sudah satu hal. Hal yang kedua ialah tentang malu. Erk? Baru-baru saya bertanya pada pengantin baru,Kak Ain ; "Kak,apa perasaan bila bangun pagi ada seorang lelaki asing yang bernama suami tidur kat sebelah?" And jawapan Kak Ain ;" Kalau suami pandai handle,ok je dayah". Hai ya Allah,malu nye!!. 

Dan yang utama ialah tentang calon. Aih, cakap tentang calon ini memang berat pada saya. Nak tahu? Saya TIDAK MENCARI CALON pun. Kenapa? Entah. Saya pun tak tahu. Bila ada kawan-kawan yang berusaha mencari calon, saya tidak. Macam mata ini ada hijab pula.(saya bukan les***n ok!!)Nak kata ada calon, memang tidak ada pun. Bukan mudah untuk saya cari calon yang boleh menerima saya seadanya. Saya bukan perempuan yang suka untuk keluar berdua bercinta atau berdating dan sebagainya..no..no..no.. Bercinta itu tidak salah,tapi cara bercinta itu yang perlu diperbetulkan.Merindu itu tidak salah,tapi bagaimana cara menyalurkan rasa rindu itu tu,yang akan menentukan salah atau tidak. Kalau rindu,mengadulah padaNya. Kalau cinta,minta padaNya. Honestly,kalau melibatkan soal hati ini,memang susah kan. Ada masanya hati ini susah nak berubah.

Hati ini milik Allah. Dia yang ciptakan. Hakikat penciptaan sesuatu itu, yang mencipta itu lebih tahu tentang apa yang diciptakan. Jadi,jika ada hati yang mahu dimiliki,minta padaNya sebab hanya Dia tahu bagaimana nak tackle hati yang kita mahu. 

Kerana itu saya rasakan diam itu lebih baik. Saya biarkan Allah uruskan segalanya untuk saya. Saya sudah berusaha sehabis daya saya selama beberapa tahun ini , and now,let Him decide.!
Tapi dalam pada saya biarkan Dia decide,saya masih lagi 'penunggu yang setia'..
Hmm..


~NHH
25:74

Wednesday, September 19, 2012

Bawa Ia Pergi

Senyuman yang dilemparkan,kadang kala cuba untuk menyembunyikan duka yang sering kali bertamu. Yang jelas,keceriaan yang dipamerkan berjaya menutupi rasa hati. 

Kebelakangan ini , rasanya saya banyak sekali mengalirkan airmata ini. Sendiri. Saya bukan orang yang mudah untuk mempamerkan airmata ini dihadapan orang lain. Jika boleh saya tahan,saya akan tahan. Tapi entah,kebelakangan ini , banyak kali saya mengalirkan airmata di dalam bilik air. Bilik air adalah tempat paling sesuai untuk mengalirkan airmata kerana selepas ia dikeluarkan , basuh saja muka. Selesai. Tidak akan terperasan oleh yang lain. 

Tidak perlu saya ceritakan apa ujian yang menimpa , cuma saya rasa , saya mahu segera keluar dari ujian ini. Dari dugaan ini. Sudah hampir beberapa bulan saya menahan diri menghadapi dugaan ini , memaniskan wajah menipu mata-mata yang melihat,dan kini seberapa boleh , saya mahu lari dari ujian ini. Sebab saya bukan insan yang tabah. Sekuat mana saya cuba menabahkan hati , ada masanya , pasti akan kalah juga. 


Sejujurnya , saya mohon padaNya supaya segera bawa dugaan ini pergi dari saya. Kerana saya sudah terlalu letih. Terlalu letih untuk berehat lagi. 

NHH
~25:74

Sunday, September 16, 2012

Sabar Yang Berpenghujung

Sabar.. Sabar.. Sabar.. dan sabar. Kadang-kala rasa tak boleh nak sabar juga bila ungkapan sabar itu diucap berkali-kali di cuping telinga. Sungguh! Saya jemu. Saya tertekan. Rasanya ungkapan sabar itu sudah tidak lut lagi di telinga saya. 

Saya tahu, cerita kita tidak mungkin sama. Cerita kamu..cerita saya..cerita mereka. Berbeza. Sangat berbeza. Ujian dan dugaan yang kita hadapi juga akan berbeza. Takkan sama. Kerana perbezaan itu , maka kesabaran kita juga adalah berbeza. Kesabaran saya..kesabaran kamu...kesabaran kalian. Mungkin kalian dapat bertahan sehingga ke titik akhir perjuangan kalian. Dan mungkin saya tidak. 

Saya mohon. Diberikan kesabaran untuk terus bersabar. Kerana saya sendiri tidak tahu, sampai bila saya akan bertahan dengan kesabaran yang sudah semakin menipis. Tapi saya yakini satu hal, Allah tidak akan biarkan kesabaran saya itu sia-sia.

"Dan sungguh,akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" 
(Al-Baqarah : 155)

Seperti kata Ustaz Rahmat Abdullah (Filem Sang Murabbi)
"Sabran ala sabran" (bersabarlah di atas kesabaranmu)


NHH
25:74

p/s: Tolong ya Allah,permudahkan dan percepatkan urusan rezekiku

Thursday, September 6, 2012

Welcome To The Family Dear

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Saya bersyukur  sangat-sangat padaNya di atas kehadiran insan baru dalam keluarga saya (senyum). Di saat orang lain sibuk nak menyambut merdeka , saya pula teruja mahu menyambut kehadiran orang baru. 

Alhamdulillah,pada 31 Ogos yang lepas,kakak saya selamat melahirkan permata hatinya yang ketiga yang juga merupakan cahaya hati saya yang ke-12. Fuh! Dalam masa 11 tahun, saya sudah mempunyai 12 orang anak saudara (kesat peluh kat dahi). Alah,baru 12 orang kan. Sikit lagi tu, hehe.

Walaubagaimanapun, syukur sebab semuanya berjalan dengan baik. Kakak saya pun ok. Tidak ada kena jahit kat mana-mana. Saya yang berada di rumah ni, punyalah teruja nak tunggu kakak saya pulang untuk berpantang sebab saya tak sabar nak jumpa baby baru. Hanya emak saja yang pergi teman kakak saya di Bangi. Saya masih menjalankan tugas menjaga si bujang Irfan ni ha.. 

Dan akhirnya setelah seminggu saya menunggu,hari ini kakak saya pulang. Yeah! Akhirnya dapat jumpa baby baru saya (sambil lompat2.*ok! mengadanya)

 With my new niece,Syarha Nurfasihah
Comel kan? hehe

 Selamat datang baby ke dalam keluarga kecil ini :-)
Kita tunggu saja progress baby Syarha ni,heee

*NHH
25:74

Tuesday, September 4, 2012

Serabut

Aih..
Nampak macam berserabut pula blog ini kan dengan design yang baru ini. Saja saya mahu gunakan design yang baru , tapi malangnya untuk saya , sebab tak berapa nak pandai edit sana sini. Minta maaf ya kalau klik sana sini , tapi tak keluar apa-apa pun..hehe..

Nanti lah saya edit.Insya Allah. Sekarang bukan dalam mood nak edit. 
Jumpa lagi nanti..
(^_^)

Thursday, August 23, 2012

Cerita Inche Syawal Saya

Sudah pun masuk Syawal yang ke-5.(Senyum). Alhamdulillah , setakat ini semuanya berjalan dengan baik untuk saya dan keluarga. Syawal kali ini , seperti yang pernah saya katakan, saya menyambutkan dengan cara yang sangat sederhana. Dan sangat simple. 


Saya sangat gembira untuk Syawal kali ini kerana rumah saya dikunjungi oleh ramai teman-teman sekolah saya. Berbanding tahun lepas tahun ini lebih meriah. Tahun lepas hanya ada seorang dua saja yang berkesempatan ziarah raya ke rumah saya, dan konvoi raya pun hanya sehari saja dan tidak ramai yang ikut serta.


Tapi untuk Syawal kali ini , selama 3 hari rumah saya tidak sunyi dengan kehadiran teman-teman sekolah saya. Dan selama 2 hari berturut-turut saya berkonvoi bersama teman-teman saya. Tambahan pula , kebanyakan teman-teman sekolah saya yang datang ziarah raya ke rumah saya , adalah bekas anak murid emak saya. Erm,rancaklah lagi kami bersembang. Emak pun mula lah interviewnya pada bekas-bekas anak muridnya (senyum).

Saya sebenarnya tidak menjangkakan kehadiran mereka secara mengejut kerana setahu saya mereka sudah pun berbincang tentang konvoi raya ini dalam group di muka buku (baca: Facebook),tapi tup..tup..seorang teman saya menghubungi saya , dan beritahu akan sampai ke rumah saya dalam masa 1 jam. Apa lagi , tergesa-gesa lah saya menyiapkan apa yang patut dan laju saja saya capai jubah dan tudung. Bila datang secara mengejutkan ini , memang tak banyaklah hidangan yang dapat saya sediakan , makan apa yang ada sajalah. 


Syawal kedua di rumah saya =)

 Kita biar husband  and wife yang duduk k , hikhik

Macam gambar pasukan bola pun ada..=p


Maaf lah gambar gegar sikit..hihi..
Cameraman gigil kot tengok kami ni..=p

Bersama teman baik saya , Ana =)


Ini di rumah teman saya yang sudah berkahwin tu.
Banyak kucing kat rumah die, hihihi..

Untuk konvoi raya syawal kedua ini , masa tidaklah lama sangat , sebab konvoi bermula pun lepas Zohur sampai ke Maghrib. 

Haaa, syawal ke3 ni , memang lama sikit. Dari pagi sehingga ke petang. Letih betul. Mana taknya , setiap rumah yang kami pergi , dekat 1 jam lebih baru balik, hehe. Mungkin sebab kami sekelas dan banyak yang nak dikongsi bersama.
Syawal ketiga di rumah saya =)
Ini semua adalah kawan sekelas saya ketika di sekolah menengah. 
Kecuali si kecil yang di tengah itu lah , itu adik si kembar,teman saya. Perasan kan yang mana satu kembar ? =p
Gambar atas : Di rumah si kembar , Syud dan Syida. Dan juga rumah cikgu kami. Mamanya dulu ajar kami math di sekolah , hehe. 
Gambar bawah ; Rumah Izati.. Senang je nak tahu mana satu tuan rumah , yang tak pakai baju raya tu lah tuan rumah,=p.

Finally. This girl. =)
Inilah my bestfriend sejak dari kanak-kanak lagi. 
Inilah teman zaman kanak-kanak saya =). Sempat sekolah rendah bersama tapi sekolah menengah lain-lain.Saya paling banyak cerita pada dia. Banyak dah saya cerita pada dia ini. Dan dia senang faham apa yang saya nak dia faham. Good listener for me.
Yang jadikan kami ini unik sebab minat kami banyak yang sama. Minat pada kereta yang sama. Tapi of course lah dia dah beli dulu. (Takpe,tunggu sikit lagi. Cuma warna je lain, hikhikhik).
Dan banyak lagi lah persamaan kami khasnya dari segi minat. Kadang-kadang tak perasan pun , bila dah cerita-cerita, baru terperasan. (Senyum). Kalau dengan dia , selagi tak cukup 2 jam , memang takkan berhenti sembang,kadang-kadang lebih.

Sekali lagi , alhamdulillah. Saya sangat suka dengan kehadiran teman-teman saya untuk Syawal kali ini. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN KERANA SUDI DATANG (^_^)

 Ini dalam hati ada jugalah mengharap kehadiran teman-teman KPTM/UITM kan..=p. Tapi saya fahamlah kenapa mereka tak dapat datang (senyum). Mungkin kalau rumah saya area KL, mereka akan datang. Ini Segamat kan. Masing-masing ada halangan sendiri. 

Dikesempatan ini , saya juga ingin mengucapkan "Eid Mubarak 1433H" kepada semua teman-teman terbaik saya. Mohon maaf salah silap sepanjang perkenalan. 
Taqabbalallahu minna wa minkum

Mohon teman-teman semua jaga diri baik-baik ya. Yang sedang belajar , belajar molek-molek. Yang sedang bekerja, kerjalah rajin-rajin. Yang sedang training , semoga semuanya dipermudahkan. Yang sedang tanam anggur, sabar jelah =p.

Insya Allah , ada jodoh,kita jumpa lagi.
(^_^)

~NHH
25:74

Friday, August 17, 2012

Hati Ini Tidak Di Situ

Masih meniti hari-hari terakhir bersama Ramadhan. Pilu pula rasa bila sudah hampir sampai ke penghujungnya ini. Bila dah nak berada di penghujung,mulalah timbul rasa menyesal kerana tidak buat ini,tidak buat itu.

Bagaimana dengan Ramadhan kawan-kawan semua?
Saya?
Erm,sedihnya kerana Ramadhan saya sungguh tidak produktif. Dan kerana ketidakproduktif itulah menyebabkan saya biasa-biasa saja untuk menyambut Syawal kali ini.

Untuk Syawal kali ini , saya memang benar-benar menjadi seorang yang sangat bersederhana. 
Tidak ada baju raya baru.
Tidak ada kasut baru.
Semua tiada yang baru. 

Bila emak bertanya tentang baju raya, saya hanya menjawab..
"Pakai jubah hitam je. Lagipun baju raya tahun lepas boleh pakai lagi."

Bila emak bertanya tentang kasut raya, saya menjawab..
"Pakai je kasut yang selalu pakai pergi jalan tu. Yang pakai pergi Umrah tu pun boleh pakai lagi."

Entah.
Hati saya seakan tidak berada di situ. Tidak berada dalam mood untuk Syawal. Macam ada sesuatu yang saya hilang. 

Tapi,walaubagaimanapun, ada 2 perkara yang sangat-sangat mengujakan saya untuk Ramadhan kali ini. (Senyum)


Tersenyum saya tatkala mendapat message dari teman ini. Perubahan yang sangat-sangat menggembirakan hati saya. Dalam bulan Ramadhan ini , telah datang beberapa orang kepada saya, dan mereka menyatakan hasrat mereka untuk bertudung. Masya Allah! Rasa nak menangis pun ada.
Cuma yang buat saya sedikit segan kerana mereka meminta nasihat dari saya. Saya bukan siapa-siapa yang handal untuk memberikan nasihat. Yang mampu saya berikan hanyalah sokongan dan kata-kata semangat supaya teman-teman saya bisa istiqomah..bisa kuat.

Alhamdulillah.
Dari yang tidak bertudung , sudah bertudung.
Dari yang bertudung singkat, sudah mula belajar bertudung labuh.
Syukur..syukur..syukur..
Saya rasa tak sabar nak jumpa mereka ini sebab nanti nak peluk mereka sampai lemas =p.

Itu yang pertama. Yang keduanya, saya banyak polish skill memasak emak. Saya suka memasak, tapi bila ada masterchef ni , rasa macam tertahan-tahan je nak memasak..hehe..
Erm, tak tahu apa yang menyeru saya, saya sangat teruja untuk membuat dessert untuk Ramadhan kali ini.eheh~~
Aih..hari-hari ada saja yang layari web myresepi dan cari resepi untuk membuat dessert. Puding roti lah.. Puding caramel lapis coklat lah..aiskrim gorenglah..macam-macam lah..
Dan semua dessert yang saya buat, itu adalah percubaan kali pertama. Dan bila percubaan kali pertama itu menjadi, melompat sampai ke bintang lah kan..hikhikhik..
Terima kasih juga untuk my senior , Kak Amy Ozie (ni nama fb ni, hehe), sebab share resepi puding caramel tu..hehe

Tahu tak apa yang paling seronok sekali bila kita memasak ?
Apa yang buat saya tersangat happy bila mak dan kakak ipar saya approve semua dessert yang saya buat.
Rasa macam nak terjun laut je..=p.

Apa-apa pun,Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya tapi belum habis lagi ya. Ada lagi sehari lagi sebelum kita semua menyambut Syawal. Harapnya kita semua tidak sia-sia masa yang singkat yang kita miliki ini untuk memohon keampunanNya.

Come on!
Just one last push!!

~NHH
25:74

Friday, August 3, 2012

Kosong

Usai solat Asar
Saya memandang langit yang mendung.
oh! Memang kegemaran saya melihat langit selain dari laut dan pantai.

Memandang langit yang mendung. Tanpa rasa. Kosong.
Bagaimana semuanya akan bermula?
Dan bagaimana pengakhirannya?

Dan saya?
Saya rasa kosong.

Sunday, July 29, 2012

Jangan Menangis ya Sayang

Dengan namaNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tidaklah Dia menguji hamba-hambaNya jika Dia tahu hambaNya tidak mampu menanggungnya.
Salam cinta berbunga rindu buat pecinta terhebat,Muhamad bin Abdullah.

Malam ini , hati saya sangat-sangat tersentuh melihat sesuatu di ruangan muka buku saya (baca: facebook). Melihat satu gambar yang dikongsikan oleh seorang rakan buat mata saya berair-air. Sebenarnya , jarang mata saya ini berair bila melihat apa-apa gambar yang di share di facebook,tapi hari ini laju saja airmata saya mengalir.(Nasibbaik dapat cover depan mak,:-P)

Dan naluri saya sebagai seorang perempuan atau lebih tepat lagi naluri sebagai seorang bakal ibu (Insya Allah, satu hari nanti lah kan,tak tahulah bila dan dengan siapa kan)saya terus menulis entry ini,dengan mengharapkan secebis pertolongan dari kalian yang membaca entry ini.

Apa yang ingin saya mohon dari kalian adalah tentang ini..

Kanak-kanak ini..

Kanak-kanak ini telah membuatkan airmata saya mengalir laju. Pilunya hati saya melihat si kecil ini yang belum lagi mengenal dunia apatah lagi mengenal erti kesakitan. Saya tidak mahu lah bayangkan perasaan ayah dan ibunya kan. Jika saya ini yang tidak melahirkannya pun sudah terasa sedih,apatah lagi ayah dan ibunya kan.

Tapi saya yakini, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik ujian ini untuk si ayah dan si ibu.

Jadi, kawan-kawan..
Yang mungkin sudah menjadi ayah atau ibu
Yang bakal menjadi ayah atau ibu satu hari nanti
Yuk! Kita bersama-sama doakan si kecil yang comel ini
Kita mohon kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan si kecil comel ini
Supaya si kecil comel yang tidak lagi mengenal erti sakit ini dapat mengenal erti nikmatnya kehidupan yang Allah sediakan untuknya.
Kita doakan supaya kanak-kanak ini sembuh dan membesar menjadi anak yang soleh.
Kita mungkin tidak mampu nak membantu dari segi kewangan tapi dengan doa inilah bantuan yang terbaik kita boleh berikan. Kita minta terus daru Allah supaya si kecil yang comel ini boleh berlari-lari seperti kanak-kanak yang lain. Dan semoga ayah dan ibunya juga diberikan ketabahan yang tidak berbelah bahagi.

Ya kawan-kawan ya!
Kita doakan sama-sama ea?! 
Saya mohon.. dan saya berharap

Dan untuk si kecil yang comel ini..
Jangan menangis ya sayang..
Allah swt sentiasa bersamamu

~NHH~
25:74

Thursday, July 26, 2012

Indah

Saya sangat terkesan dengan kata-kata ini..

"Setiap perkara akan INDAH bila tiba waktunya"

(senyum)
YA! Memang akan indah bila tiba waktunya. Cumanya sebagai manusia,kita perlu banyak bersabar dan teruskan berdoa.

Saya yakini itu,kerana saya belum jemu lagi menunggu keindahan-keindahan yang akan terjadi.
Semoga semuanya akan indah untuk semua bila tiba waktunya.


Saya terus berdoa,dan merayu padaNya , mengharapkan keindahan itu.

~NHH~
25:74 


Wednesday, July 25, 2012

Dia Dah Sampai

Hoyeaahhh..Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt , akhirnya Ramadhan datang lagi. Eh? Dah masuk hari ke 5 kita menyambut Ramadhan dan saya baru mahu menulis tentang Ramadhan? Erm, tak mengapalah kan. Biar lambat daripada tiada langsung kan. Ini entah virus apa yang menyerang saya boleh demam pula. Dah 2 hari dah. Mak suruh berbuka saja , tapi no..no..no..

Jadi , apa yang saya nak ceritakan tentang Ramadhan yang superb best kali ini? Nak cerita tentang betapa eksitednya saya menyambut Ramadhan kali ? Tiap-tiap tahun pun teruja juga nak sambut Ramadhan. Tapi saya tahulah , ada kawan-kawan saya yang teruja sambut Ramadhan kali ini sebab dapat sambut Ramadhan sebagai seorang isteri,ada yang sebagai seorang ibu dan juga sebagai seorang bakal ibu.*tepuk-tepuk tangan

Kemain lagi senyum sampai ke telinga bila saya tanya perasaan sambut Ramadhan kali ini pada teman saya..

"Alhamdulillah Hidayah, kali ini lebih bermakna sebab dah berdua..=D"

Iya..iya..saya faham perasaan itu walaupun saya belum mengalaminya..ok bye!

Saya tidak tahu lah kenapa tapi untuk Ramadhan kali ini , saya punya teruja itu macam lain macam. Saya takdanya nak teruja dengan baju raya dan lain-lain tapi saya lebih pada Ramadhan untuk tahun ini. Bila mak tanya baju warna apa tahun ini , jawapan saya..

"Hitam. Jubah yang beli kat Mekkah dan Madinah tak pakai lagi. Pakai baju tu je"

As simple as that. 
Entahlah , tahun ini saya lebih memilih untuk bersederhana menyambut Syawal. Tapi keterujaan saya melompat-lompat untuk Ramadhan. Saya mahu jadi lebih produktif untuk Ramadhan kali ini.Tak mau dah macam tahun-tahun lepas. Dan saya men'target' untuk khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. 

Fuh! Macam juling air juga lah saya lihat buku cerita Allah itu kan tapi bila saya ingat kembali , saya boleh khatam Al-Quran dalam masa 2 minggu ketika di tanah suci , takkan dalam masa 30 hari saya tidak boleh khatam kot. 1 hari 1 Juz'. Ini bermakna setiap kali selepas solat fardhu,kena baca 2 helai = 4 muka Al-Quran. Insya Allah , dapatlah khatam nanti. Tapi saya ingatkan juga diri saya ini , nak khatam pun, tajwid & makhraj kenalah betul =_=. Belajar..belajar..belajar...

Apa-apa pun , setiap orang perlu jadi produktif di bulan Ramadhan ini. Sebab? Sebab itu tanda Allah swt sayang pada kita. Bukan kah kita semua ini pendosa? Banyak buat dosa kan? Jadi , Allah swt berikan bulan 'keampunan' pada kita ini supaya kita boleh minta ampun banyak-banyak padaNya dan Allah swt mesti akan ampunkan. 

Dan yang bestnya lagi di bulan Ramadhan ini , Allah swt makbulkan doa kita, hehe.
Dalam berjuta-juta lemon doa kita , pasti Allah swt makbulkan salah satu doa kita.
Jadi.. 
Berdoalah dan bersabarlah!

Erm,oklah.Nanti kita sambung lagi k. 
Apa-apa pun Selamat Menyambut Ramadhan buat semua kawan-kawan terbaik saya , buat kawan-kawan yang mungkin sedang belajar,buat kawan-kawan yang mungkin sedang bekerja,buat kawan yang mungkin sedang menjalani training di darat ke di laut ke, dan seluruh umat Islam di luar sana.


Yuk! Tingkatkan produktiviti Ramadhan kita. 
Jangan biarkan Ramadhan berlalu secara sia-sia. 
Rugilah jika Ramadhan berlalu dan keadaan kita masih lagi sama.

~NHH~
25:74

Tuesday, July 17, 2012

Kembara Bumi Cinta (Akhir)

Lagi 3 hari kita akan menyambut Ramadhan dan saya sangat teruja tentang itu. Jadi hari ini , saya mahu sudahkan kisah kembara saya ke bumi cinta..Madinah dan Mekkah ^_^
Jadi bolehlah pergi ambil ice blended blue coral bersama-sama dengan twistis ok. Boleh juga kunyah-kunyah sambil baca entry saya yang memang sumpah sangat panjang ini..hehe

Hampir seminggu berada di tanah suci Mekkah, aktiviti yang rutin yang dilakukan oleh penduduk Mekkah hanyalah berniaga..berniaga dan berniaga. Dan 90% peniaga adalah lelaki. Ada juga saya melihat peniaga wanita, tapi wanita-wanita yang berniaga itu adalah secara tidak sah. Mereka berniaga di luar-luar masjid. Apabila polis datang saja , dapat dilihat bertempiaran mereka melarikan diri. 

Hotel saya pula terletak betul-betul di tepi jalan raya yang maha sibuk +_+.
Sebenarnya di Mekkah sekarang , banyak bangunan-bangunan dan hotel-h,otel yang sedang dirobohkan. Kerajaan Arab saat ini sedang mahu memperbesarkan lagi kawasan Masjidil Haram. Jadi banyaklah hotel-hotel yang dirobohkan. Mujur juga hotel yang saya duduki ini belum lagi dirobohkan tapi saya dapat rasa, bakal dirobohkan. 
Inilah pemandangan dari bilik hotel saya. 
Kerja-kerja merobohkan bangunan sedang dijalankan. Hari-hari saya perlu melalui kawasan berdebu ini untuk ke masjid.


Menara Jam tertinggi di dunia.
Terletak betul-betul di hadapan Masjidil Haram

Hari-hari saya di Mekkah hanya dipenuhi dengan amal ibadah.
Ke masjid..solat..jalan-jalan.
Itu saja. Memang ketika di sana , kita semua tidak akan terfikir hal-hal dunia ini.
Bila terdengar saja azan berkemundang , berpusu-pusu manusia menuju ke masjid. Memang berbezalah kat Malaysia ini. Kalau tak pergi Masjidil Haram untuk solat memang malulah. Gila taknak pahala solat kat Masjidil Haram?!! Tempat yang dimakbulkan doa.

Selepas solat Isyak!
Lautan manusia.Semua kelihatan sama kan. 

Saya biasanya akan ke masjid 45 minit atau 1 jam sebelum masuk waktu. Saya dan emak memang suka pergi awal. Bukan apa,kalau saya dan emak pergi 30 minit sebelum masuk waktu pun, pasti susah nak dapat tempat untuk solat. Terpaksa solat atas lantai. Bila solat di atas lantai , kemungkinan untuk tempat sujud dipijak dan kepala di langkah adalah sangat besar. Dan lagi , terpaksa solat bersebelahan dengan manusia yang berbagai bangsa. Bau badan tak payah cakaplah ya. Allah swt sajalah yang tahu betapa susahnya saya nak jaga hati saya ini dari mengata yang tidak-tidak. =_=.

Bila saya dan emak datang awal , biasanya saya akan solat sunat dan lakukan beberapa solat sunat yang lain,kemudian mengaji.

 Ofkosesss la Al-Quran itu teman saya sepanjang di tanah terchenta ini kan..

Alhamdulillah , saya dapat khatam Al-Quran di Mekkah (senyum).
Kalau duduk dalam Masjidil Haram itu,memang takkan nampak pemandangan lain melainkan pemandangan orang solat dan mengaji. Dan kalau saya dapat solat di tingkat atas,saya suka melihat pemandangan manusia-manusia melakukan tawaf di sekeliling Kaabah. Senangnya hati bila lihat Rumah Allah itu ^_^. Bila lihat Kaabah saja dah beribu-ribu pahala dapat. Sambil-sambil itu berdoalah dalam hati kan..hehe.

Pemandangan sementara menunggu waktu solat
Oh. Lupa nak cakap , di Mekkah,boleh je bawa masuk camera,hehe.
Tapi kena pandai-pandai cover juga,takut polis wanita check tapi jaranglah mereka check. Tak seketat di Masjid Nabawi. ^_^

Saya kadang kala pelik dengan cara bangsa Arab solat,mungkin sebab mazhab berbeza kot. Maaf lah , tapi kadang kala solat saya tak khusyuk kerana perkara itu. Ada sekali saya memerhatikan mereka solat sunat, dan kebetulan si anak kecilnya menangis dan merengek-rengek di tempat sujud ibunya. Ibunya rukuk dan selepas rukuk,untuk sujud itu, si ibu boleh angkat si anak dan letak ke tepi kemudian sujud.. ??????. Saya dah mula terpinga-pinga. Situasi lain saya melihat si ibu mendukung si anak sambil solat.
Angah pernah cerita dia pernah terlihat seorang pak Arab membalas sms ketika sedang solat. Hahhh???! Bukan dah batal ke solat kalau macam tu?
Erm..

Saya tidak nafikan lah , wanita-wanita Arab ini memang cantik-cantik dan anak-anaknya memang comel, hehe. Saya teringat satu kejadian ketika saya sedang berjalan-jalan bersama emak dan angah di salah sebuah mall yang terletak berhadapan masjid. Kebetulan emak dan angah sedang leka sangat pilih kurma dan saya pula leka memerhatikan seorang anak kucing yang berwarna hitam. Sangat comel! Hehe.

Si hitam yang comel

Sedang saya leka itu , datang beberapa kanak-kanak perempuan Arab yang saya kira berusia dalam 7-9 tahun dan mereka mengusik-usik anak kucing tersebut. Kanak-kanak itu takut sebenarnya tapi saya lihat anak kucing itu pun takut,hehe. Mungkin kanak-kanak itu sangka anak kucing itu nak mencakar agaknya. Saya pun datang pada anak kucing tersebut dan mengusap-usap anak kucing tersebut. Kucing kalau diusap-usap teruslah jadi manja kan. Bila anak kucing itu jadi manja dengan saya terus kanak-kanak perempuan arab itu menghampiri saya dan cuba juga nak mengusap anak kucing tersebut. Kanak-kanak perempuan itu perhatikan saja muka saya. Saya pegang tangan kanak-kanak perempuan itu dan ajarnya bagaimana nak mengusap kucing tersebut. Dapatlah dia usap sikit-sikit tapi dia macam takut-takut juga. Saya bangun untuk beredar dan salah seorang dari kanak-kanak itu dari tadi saya lihat di memang khusyuk je pandang wajah saya. Sebelum beredar saya senyum saja pada dia, saya tak tahulah dia tahu saya senyum atau tidak sebab saya berpurdah, tapi dia balas kembali senyuman saya. So, saya rasa dia tahu lah saya senyum kot..hehe..sebab saya kalau senyum mata saya akan jadi macam sepet/mengecil.

Saya tidak alami apa-apa kejadian yang aneh-aneh pun ketika di Mekkah ini melainkan beberapa orang yang jumpa saya akan kata muka saya ini "familiar". Saya pun pelik sebab mereka bukan lihat wajah saya pun sebab saya berpurdah. Ada yang kata saya ini pelakon. Haaa... itu memang saya tak tahan nak tergelak.

Erm, ada satu kejadian yang saya tak boleh lupa apabila ditegur oleh seorang pemuda Arab. Kejadian berlaku sewaktu saya baru habis tawaf sunat selepas subuh. Kebetulan saya angkat  bahagian belakang telekung saya. Sewaktu sedang berjalan itu , saya terdengar seorang menjerit-jerit "sumayyah..sumayyah.." dari belakang saya. Apa yang saya tahu , wanita atau pemuda Arab ini memang akan memanggil orang Malaysia "Summayah". Kebanyakannyalah. Waktu itu saya dapat rasa yang pemuda itu memanggil saya. Belum sempat saya menoleh , pemuda itu sudah berada di sebelah saya , dia menunjukkan isyarat bahagian belakang serbannya. Oh! Saya faham dah. Dia maksudkan bahagian belakang telekung saya. Saya raba-raba bahagian belakang saya,sebab nak kata nampak aurat saya , saya rasa tidak sebab saya berjubah yang longgar tapi rupa-rupanya, RAMBUT SAYA TERKELUAR!!...jeng..jeng..jeng..(Haaaaa..hamek! Getah rambut jatuh entah ke mana).

Waktu itu , malunya Tuhan saja yang tahu. Laju saja saya turunkan telekung saya dan pemuda itu pun pantas  berjalan. Saya rasa macam nak sorok muka dalam telekung saja. Sepanjang saya dalam perjalanan pulang ke hotel itu , saya terfikir juga,pemuda di sini (Mekkah) kalau nampak aurat perempuan , punyalah takut dan laju saja akan menegur supaya tutup tapi kalau di Malaysia , berapa ramai pemuda Malaysia yang akan buat begitu?!!

Sepanjang di Mekkah , saya dan jemaah yang lain dibawa melawat beberapa tempat yang bersejarah seperti  Jabal Nur,Jabal Thur,Jabal Rahmah dan tempat-tempat untuk mereka yang menunaikan Fardhu Haji.

Jabal Thur.

Di atas gunung itulah terletaknya gua di mana Nabi saw bersembunyi bersama Abu Bakar ketika Baginda saw dikejar oleh Kafir Quraisy. Ingat lagi kan peristiwa dimana Abu Bakar menutup lubang di dalam gua itu dengan kakinya (ada riwayat yang mengatakan dengan tangan) untuk melindungi Nabi saw dari dipatuk ular( ada yang mengatakan kala jengking)

Saya tidak dapat nak ambil gambar Jabal Nur dimana terletaknya Gua Hira',tempat dimana Nabi saw menerima wahyu yang pertama. Kami semua hanya lalu disitu, tidak berhenti pun.

Jabal Rahmah.

Inilah tempat saya agak tertunggu-tunggu juga nak pergi. Jabal Rahmah. Tempat dimana Nabi Adam dan Hawa dipertemukan. Tapi saya terkilan sikit sebab tak dapat naik sampai ke atas. Sebab? Abang-abang saya tak mahu naik. Adeh! Memang lah mereka taknak naik,semua anak dah 4 orang.. =_=.
Angah siap cakap pada saya,"Haa..doa cepat".. ceitt..!
Ada orang yang cakap , di Jabal Rahmah ini bagus berdoa untuk mohon jodoh , tapi itu hanyalah pandangan orang Asia. Lagi baik berdoa di dalam Masjidil Haram,tempat yang memang termakbulnya doa berbanding berdoa di sini. Tapi saya doa juga lah..=p..

Teruja sangat saya jumpa unta ni..Hehe..
Sangat jinak. Panggil saja dia datang dekat.

Susu unta. Maaflah  senget pulak..hehe.
Nasib baik tak beli air kencing unta. Ada juga di jual.

Jangan terasa pelik. Seluruh tubuh unta itu punya khasiat dari tulang hinggalah ke air kencingnya. Percaya atau tidak, air kencing unta baik untuk ubati penyakit kanser. Dan susu unta ini baik untuk membersihkan perut. Habislah 1 botol saya minum susu unta ini. Angah siap minum 2 botol. Lepas itu, berebut bilik air lah saya dengan angah kan..=_=..

Muzium.

Engsel pintu Masjidil Haram

Telaga zam-zam pada zaman dulu

Insya Allah , inilah Masjidil Haram pada masa akan datang.
Sekarang ini sedang dalam pembinaan.Memperbesarkan lagi Masjidil Haram
^_^

Masjid Ja'ranah
Niat miqat di sini untuk umrah.

Alhamdulillah,sepanjang di Mekkah saya dapat melakukan 3 kali umrah. Jujur saya katakan, saya sangat senang setiap kali melakukan umrah.Penat memang penat kerana terpaksa berjalan pusing 7 pusingan Kaabah dan saie 7 kali, tapi entahlah,hati saya senang sangat. Dan saya rasa tidaklah lama pun untuk melakukan umrah. Kurang dari 2 jam sudah selesai ^_^.

Dan saya juga dapat melakukan 3 kali tawaf sunat. Semuanya saya lakukan selepas solat subuh. Kalau tawaf sunat ini , takperlu berada dalam ihram pun. Dan saya tak tahulah berapa kali saya menangis ketika melakukan tawaf. Memang airmata saya mudah je mengalir bila melakukan tawaf. Susah nak berhenti menangis bila berada dekat dengan Kaabah ini. Hati pula tak berhenti-henti mohon pada Allah.Macam-macamlah saya minta (Tak malukan saya ini?!!).. Tapi saya cover jugalah menangis,tak nak emak nampak..=p.


 Jambatan yang menyambung terus ke tingkat 2 dan 3 Masjidil Haram

Air zam-zam.
Di sini , guna air zam-zam untuk ambil wudhuk. Nikmat sungguh!

Tawaf sunat terakhir saya pada kali ini

Tawaf wida' @ tawaf selamat tinggal.Lepas ini dah kena balik hotel bersiap-siap untuk pulang.Saya,emak dan abang-abang saya saja ikut jalan jauh nak keluar dari Masjidil Haram semata-mata nak lihat kaabah lama-lama. Saya menangis lagi bila kaki ini melangkah pergi meninggalkan Kaabah. Sedihnya Tuhan saja yang tahu sebab tak dapat lihat Kaabah lagi.Entah bila akan dapat lihat lagi. Walaubagaimanapun , saya ada niat sesuatu ketika di hadapan Kaabah,insya Allah niat saya akan tertunai satu hari nanti,jika Dia izinkan. ^_^

Dan sebagaimana saya datang,begitu jugalah saya meninggalkan kota Mekkah Al-Mukkaramah. Kami semua menaiki bas ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah dan penerbangan saya berlepas selepas isyak.

Perjalanan pulang.
Dah siang dah waktu ini. Dah nak sampai Malaysia.

Selamat Tinggal Kekasih Hati
Saya pasti datang lagi..Insya Allah..
T_T

NHH
25:74

Thursday, July 12, 2012

Kembara Bumi Cinta (P3)

Asallamualaikum wbt. 
Hai there! 

Alhamdulillah,masih diberikan ruang dan masa untuk menyambung kisah kembara saya ke bumi cinta.(Senyum). 

Ok,tak perlulah saya perpanjangkan lagi cerita,biarlah saya terus kepada kisah saya ya. 

Selepas bersiap-siap, saya dan jemaah yang lain pun bertolaklah dari Madinah ke Mekkah dengan menaiki bas. Kami bertolak selepas Zohur. Dan dalam perjalanan ke Mekkah itu , kami semua singgah di Bir Ali dahulu, untuk niat miqat di situ. Di masjid Bir Ali , saya solat sunat ihram 2 rakaat dan langsung niat ihram umrah. Selepas menaiki bas,di dalam bas itu sepanjang ke Mekkah , kami beramai-ramai membca lafaz talbiah. eh! Tak lah sepanjang perjalanan kan,hehe.Letih lah mulut kalau nak baca talbiah sepanjang 5-6 jam perjalanan itu.
Dan bila dalam keadaan ihram ini lah , mulalah kepala saya gatal la,macam-macam lah.Rasa nak garu saja. Tapi saya terpaksa berhati-hati,takut ada rambut yang gugur,kalau gugur,nanti kena dam. Jadi , saya memang menjaga pantang ketika di dalam ihram itu.



Pemandangan dari Madinah ke Mekkah.
Padang pasir saja.
Erm,agaknya macam manalah ya Nabi saw berhijrah dari Mekkah ke Madinah?!
Mengharungi padang pasir dengan hanya menaiki unta.

Saya sampai di Mekkah sekitar jam 11 malam. Sewaktu dalam perjalanan ke hotel, saya sebenarnya sangat sangat sangat dan sangatlah tertarik dengan satu bangunan itu. Bangunan itu memang tertutup habis. Ada tingkap tapi tingkapnya juga tertutup. Saya mula tertanya-tanya bangunan apa itu? Pada awalnya saya sangkakan ianya penjara tapi macam tak logik penjara di tengah-tengah bandar.

Tapi rupa-rupanya bangunan itu ialah universiti khas untuk perempuan sahaja.
Menurut kata mutawwif indonesia (merupakan pelajar yang sudah 5 tahun menetap di Mekkah) yang membawa rombongan kami itu, universiti perempuan itu tertutup sepertimana tertutupnya wanita-wanita arab itu.
Subhanallah...!!
Hati saya waktu itu..erm...
Kita semua tahu bukan , wanita-wanita arab ini memang tertutup habis. Dengan pakaian hitam dan purdahnya.Mungkin ketika di dalam universiti itu mereka bebas untuk tidak memakai purdah dan membuka aurat sesama mereka.
Tiba-tiba datanglah mood mengada-ngada saya nak belajar di situ kan =p.

Bila kami sampai di hotel, check-in dan rehat selama 30 minit. Terus berkumpul semula di lobi hotel untuk melakukan umrah. Fuh! Penat tak penat lah,tapi lagi cepat selesai umrah lagi lah bagus sebab dah lepas dari pantang dalam ihram. Walaupun mata saya mengantuk,saya gagahkan juga untu melaksanakan umrah di tengah malam itu.

Walaupun penat , perasaan teruja itu tetap ada. Sebab?
Sebab mahu ke rumah Allah. Mahu melihat kaabah lagi. Itu yang saya jadi segar walaupun mata mengantuk. 
Suasana di Mekkah memang berbeza sedikit dengan Madinah.Madinah lebih tenang berbanding Mekkah. Mekkah agak sibuk sedikit. Ditambah hotel saya betul-betul di hadapan jalan. Keluar hotel saja dah jalan raya. 

Walaupun jam dah hampir tengah malam,tapi manusia memang tak putus-putus ke Masjidil Haram. 
Tak putus-putus manusia melakukan tawaf ataupun umrah.
Perjalanan dari hotel saya ke Masjidil Haram jauh jugalah. 15-20 minit. Tapi dari hotel saya nampak dah Masjidil Haram itu.
Masuk saja ke dalam Masjidil Haram , mata saya melilau nak tengok Kaabah.

Subhanallah...!!!!!!
Satu pemandangan yang sangat sangat indah!!!
Teramat indah..!!
Ditambah pula waktu malam kan..
Memang cantik!!
Mengalir lagi airmata saya melihat Kaabah. Perasaan inilah yang saya alami ketika melihat Kaabah pada tahun 2005 dulu. Di tempat yang sama. Perasaan ini lah!

Ketika itu , jatuh terus sifat-sifat riak,bongkak atau apa-apa sajalah sifat mazmumah yang ada dalam diri saya ini. 
Saat melihat Kaabah itu, saya tahu sayalah hambaNya yang paling banyak buat dosa,paling banyak mungkir janji saya denganNya,paling jahil,paling bodoh..Itulah saya!!
Ketika itu yang ada hanyalah sifat rendah diri dan perasaan nak mohon ampun padaNya itu rasa membuak-buak. Macam nak terkeluar pun ada hati saya ini.

Waktu pertama kali melihat Kaabah ketika itu , dalam hati saya tidak putus-putus berdoa.Macam-macam doa yang saya lafazkan. Tak tersusun doa-doa saya. Punyalah gelabahnya ketika berada di depan Kaabah itu.

Apa-apa pun , kami semua selamat menyelesaikan umrah untuk hari itu. Sekitar jam 2 pagi. Erm, disebabkan tahun 2012 ini adalah kali kedua saya menunaikan umrah, umrah saya pada kali ini dikira umrah sunat saja. Bukan umrah wajib. Bukan seperti Along dan Angah. Mereka pertama kali menunaikan umrah,jadi ia dikira umrah wajib bagi mereka. Selepas ini kalau mereka menunaikan umrah lagi , baru dikira umrah sunat. 

Memang banyak perubahan pada Masjidil Haram ini. 
Tempat saie saja sudah ada 3 tingkat. Pada hari itu , kami melakukan saie di tingkat paling bawah sekali. Mulanya saya macam pelik juga kenapa tempat saienya macam lain dari yang dulu. Seingat saya , waktu tahun 2005 dulu, tempat saie ini dekat dengan tempat bercukur. Keluar saja di pintu Marwa,ada banyak kedai untuk bercukur bagi lelaki. 
Tapi kali ini , langsung tidak ada. Rupanya sekarang ini , saya saie di tingkat tanah. Kalau dulu , saya saie di tingkat 2.


Tempat permulaan saie di tingkat 2.

Oklah ya!
Berhenti dulu ^_^

Monday, July 9, 2012

Saya Rasa Nak Geget Diri Sendiri

Di saat lampu bilik sudah dipadam,dengan di temani inche beruang coklat yang gebu setinggi lebih kurang paras pinggang,(sedap peluk time tidur ni,hikhik) saya cuba ambil sehabis banyak mood untuk tulis entry ini. 
Erk?

Mood untuk menulis tentang apa yang saya rasa saat ini dah lama dah datang serunya,cuma hari ini saja yang saya macam meronta-ronta nak menulis.
Tapi sebelum ini , saya minta maaf kerana ini bukannya sambungan Part 3 untuk "Kembara Bumi Cinta" saya. Insya Allah,sambungan untuk entry itu akan saya tulis kemudian.

Tapi untuk entry ini,ada sesuatu yang saya nak luahkan.

Saya tidak tahu mengapa,tapi kali ini saya bagaikan tidak sabar-sabar mahu menulis di sini. Di laman blog saya ini. Ada satu rasa yang saya kira saya mahu terjemahkan dalam bentuk kata-kata.

Saya perasan dan sedar,sejak kewujudan twitter,saya banyak sekali menulis di twitter. Senang cerita, saya banyak update status di twitter,atau nak bahasa lagi booom boom bastik, saya lebih banyk membebel di twitter.

Saya membaca status-status yang dinaiktarikh(baca:update) oleh rakan-rakan saya.
Jujur ya, saya suka membaca status mereka. Tentang perasaan mereka,tentang rasa marah mereka,tentang kecintaan mereka,tentang kesedihan mereka,dan tidak kurang juga yang update begini -> "Ok,nak buang air". Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, banyak yang dikongsikan di Twitterland itu.

Tetapi..
Saya yakini satu perkara. Dalam sifat keterbukaan kita semua bercerita itu dan ini di Twitterland itu , pasti ada sesuatu yang kita rahsiakan. Betul tak?
Sebab tidak semua perkara kita boleh ceritakan di Twitter. Tidak semua!
Jauh di sudut hati , ada yang kita simpan sendiri.

Tidak semua perkara yang kita tidak nampak itu tidak ada. Kadang kala ia sukar diluahkan dengan kata-kata. 

Saya kira,saya termasuk dalam golongan tersebut. Sebab saya juga suka bercerita di Twitter,tapi sebenarnya ada sesuatu yang saya nak sangat ceritakan di Twitter tapi perasaan itu saya tahan. 
Kerana menahan rasa ini lah , saya rasa hati saya sakit sangat. Sakit bila ianya tak dapat saya luahkan. 

 NAK SAYA CERITAKAN DI TWITTER..?!!!
Memang tak lah.

Tapi saya tahu , satu saat nanti , saya akan luahkan juga.
Saat itu , biarlah ia meletup-letup..!!
Saya sudah dah tak kisah.

Untuk masa ini, saya mohon doa agar Dia tolong saya. Jangan sampai saya terlepas kata.
Semoga Dia ampunkan dosa saya.



Saturday, July 7, 2012

Kembara Bumi Cinta (P2)

Asallammualaikum wbt.
(Senyum)

It's me again! 
Kalau lihat tajuk , pasti dah boleh teka kan yang saya mahu menyambung entry yang lepas kan..hehe.
Jadi ,kalau sesiapa yang agak-agak macam sesat (baca:lost),sila rujuk entry yang lepas


Seperti yang saya katakan dalam entry yang lepas, daripada airport Jeddah itu , jemaah semua di bawa ke Madinah dengan menaiki bas. Seharian dalam kapal yang boleh terbang itu , memang buat saya letih. Sepanjang malam itu , saya tidur saja di dalam bas. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa kira-kira 6- 7 jam juga. Dan saya sampai di Madinah sudah hampir subuh.




Hotel yang saya tinggal di Madinah.
Durrat Al-Fayroz
Tak jauh pun dari Masjid Nabawi ,dalam 10 minit jalan kaki dah sampai.

Hari pertama di Madinah, insan pertama yang saya temui, semestinya bertemu Kekasih Hati tercinta, Muhamad saw..*Hoyeah..hoyeahhh..
Jangan tanya macammana perasaan saya. Susah nak cakap dengan perkataan. 
Bercampur baur. Excited. Sedih.

Yang paling buat saya tak dapat tahan airmata ialah bila berada di Raudhah (taman syurga dunia),berhampiran dengan makam Nabi saw. Ustazah yang bawa kami semua itu cakap ;
"Nabi saw lihat wajah-wajah yang datang menziarahi Baginda saw".
Ketika itu , saya rasa air mata saya laju mencurah-curah sebab saya tahu , Nabi saw lihat wajah saya. SAYA. Umatnya. 
Saya menangis dalam senyuman dan dalam hati saya tidak putus-putus berdoa untuk Baginda Saw. 
Saya rasa macam Baginda saw benar-benar ada di hadapan saya.
Saya rasa hina sangat sebab saya tahu, saya ini antara umatnya yang jahil dan bodoh.

Walaumacammanapun , saya bersyukur kerana saya dalam solat hajat 3x di Raudhah.*lompat-lompat bintang..eheh. Raudhah adalah antara tempat yang dimakbulkan doa. Dan makam Nabi saw bersama 2 orang sahabatnya Umar dan Abu Bakar,termasuk dalam kawasan Raudhah.

Hari-hari seterusnya , kami semua di bawa melawat beberapa tempat yang bersejarah di Madinah seperti Bukit Uhud,Ladang kurma,Masjid Quba.

 Bukit Uhud.
Di sini lah terjadinya peperangan Uhud, di mana tentera Islam 
telah dikalahkan oleh tentera Kafir Quraisy.

Ok!
Nampak bukit tu, yang ada ramai orang tu.
 Itulah bukit dimana Nabi saw mengarahkan beberapa orang tentera Islam supaya berkawal di atas bukit itu dan jangan turun dari bukit tersebut. Tapi,arahan Nabi saw itu diingkari,dan mereka turun dari bukit tersebut bila melihat ramai tentera yang mati dan mereka mahu mengutip sisa-sisa harta yang ada. Pada ketika itulah , tentera Kafir Quraisy menyerang dan tentera Islam telah kalah

Yang buat saya nak tergelak bila lihat bukit itu ialah, sewaktu saya ke sini tahun 2005 , saya mati-mati ingat inilah Bukit Uhud. Tapi kali ini baru saya tahu, yang ini bukan Bukit Uhud,sebaliknya bukit Uhud ialah bukit yang kelihatan seperti gunung itu. Yang di belakang bukit tu. Dan sangat besar dan tinggi bukit Uhud ini. 

Selepas ziarah ke Bukit Uhud ini , terus kami semua di bawa ke ladang kurma. Wahhh....! Sangat seronok! Banyak coklat. Dan kurma tak payah cakaplah,memang banyak. Selain kurma ajwa (juga dikenali sebagai kurma Nabi saw), banyak lagi kurma yang lain.


Berkotak-kotaklah mak cik-mak cik pak cik-pak cik borong coklat dan kurma kan.

Masjid Quba

Saya berada di Madinah selama 3 hari saja.
Hari terakhir di Madinah , saya bersama emak,Along dan Angah melakukan ziarah selamat tinggal untuk Nabi saw. Along dan Angah semestinya masuk ke Raudhah.Lelaki bila-bila masa boleh masuk ke Raudhah itu. Untuk wanita , ada waktu-waktunya. Sebab itu untuk ke Raudhah ,wanita-wanita biasanya berebut-rebut. Lelaki boleh relax saja.
Jadi saya dan emak hanya ziarah selamat tinggal di luar.

Ziarah Selamat Tinggal
Di bawah kubah hijau itulah terletaknya makan Nabi saw

 Saya kongsikan beberapa keping gambar ketika saya di Madinah ya. 
Mahu ambil gambar di dalam Masjid Nabawi , tapi peraturannya sangat ketat. Tidak boleh bawa kamera atau handphone yang ada kamera ke dalam masjid. Habis seluruh tubuh saya di raba oleh polis wanita Arab itu. Kalau lelaki , memang boleh saja. 
Tapi walaumacammanapun , terlepas juga lah sekali saya bawa kamera masuk dalam masjid,hehe.
Puas saya baca doa supaya tidak dikesan , hehe.
Nasib baik lah kan.Salah satu sebabnya bila saya boleh lepas ialah kerana saya berpurdah. Bila berpurdah ini,polis-polis wanita arab ini kurang periksa sikit. Raba-raba sikit terus beri masuk.

 Di hadapan gate masuk

 Perkuburan Baqi'

 Di luar kawasan Masjid Nabawi

 Jual beli selepas waktu solat.
Bila tiba waktu solat,kosong.
Habis waktu solat,penuh.
Sekelip mata sahaja.

Bersama emak dan angah.

 Along,emak dan angah

Pemandangan di hadapan masjid.
Hotel saya terletak di bangunan sebelah kiri.
Bangunan yang nampak ada tingkap warna biru tu.

Dan selepas ziarah selamat tinggal, saya pulang ke hotel, untuk bersiap-siap memakai pakaian ihram kerana
kami semua akan bertolak ke Mekkah al-Mukarramah...

Jadi,selamat tinggal 
MADINAH AL-MUNAWWARAH..
Selamat tinggal buah hati tersayang
MUHAMAD SAW
Akan datang lagi..pasti!

To be continue...