Pages - Menu

Wednesday, September 21, 2016

Jangan Jatuh


Hari ini,saya membawa 1 kelas saya ke taman. Sebagai 'reward' kerana mereka siap homework yang saya beri. Hmmm,saya sebenarnya memang jaraaaang sangat bawa mereka ke taman melainkan pada waktu P.E (physical exercise).

 Saja hari ini saya bawa mereka ke taman tetapi hanya untuk yang siap homework dan bawa buku sahaja. Yang tertinggal atau tak siap memang kena tinggal dalam kelas lah jawabnya. Memang pantang betul saya bila ada student yang tak bawa buku atau tak siap homework TANPA alasan yang kukuh. 

Ok. Sambung kepada isu yang asal,heee.

Sewaktu di taman,saya perhatikan anak-anak saya seronok sangat bermain.  Mereka ini tahu je peraturan yang saya tetapkan bila nak bermain di taman,tapi biasalah kan,budak-budak. Mana yang tak berlari-lari kan.. 

Awalnya pada waktu mereka bermain "monkey bar" saya banyak kali berkata :

"Nanti jatuh..nanti jatuh..nanti jatuh"

Tapi bila dah banyak kali cakap, lama-lama saya diam. Tiba-tiba muncul awan atas kepala saya yang mengingatkan saya tentang sesuatu. (Ok,awan tu tipu je,kihkihkih)

Kemudian,saya terus mengubah ucapan saya kepada anak-anak saya :

"Boys,hati-hati."

Instead of saya asyik bercakap "jangan,nanti jatuh" lebih baik saya tukar ucapan saya kepada "berhati-hati".

Kata -kata itu satu doa kan. Kalau saya asyik sebut nanti jatuh,nanti tak pasal-pasal jatuh betul-betul anak-anak saya. Lebih baik saya pesan supaya lebih berhati-hati. Hmm,macam saya cakap sebelum ini,budak mana yang tak berlari kan,pergi mana-mana pun berlari. Inikan pula pergi taman.

At some point,saya rasa,kita selalu terlepas pandang hal ini. Kan? Kan?

Mungkin dah sampai masa kita tukar sikit cara percakapan kita.


Tc Hidayah
1 Ibnu Rusyd
11.47am

Friday, August 26, 2016

Kesilapan

Masa rehat.

Saya berehat di meja saya sambil membelek-belek handphone. Lebih tepat lagi , belek facebook dan instagram..heeee..

Tiba-tiba seorang pelajar kelas saya datang menghampiri saya.

Ummar : Teacher Hidayah , boleh ke kalau Ummar nak hantar buku latihan yang teacher beri semalam?

Saya : Yang homework tuition tu ke ?

Ummar : Aha.

Saya : Hmm..boleh.

Ummar : Ok teacher, saya ambil kejap.

Ummar pun nak berlalu pergi untuk pergi mengambil buku tersebut. Dan tiba-tiba saya berkata ,

"Muhammad, kejap lagi kan teacher masuk kelas BM, Muhammad hantar waktu tu lah ,"

erk ? tergamam sekejap saya.

Muhammad ?
Muhammad tak datang sekolah hari ini. Boleh pulak saya tersebut nama dia. Mana taknya, yang paling rajin datang jumpa saya dalam teachers room ini,memang Muhammad je.

Allah.. ;(.

One day, saya akan cerita,siapa Muhammad.
;)

Teachers Room
2.28pm

Tuesday, August 9, 2016

Ikan Paus

Hari ini saya mengajar pelajar saya,bagaimana untuk membina ayat berdasarkan frasa yang diberi. Expectation saya, mereka boleh lakukan dengan baik. Kerana mereka boleh membina ayat berdasarkan gambar tanpa diberikan frasa.

Selesai mengajar, saya beri latihan dan seorang demi seorang menghantar buku mereka di meja guru. Sambil menunggu yang lain siap, saya menanda buku pelajar yang sudah selesai latihan mereka. Saya menandakan buku seorang pelajar,namanya Mujahid.

No. 1- Ok.
No.2- Not bad ayatnya
No.3. Nice.

No.4 - saya termenung sekejap membaca ayat yang dibina. Frasa yang saya beri ,

'Ibu - menggoreng - ikan'

"Mujahid, sini kejap," panggil saya. Mujahid datang menghampiri saya.

"Cuba Mujahid baca ayat yang Mujahid tulis," saya menyerahkan bukunya.

"Ibu menggoreng ikan paus di dapur," Mujahid baca sambil tersenyum-senyum. Saya sebenarnya nak tergelak, tapi saya tahan.

"Mujahid, tahu tak ikan paus?" tanya saya.

Mujahid mengangguk. Saya menyambung lagi, "Mujahid, ikan paus besar kan. Macam mana nak masuk dalam kuali ? macam mana nak goreng?"

Mujahid tersenyum-senyum malu. Dia tunduk.

Secara perlahan Mujahid menjawab..

"Potong lah teacher...."

Hahahahahahahaha..
Maaf..maaf..maaf...teacher memang tak boleh tahan gelak teacher dah....
Besar imaginasi kamu Mujahid, sebesar ikan paus.



Tc Hidayah
1 Ibnu Rusyd
11.23 am

Thursday, July 28, 2016

Lelaki Itu

Hari ini ada PE (baca : physical exercise). Saya dan guru-guru year 1 yang lain memberi kebenaran untuk pelajar-pelajar bermain di taman permainan bersebelahan dengan sekolah.

Selepas memanaskan badan,

"Teacher beri izin untuk kamu semua bermain hari ini,tapi ingat rules yang teacher dah pernah ajar hari tu. Kalau ada yang tak ikut rules,kita balik kelas. Faham?"

" Faham teacher. " jawab pelajar-pelajar.
 Saya menyambung,

"Ok,kamu semua boleh pergi main. Don't run."

Beramai-ramai bergerak ke taman permainan tapi yang saya geli hati,mereka macam control je kaki masing-masing,hehe. Saya syak semua nak lari untuk merebut permainan,tapi tahan kaki,hehe.

                         **********


Saya melihat seorang student saya yang tidak pergi bermain. Dia duduk di bangku sambil tersenyum-senyum.

"Irfan,why don't you go and play with your friends?" Saya bertanya. Saya sangkakan dia demam.

Dia senyum lagi,tapi matanya melihat tempat lain.

"I don't want to play teacher." Tangannya menghulurkan sesuatu kepada saya. "Teacher,this is for you." Dia terus bangun dan berlari ke arah kawan-kawannya. Malu. Tak sempat saya nak say thank you.


                             Bunga dari Irfan


"Wah,romantiknya Irfan," kata seorang guru yang lain.

Saya tertawa.

'Aih,Irfan..Irfan. Tadi kata taknak main dengan kawan-kawan'

Tc Hidayah
1 Ar-Razi
11.08 am

Tuesday, July 26, 2016

Pick up Line

" Teacher,tahu tak apa beza teacher dengan cicak?" Soal seorang pelajar.

Saya diam sebentar.

"Hmm,cicak binatang,teacher manusia," jawab saya. Logik la kan.

"Salah. Cuba lagi."

Saya berfikir-fikir lagi. "Hmm,tak tahulah. Teacher give up," saya mengalah.

"Cicak melekat kat dinding,tapi teacher melekat kat hati saya," lepas tu dia lari.

Perghhh..saya hampir-hampir melting..

********

Hari guru.

"Teacher Hidayah,nah hadiah." Seorang pelajar lelaki menghulurkan sesuatu kepada saya.



"Wah,key chain." Cantik key chain tu. Bentuk kunci tapi ada hati di hujungnya.

"Thank you."

"Teacher,itu kunci ke hati teacher.." Dan pelajar itu pun berlari pergi.

Cia..cia..cia..
Melting terus.

Tc Hidayah
8.27am
Iissa







Friday, July 22, 2016

Imani

"Teacher ada anak?" Soal Imani.

"Hmm,Imani rasa teacher dah kahwin ke belum?" Soal saya kembali.

"Hmm..entah. Ala,beritahulah teacher,teacher ada anak tak?" Tanya Imani lagi.

"Kenapa Imani nak tahu?" Soal saya lagi.

"Teacher kena beritahu Imani nama anak teacher," Imani tersengih-sengih menanti jawapan saya.

"Kalau teacher takda anak pun,teacher kena beritahu nama anak teacher," sambung Imani lagi. Bersungguh dia mahukan jawapan saya.

"Pulak dah. Boleh pulak macam tu. Ok,teacher tak kahwin lagi Imani. Tapi kalau teacher ada anak,nak tahu apa nama anak teacher?" Saya lihat wajah Imani yang comel itu sambil tersenyum.

"Ha,apa teacher?" Tak sabar Imani nak tahu ya.

"Teacher namakan anak teacher...IMANI.."

"Teacher niiiiii.." Hehehe..nampak Imani malu.

                           ***************

Saya melangkah masuk ke kelas 1 Ibnu Haytham. Eh,tapi tak berapa nak masuk. Saya berdiri di pintu. Pelajar-pelajar kecil dan comel saya pun berebut-rebut kembali ke tempat duduk masing-masing.

Amira Safiyyah tersenyum-senyum memandang saya.

"Teacher,Imani pergi toilet. " Sambil matanya memandang belakang pintu kelas. Tersenyum-senyum lagi.

Tahu dah saya. Imani tak pergi toilet la tu..kihkihkih..

'Imani ada hati nak terkejutkan teacher la tu..'

Saya sengaja berdiri di pintu dan menolak pintu ke dinding. Saya tahu ada lebih dari seorang di belakang pintu.

"Cakkkkk...." Dan muncullah kepala Imani dari belakang pintu. "Teacher terkejut tak?" Kata Imani.

"Eleh,teacher tahu Imani di belakang pintu," saya cubit pipi Imani. Geram..hehe.. Imani macam biasa lah,tersengih-sengih.

Setengah jam berlalu masa Bahasa Malaysia.

"Ok class,don't forget to pass up your homework to me,next Tuesday ok." Ajar BM tapi cakap English. Eheh.. Sekolah saya semua mata pelajaran in English,cuma BM saja dalam bahasa. Jadi,kadang-kadang tercampur juga bahasa yang saya gunakan.

Saya bersedia untuk melangkah ke keluat kelas. Imani berlari laju menghalang pintu.

"Teacher tak boleh keluar." Kata Imani. Dia bersandar di pintu.

"Eh, kenapa?" Tanya saya.

"Sebab teacher tak terkejutkan Imani. Teacher baru terkejutkan Imani 4 kali." Jawab Imani

Ooooo,saya faham dah. Hehehe.
Sebelum ini saya selalu menyorok di dalam kelas dan kemudian terkejutkan pelajar-pelajar 1 Ibnu Haytham. Dan yang selalu jadi mangsa adalah Imani. Patutlah dia terkejutkan saya awal kelas tadi..hehe.

"Hehehe, Imani nak teacher terkejutkan Imani berapa kali?" Soal saya.

"Hmmm,100 kali.."

"Haaaa?" Terkejut saya. Imani tersenyum-senyum.

Aih,imani..imani..


                    Macam mana teacher nak keluar ni?!


Tc Hidayah
11.45pm
HomeSweetHome


Monday, July 18, 2016

Rumah Tangga

Hari ini saya mengajar topik baru.

"Saya Selamat Di Sini."

Topik ini fokus pada keadaan selamat di taman permainan. Saya menunjukkan beberapa gambar permainan yang ada di taman permainan.


"Class,apa nama permainan ini?" tanya saya.

"Rumah teacher." Jawab Adeeb Farhan.

Saya tahulah bentuknya seperti rumah,tapi bukan rumah.. *sigh.

"Bukanlah Adeeb. Cuba lagi." Kata saya.

"Rumah tangga ,teacher"

krik..krik..krik...

-Tc Hidayah
12.15 pm
Teachers Room